Wednesday 31 October 2012

Azni tersingkir Master Chef 2.. =(


Assalamualaikum w.b.t

Hemmmmm hemmm hemmmm sedihnya aser arini. Takder semangat nak wat keje. Teeheehee. Alasan jerk. Apa yang ditakot2kan selama ni dah terjadi malam tadi. Azni akhirnya kecundang untuk meneruskan perjuangan ke peringkat akhir. Sampai top 12 jer. Takperlah at least dah sampai tahap yang boleh dibanggakan daa. Pape pon tahniah2!!! Semalam sumer peserta yang masuk elimination round "play safe" bak kata chef Adu. Kitorang semangat nak tengok master chef season 2 ni sebab kenal ngan si Azni laa. Chef Joe a.k.a Chef Muka Ketat (CMK) yang try masakan si Azni semalam. Ohoooo mimik muka n  komennya agak pedas disitu setelah memakan masakan yang sememangnya "pedas" disediakan oleh si Azni. Dia memang pantang kot lau masakan yang pedas2. Azni lak dah tahu chef Joe x makan pedas dia taruk lagi cili bebanyak2 lam tuu. Hik3!!! so, dapatlah komen yang pedas dari Chef Joe.  Can't predict saper yang akan menang nanti, just wait n c ajer. For those yang masih tinggal buat yang terbaik, Kak Nina yang cute, comel, lembut n manja good luck. Masak sedap2 ya.


masakan terakhir edisi master chef 2 by Azni 







Wednesday 24 October 2012

Death on her wedding night...



“After performing Salat Al Maghrib, she put her make-up, wore her beautiful white dress preparing herself for her wedding party, Then she heard the Athan of ‘Ishaa and she realized that she broke her Wudu she told her mother : “mother, I have to go to make wudu and pray ‘Ishaa”

Her mother was shocked : “Are you crazy?!! Guests are waiting for you, to see you! what about your make -up? It will be all washed away by water!!” then she added:

” I am your mother and I order you not to perform salah now! wallahi if you make wudu now, I will be angry at you”
Her daughter replied :”wallahi I won’t go out from here till I perform my salah! Mother you must know that “There is no obedience to any creature in disobedience to the Creator.”!!

Her mother said:”what would our guests say about you when you’ll show up in your wedding party without make-up?! You won’t be beautiful in their eyes! and They will make fun of you!”

The daughter asked with a smile :”Are you worried because I won’t be beautiful in the eyes of creations? What about my Creator?! I am worried because, if I miss my salah, I won’t be beautiful in His eyes”

She started to make wudu, and all her make-up was washed away, but she didn’t care

Then she began her salah and at the moment she bowed down to make sujud, she didn’t realize that it will be her last one!

Yes! She died while in sujud! What a great ending for a Muslimah who insisted on obeying her Lord! Many people who heard her story were so touched!!

She put Him and His obedience first in her priorities, so He granted her the best ending that any Muslim would have!

She wanted to be closer to Him, so He took her soul in the place where Muslim are the closest to Him! Subhana Allah!

She didn’t care if she would be beautiful in the eyes of creatures so she was beautiful in the eyes of Her Creator!

O Muslim sister, imagine if you are in her place! What will you do? What will you choose : pleasing creations or your Creator?

O dear sister! Do you guarantee that you will live for the next minutes? Hours? Months?!!
No one knows when their hour will come? Or when will they meet angels of death? So are you ready for that moment?

O non-hijabi sister! What do you choose : Pleasing yourself by not wearing Hijab or pleasing your Lord by wearing hijab?

Are you ready to meet Him without Hijab?

And what about you, sister who are “in relationship” or “open relationship”, are you ready to meet your Lord today? Tomorrow?! What do you choose pleasures of this Dunya or pleasures of akhirah?!

May Allah guide us all to what pleases Him and grant everyone who is reading these lines good ending, Ameen.

Tuesday 23 October 2012

Hikmah Ayat 1000 Dinar


Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana
    alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.


Tasbih Kifarah..



Daripada Abu Barzah r.a berkata bahawa ketika hendak bangun di akhir majlis,Rasullulah saw selalu membaca doa tersebut. Lalu berkata seorang lelaki : "Wahai Rasullulah ! Sesungguhnya engkau telah mengucapkan sesuatu perkataan (doa) yang engkau tidak pernah menyebutnya sebelum ini pada masa-masa lalu." baginda menjawab bermaksud : "Itu sebagai Kaffarah ( tebusan ) terhadap apa yang berlaku ( daripada   perkara-perkara buruk ) dalam majlis itu"

Sunday 21 October 2012

Proud to be Kelantanese...










SHAH ALAM - Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.

Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Jaringan kemenangan daripada Indra itu seolah-olah mengesahkan kata-kata pengendali Kelantan, Bojan Hodak pada sidang media pengurus pasukan kelmarin, yang mengatakan ATM tidak dapat bertahan sehingga penghujung perlawanan kerana terdiri daripada ramai pemain berumur.

Berpunca daripada gerakan pantas Shakir Shaari dan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya yang tidak dapat dibendung pemain ATM, Indra pantas mencari ruang kosong sebelum melepaskan rembatan menarik ke arah sebelah kanan pintu gol.

Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dua kali meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 dan 50, namun dapat disamakan sebanyak dua kali oleh ATM melalui Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.

Kekalahan ATM bermakna tiada lagi magis Hairuddin Omar dalam penampilan final kelima Piala Malaysia apabila buat pertama kali pemain berusia 33 tahun itu gagal membawa pulang trofi keagungan bola sepak negara bersama pasukan yang diwakilinya selepas melakukannya empat kali sebelum ini bersama Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Dalam aksi akhir yang disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta kira-kira 80,000 penonton itu, kedua-dua pasukan berjaya menampilkan permainan menghiburkan tetapi diselangi kekecohan di babak terakhir perlawanan ekoran keputusan pengadil yang mengundang kontroversi.

Malah, hampir terjadi pergaduhan ketika perlawanan tinggal lima minit untuk ditamatkan selepas pemain ATM bertindak meneruskan perlawanan ketika Indra mahukan Shakir yang cedera diberikan rawatan namun pengadil, Nafeez Abd. Wahab pantas membendung insiden lebih buruk daripada terjadi.

Barisan tengah ATM dilihat cukup pincang pada babak pertama biarpun dibarisi pemain berpengalaman seperti Rezal Zambery Yahya dan Bruno Martelotto apabila gagal merencanakan sebarang gerakan menarik.

Christie Jayaseelan dilihat sedikit gugup pada penampilan pertama di final selain Marlon Alex James dapat dirantai kemas oleh Obinna Nwaneri.

Friday 19 October 2012

Untungnya wanita..♥♥♥

WANITA yang taat pada SUAMINYA....
Ikan-ikan di laut..burung di udara..malaikat di langit..matahari..
dan bulan..semuanya BERISTIFAR kepadanya..

SELAMA mana dia TAAT kepada SUAMINYA dan serta menjaga solatnya dan puasanya....

SUBHANALLAH WABIHAM DI HI..
Inilah kelebihan ISTERI YG SOLEHAH.....



“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Thursday 18 October 2012

Jodoh tak akan lari kemana..◕ ‿ ◕


Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi dunia fana ini saja. Seseorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, Insya Allah akan dipertemukan di akhirat sana. Selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujianNya.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Sang Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri. Taqarrublah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih?

Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan orang lain, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana  memikirkan siapa kiranya pasangan hidup. Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dan keheningan pekat malam.

Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiaplah menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas adalah ibadah kepada Allah. Tausyiahkan hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa jodoh mu telah dituliskan-Nya.

Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang. Kicauan burung malam  selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona sebutir embun pagi yang selalu setia menyapa.

WALAU DIGENGGAM KUAT, andai ia bukan milik kita, ia akan terlepas jua...
Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia mendatang jua....
Itulah yang dinamakan, JODOH....



Wednesday 17 October 2012

Wudhuk dengan sempurna..



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini."

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini."

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini."

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu."

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini."

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim."

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat."

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah


Siapa calon itu..



A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH

A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki/perempuan pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya
je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah.......

Monday 15 October 2012

Betul Ke Wanita Dicipta Dari Tulang Rusuk Lelaki?



Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi berkata, “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)“.

Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya, di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan “Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah.”

Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.

Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

Berbalik kepada isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.

Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.”

Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataupun memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan, “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,” Hal ini adalah utama untuk difahami dan dihayati.

Dr Zakir VS Dr William


SUBHANALLAH...maha suci ALLAH.

Friday 12 October 2012

Kelebihan baca Al-Quran



Al-Quran adalah kalam ALLAH.  Padanya ada suruhan, larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat mukminin khususnya.  Membaca dan menghayati al-Quran tentunya menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya. Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya:  
”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”

Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.
Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”

Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran.
Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan ALLAH yang mulia lagi sangat taat.  Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”

Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.
Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.  Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”

Orang yang tiada al-Quran di dalam hatinya ibarat rumah yang kosong.
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”

Thursday 11 October 2012

SUBHANALLAH...anak dua tahun mengaji...


Sungguh beruntung kita dilahirkan di dunia ini sebagai seorang muslim. ALHAMDULILLAH. Tengok video atas ni  rasa macam wahhhh untungnya ada baby macam adik ni. Kecik2 dah pandai baca quran. Emmm rugilah kiranya seorang muslim yang hanya berstatus "muslim" tapi hakikatnya hukum hakam agama diketepikan. Pernah aku mengenali seorang kawan yang pada mula perkenalan aku tidak nampak akan kekurangan dari segi agamanya. Di saat aku menunaikan solat dia lagha menonton tv, tak pernah nampak dia menyarungkan telekung untuk solat. Di saat orang azan dia terpekik terlolong menyanyi seakan2 nak compete dengan laungan azan. Sungguh sedih hatiku sebagai seorang kawan seagama melihat sikap dia begini. Nak ditegur aku tak punya kekuatan diri. Sungguh aku memerlukan banyak kekuatan dalam diri untuk menegur orang. Diri ini masih cetek ilmu agama dan masih banyak yang perlu dipelajari. Juga masih perlu dibimbing sebelum menjadi seorang pembimbing untuk membimbing orang lain. Ya Allah sungguh takut dengan siksaanMu ya Allah. Izinkan diriku memperoleh kesihatan yang baik untuk terus istiqamah melakukan ibadah dan semua suruhanMu ya Allah. Hindarilah aku dari leka dengan arus dunia. Berilah aku, keluargaku, sahabat2ku, muslimin dan muslimat di dunia ini hidayah dan keberkatan dalam hidup. Golongkanlah kami di kalangan orang2 yang beriman. Amin. Amin. Amin ya Rabbal Alamin.

Siksaan dunia bagi orang yang meninggalkan solat
Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
Allah SWT akan menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.
Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
Allah tidak akan memakbulkan doanya. 

Wednesday 10 October 2012

Taktik jahat...



Assalamualaikum w.b.t.
Jahatnyaaa manusia yang gunakan taktik kotor untuk mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis especially pelajar sekolah. Wahai gadis gadis di luar sana janganlah mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada mangsa. Sama samalah kita hindarkan diri daripada terpedaya dengan perkara sebegini. Mohonlah perlindungan daripada yang Maha Esa......=)

Tuesday 9 October 2012

Hari Lahirku...Alhamdulillah...




Alhamdulillah...Syukur padamu ya Allah masih memberi peluang untuk aku terus hidup di atas bumi milikMu… Indeed without the luxury of a guide, or a protective hand in mine, there are things I wish I hadn't done, but with no regrets, for those experiences have made me the person I am today… Mudah2an setiap apa yang dilakukan akan mendapat keberkatan dariNYA... Maaf kiranya ada yang pernah terguris atau berkecil hati dengan diri ini….Terima kasih tak terhingga atas doa dan ucapan dari kalian semua rakan2 di facebook… May all d wishes n d prayers be granted by Allah the almighty...amin..amin..amin..... Love You All =)



Monday 8 October 2012

Gambaran balasan...takutnya...



1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Friday 5 October 2012

Master Chef Season 2...


Assalamualaikum w.b.t.

Pukul sOmbilan malam jer aku n nawal da terpacak depan tv.uhuuuuu.nak tengok apa sebenanye ni??semangat mOlep.apa laie masterchef season 2 laaaa.teeheeheee.bes ugak tengok masak memasak ni.tambah2 musim ni ada peserta yang kitOram kenal masa dekat u dulu.Azni exstudent uitm Kelantan...

ni la dia si azni...ommey kann kann...
wOw!wow!wow!!cantik menarik tertarik kau memang debOom.Okai whut.emm lau boleh nak la bagi sokongan kat orang yang kta knal kan kan...ahaaaa pssssstttt sebenarnya  aku je yang kenal dia..dia ecully x knal pon aku dulu.eheee..dia course lain sbb tu dia tak kenal aku kowt..xpelah i support u dari blakang Okeh.hemmmm tengok orang masak nampak cam bes jerrr tapi lau nak masak sendiri cam diorang memang tak laaaaa..kna menuntut ilmu dulu..smalam lagi lah excited nak tengok cOz ada chef jemputan..uhuuuuu surprise tul..saper???saper???taraaaaaaaaa....


pemenang masterchef selebriti Malaysia.Dato' Fazley.wah makin lah semangat nak tengok..penuh gaya, mutu dan keunggulan beliau masak.emmmm peserta2 especialy yang gugurrl sumenyer sparkling bijik mata tengok dato' masak.mana tak nya jejaka idaman malaya depan mata..tapi sayang nya sudah berpunya.dah jadik bapak orang da pon..melepasssss..eheeee gatai noo.x aih saja jer.minat kat artis adalah perkara biasa...public figure katakan.si Azni ni pemalu n ayu jer nampak.dia x lah Over macam che lah.dia senyap jer.sopan santun gitew.hOpefully dia dapat struggle sampai ke akhir mana lah tahu muncul sebagai juara masterchef musim kedua..wah!!!!!tinggi angan2.hOpe so..gambatte Azni.gambatte!..u can do it.percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan..YeAhhhhhh!!!!!!


lau boleh ikot lah jejak langkah Shahril Sarapudin..mula mula masuk penyampai ikon 2009.then jadi pembaca berita RTM.ohooooo sekarang ni dah terkenal cam selebriti dah..tapi dia tidak lupa diri..prOud  for u Shahril..keep it up okeh.mOga maju jaya...n tak lupa juga to wish congrates for both Shahril & Ina...slamat bertunang..eheee walaupOn udah terlewat wish..but... "better late than never"..kannn..smOga hubungan yang terbina akan kekal ke jinjang pelamin dan sampai ke syurga.amin ya rabbal alamin....

exstudent uitm Machang,Kelantan...



dua dua orang kelantan ni....
congrates!!dah slamat bertunang da....both exstudent Uitm Kelantan...

comel kan pelamin tunang diOram....



Wednesday 3 October 2012

Ku Pilih Hatimu.....



Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati


Tinta seorang suami...




Ketika kutatap wajah isteriku,
betapa aku sangat bersyukur kepada ALLAH,
atas anugerah terbesar yg pernah aku terima.

Seorang wanita yang sederhana,
namun keridhoan dan keikhlasannya menerima diriku sebagai suaminya, membuat aku tidak berhenti bahkan tidak akan pernah berhenti bersyukur kepada ALLAH, atas perkahwinan paling indah yang diberikan oleh NYA kepadaku....

Ketika kutatap wajah isteriku,....
betapa besar rasa maluku,
kerana masih banyak kekurangan pada diriku.

Dan sungguh banyak kelebihannya,
yang mungkin aku tidak akan mampu menandinginya.
Seorang wanita yang tegar dan tidak banyak menuntut,
kecuali tanggung jawabku sebagai suami, ayah dan imam keluarga.
Dia wanita yang ikhlas menerima segala kelemahan dan kekuranganku, sebagai suami.

Ketika kutatap wajah isteriku....
betapa bangga dan bersemangatnya diriku,
kerana mendorong kepada perjuanganku untuk terus memperbaiki diri.

Aku memang bukan laki-laki yang sempurna,
dan dia juga bukan wanita yang sempurna,
tetapi ALLAH telah memilihnya untuk menjadi pasangan hidupku dan juga ibu anak-anakku.

Semoga inilah jalan yg terbaik menurut ALLAH yang Maha Penentu segalanya...

Ketika kutatap wajah isteriku.....
di saat dia sedang lelap tertidur, menitis air mataku...
kerana rasa syukur kepada ALLAH atas anugerah terbesar-NYA.

Melihat wajahnya yang nampak keletihan kerana harus melayani kerenah suami dan anak-anaknya...

Tapi aku yakin dengan keikhlasannya itu...
Insya-ALLAH...dia akan menjadi wanita yang mampu terus berjuang di jalan ALLAH dengan menjadi isteri dan ibu kepada anak-anakku.

Ku cium keningnya, sambil berdoa,

" Ya ALLAH ya RABB....jadikanlah dia bidadari syurgaku,
sehingga meringankan pertanggungjawaban ku kelak ketika saat menghadap ENGKAU di Hari Perhitungan kelak. Ya ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...Amiin.....Ya Rabb...."

pssssssssssttttttttt : Ramai suami begini sebenarnya diluar sana, cuma kebanyakkan mereka lebih banyak membuat penulisan didalam hati mereka tetapi sekiranya ianya diadaptasikan semula diatas kertas maka beginilah sebenarnya isi hati suami yang menyayangi isteri dan anak-anaknya...

Tuesday 2 October 2012

Ada yg kta x tahu tentang seorang ayah..

 


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahwa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"...Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke universiti untuk belajar..
Di saat kita memerlukan keperluan kuliah, ayah hanya mengerutkan dahi...tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan ayah pun berdoa "Ya ALLAH, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis ini bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita...

Sentiasa doakan kesejahteraan ibubapa kita...

Kepada yang telah kehilangan insan yang teristimewa ini...sedekahlah Al-Fatihah kepada arwah selepas membaca nukilan ini....

Kepada yang masih mempunyai seorang ayah...hargailah dan hormatilah mereka....

Kerana kita semua sayangkan ayah kita...

Rasulullah SAW bersabda : “Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, dan ANAK SOLEH YANG MENDOAKANNYA.” - Hadis Riwayat Muslim

Mudah-mudahan kita semua akan diberikan kekuatan oleh-NYA..insya-ALLAH