Thursday 9 August 2012

Cabai kartunis humor wanita sensasi


Kita kenal komik ni masa zaman sekolah rendah lagi, kan2?? EMPAT DARA PINGITAN....eheee TIGA DARA PINGITAN jer lah (saja jer nak wat masuk si Jai sekali jadi dara, tu yang nak jadikan empat dara).... Tiga Dara Pingitan ini yang didokongi watak tiga dara yang bersahabat baik bernama Esah, Noi dan Awa. Diserikan dengan watak Jai serta atuk dan nenek kepada Jai serta watak antagonis Mak Cik Wok yang terjuih bibirnya. Keh3. ...mesti teringat masa kita bergelak tawa di anjung rumah baca GILA-GILA!!!! serius memang suka sangat2 ngan citer ni tapi tak la sampai tahap gila..nauzubillah....nak kenal dengan kartunis dia tak? gambar kat atas ni la kartunis nyer...Cabai...tringat lak zaman dolu2 kan...ihiiii....terasa diri ini sudah tua lak...

Kartunis humor wanita yang sensasi, Cabai atau nama sebenarnya Sabariah Jais, bukan calang-calang kartunis humor.Beliau mula berkarya pada tahun 1988 sehingga hari ini, ibu kepada tiga orang anak ini telah menempuh pelbagai kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya kartunis humor. Kartunis Cabai telah melakar sejarah menjadi kartunis humor wanita pertama di negara ini dan mempunyai karektor kartun yang tersendiri dan watak-watak kartun humornya dikenali oleh peminat. Cabai pernah menerbitkan majalah sendiri iaitu Majalah Cabai -ekslusif untuk wanita.Antara karya popular beliau yang turut dijadikan telemovie ialah Tiga Dara Pingitan.Manakala karya hebat cabai ialah Joyah sport, Makcik Wok, Usop 2020.

3 comments:

Unknown said...

Camne nak dapatkan koleksi buku ni? Please,dah lama sy cari..

Unknown said...

Di mana boleh beli buku buku ini ?

Unknown said...

shopee