✐ Selepas Malaikat Israfil
meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan
telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat
yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang
tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua
makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah
kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg
Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas
40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata
tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian
manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang
berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua
manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka
tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang
tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil
bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz
malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala
mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya
naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur
dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan
peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam
mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan
Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya
dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau
oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih
putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai
saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak
masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba
dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar
berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam
bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang
menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang
menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim
nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang
malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama
cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun
menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika
itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy
menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga
mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang
pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan
mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar,
mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang
bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan
dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada
dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala
dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang,
mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh
makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan
mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim
ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar
jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia
lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan
dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata
perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000
tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya
seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan
kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa
menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para
malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk
yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja
yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila
matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya
bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.