Monday 9 October 2017

Agent Sistho Lipmatte Pcb, Kota Bharu, Kelantan.




Salam alaik,

Harini nak bagitau yang saya merupakan agent sah sistho lipmatte, kepada yang berminat untuk beli atau nak jadi dropshipper sistho lipmatte ni boleh rojer rojer okeh

Area cover:
 Pantai Cahaya Bulan, Banggol, Penambang, Kampung Badang, Kg Tikat, Pengkalan Chepa, Panji, Kota Bharu, Kelantan 
(upon request)

Dropship diperlukan segera!!! jom grab peluang ini untuk tambah income!! 
Lipmatte yang bakal meletop!!

whatsapp me:






Founder dua beradik hebat!

 young & powerful 
Aifa Azlan & Noor Fathin Azlan

Noor Fathin Azlan

Aifa Azlan


Sunday 1 October 2017

Stokis Aijuice Dossier Pcb, Kota Bharu, Kelantan.

  


Assalamualaikum, 

Entry kali ni taknak membebel banyak pon just to inform that now i'm officially Aijuice Dossier stockist. Those yang nak beli area Pantai Cahaya Bulan / Kg Badang/ Banggol/ Penambang/ Kuala Besar/ Pengkalan Chepa/ Kota Bharu and upon request boleh col or whatsapp me:  







THANK YOU 

Friday 15 September 2017

Tips naikkan total reach or engagement di facebook



Hai, assalamualaikum.


Harini nak share tips macammana nak naikkan total reach or engagement di facebook.

Sekarang ni ramai sangat orang yang menjual di facebook kan. Tapi jangan risau rezeki semua dari Allah kita jangan ada hasad dengki.  Buang hasad dengki jauh jauh. Sama sama support each other tak salah kan.


Actually you like je wall orang tidak akan naikkan total reach atau engagement sangat pon.

Apa yang kita kena buat untuk naikkan total reach dan engagement? kita perlu comment, yes you kena comment, barulah apa yang kita post akan sentiasa berada di newfeed atau on top. So, kena rajin-rajin la singgah wall orang like dan comment. Selalu comment wall orang nanti orang tu akan ingat dekat kita dan dia pon akan like dan comment jugak post kita. Tak caya cuba la.


Thursday 24 August 2017

Tempahan untuk goodies (kek coklat)





Mini Kek Coklat untuk tempahan goodies atau majlis.
 Sebarang tempahan boleh hubungi 

 

Sunday 19 February 2017

Semakan status permohonan BRIM 2017

Image result for cara semakan brim



Layakkah anda???
Hurmmmm xpelah kalau tak dapat pon :(
Yang mana layak dan nak semak status BRIM 2017 bleh klik link di bawah ni yaa: 

Pesanan penaja:
Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2017 secara atas talian (online) bagi mengetahui sama ada Permohonan atau Kemaskini yang dibuat telah diluluskan atau berjaya Bagaimanapun, keputusan Status Permohonan mahupun Pengemaskinian tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia Tarikh rasmi bagi tujuan Semakan secara online status kelulusan Permohonan atau Kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) akan ditetapkan dan dimaklumkan kepada pemohon kelak


Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Sunday 12 February 2017

Tempahan kek, goodies untuk majlis

Hokaido

Oreo Cheese

Oreo Cheese

Chocolate Cheese Berhantu 

Chocolate Cheese Berhantu versi besar ;)

MENERIMA TEMPAHAN

HUBUNGI:

0139041053

Pembekal Perencah Perap Ayam Madu





KAMI MEMBEKALKAN PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTERA
PERENCAH PERAP AYAM MADU

HUBUNGI:
0139041053 
UNTUK TEMPAHAN
TQ ;)




Wednesday 8 February 2017

Meroyan


Salam alaik..
Allahuu kali ini terpanggil untuk mencari maklumat tentang MEROYAN. 
Masih terkejut dengan kes kelar bayi yang berlaku di Kelantan. Ibu mana yang tidak sayangkan anak oii. Lagikan kucing sayangkan anaknya. Siapalah kita untuk menghukum ibu tersebut. Kita tak tahu apa yang berlaku di sebalik kejadian. Kenapa dan mengapa perkara tersebut boleh berlaku. Wallahuallam. 

Saya ada google serba sedikit maklumat tentang meroyan. 
Ayuh sama-sama kita jaga diri dan keluarga, sentiasa beringat dan memohon perlindungan daripada Allah, mintak dijauhkan daripada penyakit seperti ini. Moga kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Allahumma ameen. 

Gila Meroyan

Gila meroyan ataupun angin beranak sememangnya penyakit yang jika tidak dirawat segera, boleh membawa mudarat kepada ibu bersalin dan anaknya sendiri. Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak.

Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita profesional.

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

Pendapat terkini mengatakan penyakit gila meroyan postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita selepas bersalin. Sebenarnya tiada kaitan yang kukuh antara cara berpantang mengikut orang tua dan risiko untuk mendapat meroyan.

Daripada kajian ada sedikit sebanyak kesan positif bagi ibu-ibu muda yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang kerana ia dapat mengurangkan risiko kemurungan.

Kajian turut mendapati ibu muda berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan semasa menjalani prosedur tersebut yang pada kebiasaannya berlangsung selama dua jam sehari dalam jangka masa dua minggu pertama selepas bersalin. Perbualan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stres yang dialami oleh ibu muda tersebut.

Gangguan perasaan

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan.

Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan. Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat mengikut tahap keterukannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis (gila meroyan).

Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sediakala.

Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza. Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan.

Kemurungan

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu yang melahirkan anak atau 10 peratus hingga 20 peratus daripada ibu yang mengandung.

Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan. Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues.

Psikosis

Psikosis selepas bersalin atau postpartum psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin, manifestasi yang lebih mirip masalah emosi dan prognosisnya adalah lebih baik.

Dalam kalangan 1,000 ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin. Ia biasanya bermula tiga hingga lima hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu pertama selepas kelahiran.

Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Ia bermula dengan gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang. Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang menghidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah.

Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.

Ada kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka (25 peratus) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.

Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi infanticide mereka sendiri. Kadar bunuh diri dalam kalangan ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi.

~Nauzubillahiminzalik~



Kes kelar bayi Kota Bharu



PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberikan perkhidmatan kaunseling kepada keluarga ibu yang mengelar bayinya berusia dua bulan di Kota Bharu, Kelantan, Sabtu.

Timbalan Menterinya Datuk Azizah Mohd Dun berkata pihaknya difahamkan bahawa ibu berusia 32 tahun itu mengalami gangguan emosi yang dikenali sebagai “meroyan” yang lazimnya berlaku kepada ibu selepas bersalin.

“Pihak kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan akan menyediakan kaunselor untuk memberi kaunseling kepada keluarga terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil tamat latihan Modul Bakeri Program Latihan Kemahiran Khas Suri rumah “My Home Chef” 2.0, di sini Ahad.

Pada Sabtu, seorang ibu dipercayai mengelar leher bayi perempuannya berusia dua bulan setengah hingga mati dalam satu kejadian di Kuarters Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata siasatan awal mendapati suspek, isteri kepada seorang anggota tentera itu berkemungkinan mengalami gangguan emosi.

Azizah berkata kes gangguan emosi dalam kalangan wanita selepas bersalin jarang berlaku di negara ini dalam bentuk yang ekstrem seperti yang berlaku kepada wanita terbabit.

Ditanya mengenai cadangan supaya jururawat yang melawat ibu selepas bersalin melakukan pemeriksaan mental, beliau berkata masalah “meroyan” sukar untuk dijangka dan boleh berlaku secara tiba-tiba.


“Memang sudah menjadi kelaziman bidan atau jururawat melawat ke rumah dalam tempoh berpantang, tetapi insiden seperti ini tidak boleh diramal. Memang ada kes meroyan tetapi tidak begitu ekstrem seperti ini,” katanya. – BERNAMA


Saturday 21 January 2017

Gelombang banjir kedua melanda Pantai Timur

banjir-kelantan\

PETALING JAYA: Gelombang banjir kedua yang melanda Kelantan dan Terengganu sejak lewat malam tadi menyebabkan lebih 3,779 orang terpaksa berpindah ke pusat bantuan banjir.
Di Kelantan, 33 pusat pemindahan dibuka untuk menerima 2,779 mangsa setakat jam 11.00 pagi tadi, manakala di Terengganu, lebih 1,000 orang sudah berpindah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kelantan dan Terengganu berkata jumlah mangsa dijangka meningkat sekiranya hujan lebat berterusan.
“Setakat ini usaha memindahkan mangsa giat dijalankan. Setakat ini mangsa yang telah dipindahkan melibatkan 7 jajahan, iaitu Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Pasir Mas, Macang, Kota Bharu dan Bachok,” kata Penolong Pengarah (Operasi) JBPM Kelantan, Hussin Ab Rahman.
“Kawasan yang terjejas teruk ialah Pasir Puteh dan Ketereh,” katanya kepada FMT.

Tambah Hussin, setakat ini sungai-sungai utama di Kelantan masih lagi berada di bawah paras bahaya, kecuali Sungai Golok yang mencatatkan mencecah paras bahaya pada 8.00 pagi tadi.
Di Terengganu, mangsa yang dipindahkan melibatkan 3 daerah iaitu Kuala Berang, Setiu dan Jertih.
“Jumlah mangsa terlibat mencatatkan peningkatan tetapi keadaan masih terkawal,” kata Penolong Pengarah (Operasi) Khairul Ariffin Che Rani.

“Paras sungai utama di Terengganu juga masih lagi di bawah paras bahaya, kecuali sungai kecil yang mencatatkan peningkatan ketara,” katanya ketika dihubungi.




Tuesday 3 January 2017

Banjir Kelantan 2017


Image result for banjir kelantan 2017

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 3,774 orang daripada 1,314 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,568 orang daripada 434 keluarga pada Isnin malam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata peningkatan ketara berlaku di jajahan Pasir Mas iaitu seramai 2,322 orang daripada 936 keluarga berbanding 241 mangsa daripada 85 keluarga.

Sebanyak 371 orang daripada 99 keluarga di Kuala Krai; 200 orang (47 keluarga) di Jeli; 533 orang (144 keluarga) di Tanah Merah; 321 orang (83 keluarga) di Machang dan 27 orang (lima keluarga) di Pasir Puteh, katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Zainuddin berkata 40 pusat pemindahan dibuka di enam jajahan terbabit bagi menempatkan kesemua mangsa bencana alam berkenaan.

Beliau berkata peningkatan jumlah mangsa banjir terutama di Pasir Mas dan Tanah Merah, berikutan air sungai dari kawasan hulu mengalir ke kawasan berkenaan, selain hujan yang kadangkala lebat masih berterusan.

Sementara itu, dua sungai utama di Kelantan melepasi paras bahaya manakala dua lagi sungai menunjukkan peningkatan paras air pagi ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my.

Dua sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah iaitu 17.31 meter (paras bahaya 16m) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang yang mencatatkan 10.30m (paras bahaya 9m).

Sungai Galas di Dabong, jajahan Kuala Krai pula meningkat namun masih di paras berjaga-jaga iaitu 34.20m. Paras bahaya bagi sungai berkenaan adalah 38m.

Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang pula mencatatkan 32.27m (paras bahaya 35m) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai pada paras 23.44m (paras bahaya 25m). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: