Monday 6 August 2012

Finalis kemuncak imam muda musim 3

Imam Muda Hafiz, Imam Muda Jabar, Imam Muda Naufal
Juara - Imam Muda Jabar
“Jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan”, Surah Al-Baqarah, Ayat 195. Demikianlah titipan daripada Allah S.W.T kepada kita semua agar menjauhi segala perkara yang berpotensi dan boleh mencampakkan diri kita ke lembah kebinasaan. Satu lagi pesanan yang Allah rakamkan di dalam Al-Quran kepada pada kita iaitu “Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”, Surah Al-Tahrim, Ayat 6. Di dalam ayat ini juga merupakan pesanan kepada kita agar menjaga diri dan keluarga kita daripada api neraka atas sebab tertentu dan salah satunya ialah kerana tidak menjaga hak-hak dan suruhan Allah.

“Tiga orang ea tahun ni?!”, tak sangka tahun ini begitu banyak perubahan, dan tahniah untuk mereka bertiga yang layak peringkat akhir...Itulah antara komentar yang diberikan oleh orang ramai di dalam ruangan laman sosial Facebook rasmi Imam Muda Astro Oasis dan pastinya ia terus memecah tradisi. Ia adalah gambaran kepada perubahan yang digarab di dalam Imam Muda untuk musim yang ketiga ini yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pelbagai segenap lapisan masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangannya.

Pada minggu yang ke sembilan yang lalu, Imam Muda Jabar, Hafiz dan Naufal diumumkan sebagai finalis yang mara ke Kemuncak Imam Muda musim yang ketiga dan diletakkan di atas di atas bahu mereka beberapa tugasan dan cabaran yang perlu mereka depani, iaitu melakukan aktiviti bersama masyarakat sekeliling dan organisasi tertentu, serta tazkirah, Ulum Alquranuran dan Syafawi Hafazan di atas pentas Kemuncak Imam Muda dan semua aspek ini dinilai oleh Mudir dan Mursyid.

Imam Muda Jabar pulang ke Perak dan mengadakan program bersama komuniti KISDAR, memberi tazkirah di Bazar Ramadhan, aktiviti bersama ibu mengandung dan melakukan tahnik. Imam Muda Hafiz pula pulang ke Masjid An-Nur USJ 4 Subang Jaya tempat beliau bertugas sebagai imam sebelum menyertai Imam Muda. Imam Muda Naufal pula bersama dengan Islamic Relief dalam mengedarkan bantuan kepada keluarga susah terpilih, dan mengedarkan bubur lambuk di Bazar Ramadhan, yang lebih menarik ialah mengedarkan makanan kepada pemandu-pemandu di tol untuk bersahur.

Selepas sembilan minggu, ada permulaan pastinya ada pengakhiran dan masanya telah tiba iaitu pengumuman juara namun hanya dua orang sahaja yang akan mara ke peringkat paling akhir dan selepas sesi bersoal jawab dengan Prof Sidek Baba, Imam Muda Naufal diumum sebegai pemenang tempat yang ketiga dan secara automatik Imam Muda Jabar dan Hafiz mara ke peringkat seterusnya untuk merebut gelaran Imam Muda Unggul untuk musim yang ketiga.

Kehebatan dapat dilihat daripada kedua-dua Imam Muda ini apabila berjaya menyerlahkan persembahan yang mantap serta berjaya memikat hati kedua-dua Mursyid serta Mudir. Akhirnya selepas dipisahkan hanya 0.7 markah, Imam Muda Jabar diumum sebagai Imam Muda Unggul untuk musim yang ketiga dan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi, RM50,000 bagi Imam Muda Hafiz dan RM25,000 untuk Imam Muda Naufal berserta trofi. 

Cabaran yang sebenar bagi kesemua Imam Muda ini pastinya terletak di lapangan luar selepas tamat program Imam Muda ini. Tahniah kepada semua Imam Muda 3 yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran sepanjang Musim Ketiga Imam Muda. Terus Memecah Tradisi...........

No comments: