Thursday 19 March 2015

Aisyahtajuddin - hina hudud


Salam alaik..

Allahurobbi 
**** mengeluh panjang cheq oiii **** 
Macam-macam sekarang orang nak femes cepat 
Buat video konon nak tiru gaya Mat Lutfi tapiiii lain jadinya viral sebab berunsurkan penghinaan. 

Allahu.. 
Toksah nak femes-femes lah hang jadi orang biasa-biasa sudey.

Betullah orang-orang tua cakap 
" kita ni biarlah muka hodoh, perangai tu toksah la jadi hodoh jugak "

Hina agama. Hina hukum Allah. Hina negeri Kelantan.
Satu tamparan hebat kepada semua especially rakyat negeri kami. Grrrrr.
"Sensitif issue"

So, ramai lah yang tampil untuk bagi komen masing-masing. 
Hurmmmm.. 
Doaku moga dia mendapat hidayah dari Allah kelak. 
Ameen.

Dunia ini umpama lautan yg luas. 
Kita adalah kapal yang belayar di lautan, telah ramai kapal karam didalamnya. 
Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


HUDUD

Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah 
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke  36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."


~Wallahuallam~



Wednesday 11 March 2015



Contoh surat rasmi dibawah adalah dirujuk format surat rasmi terkini


Faezah Binti Yaakob
Kg padang peliang
06500 serdang
Johor Bahru

17 Oktober 2015

Yb Cheng Lock
Kg Dulang Serpih
54200 pulang jaya
Johor Bahru

Tuan,

Per: Memohon Agar Projek Korek Pasir Haram Dihentikan

Seperti yang tertera,saya wakil dari Kg padang peliang ingin memohon kerjasama tuan Yb untuk menghentikan projek korek pasir yang berlaku di kampung kami.

2. Adalah menjadi keresahan kami sebagai penduduk – dimana projek ini dijalankan tanpa permit yang sah. Tambahan pula,lori dan jentera berat yang kerap memasuki di jalan tar kawasan kampung telah mengakibatkan kerosakan serius kepada jalan tar tersebut.

3. Sehubungan itu,kami ingin meminta kerjasama tuan untuk membanteras kegiatan ini hingga ke akar umbi. Sebagai penduduk kampung dan juga ibu – saya seringkali risau akan keselamatan anak-anak kerana kehadiran jentera berat dijalanan kampung amat membahayakan nyawa orang lain termasuk keluarga saya.

Adalah menjadi harapan kami – dengan bantuan tuan yb masuk campur ,kejadian seumpama ini tidak akan terjadi lagi dan projek haram korek pasir ini dihentikan segera.

Sekian,terima kasih.

Yang Benar


……………….


Faezah Binti Yaakob