Wednesday 27 April 2016

Kain pasang Anzalna gelombang ke-2



Tempahan boleh di buat melalui email atau whatsapp : 
+60139041053

















Tuesday 26 April 2016

El-Nino menyerang Malaysia



25 APRIL ― Fenomena El-Nino yang melanda negara kita ketika ini adalah yang paling ekstrem pernah dicatatkan dalam tempoh 20 tahun. Apa tidaknya, terdapat beberapa buah kawasan di dalam negara yang tidak menerima taburan hebat selama 40 hari.

Keadaan diburukkan lagi dengan suhu harian yang mencecah 40 darjah Celcius yang akhirnya mengakibatkan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri terpaksa ditutup baru-baru ini.

Enam empangan di seluruh negara iaitu Bukit Kwong di Rantau Panjang; Beris di Sik; Muda di Kuala Nerang; Padang Saga di Langkawi; Timah Tasoh di Kangar dan Labong di Mersing kini hanya mempunyai takungan air di bawah paras 50 peratus dan dijangka kehabisan dalam tempoh 25 hari akan datang.

Keadaan yang sama juga kelihatan di kawasan tasik dan sungai-sungai termasuk Tasik Bukit Merah di Kerian, Perak dan Sungai Pinang di George Town yang hampir kehabisan bekalan air.

Justeru, apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan cuaca panas ekstrem ketika ini akan berlarutan sehingga bulan September nanti, situasi terkini mengukuhkan persepsi umum ianya sudah mencapai ke tahap yang amat kritikal.

Ini bererti, rakyat Malaysia perlu bersiap-siaga untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan seperti catuan air dilaksanakan oleh pihak berkuasa, masalah kebakaran hutan dan paling menggerunkan, masalah jerebu yang sudah menjadi masalah tahunan di negara kita. Manakala, golongan petani dan peladang pula mengalami kerugian besar gara-gara kemusnahan tanaman mereka akibat kemarau berpanjangan.

Pada masa yang sama, timbul juga pelbagai tanda-tanya mengenai kesiapsiagaan pihak berkuasa dalam menangani masalah berkenaan. Berdasarkan kepada kenyataan dan pemerhatian yang dijalankan, nampaknya tindakan mahupun pengumuman yang dibuat oleh pihak berkuasa adalah bersifat ad-hoc dan tidak menampilkan pelan jangka panjang untuk tujuan tersebut.

Langkah-langkah seperti pembenihan awan ataupun gesaan untuk menyimpan bekalan air mencukupi bukanlah jalan penyelesaian jangka panjang untuk krisis ini. Sebaliknya, menurut pakar cuaca daripada Jabatan Geografi Universiti Malaya, Profesor Datuk Azizan Abu Samah yang dipetik oleh sebuah portal berita sebagai berkata, sebarang usaha untuk menangani impak El-Nino seharusnya dibuat kira-kira enam bulan yang lalu dan bukannya sekarang.

“Saya telah memberikan peringatan kepada pihak berkuasa berhubung kemungkinan berlakunya kemarau berpanjangan di negara kita pada bulan Jun tahun lalu. Malangnya, cara pihak berkuasa kita berhadapan dengan krisis ini jelas membuktikan kurangnya pelan yang komprehensif untuk menangani El-Nino,” katanya.

Apa yang dinyatakan oleh Profesor Datuk Azizan itu boleh dijadikan iktibar kepada kita semua agar sentiasa berwaspada dan mempunyai pelan jangka panjang ketika berhadapan dengan sesuatu krisis. Sesuatu krisis akan berlaku tanpa mengira tempat dan waktu dan adalah menjadi tanggungjawab semua untuk tampil dengan jalan penyelesaian terbaik agar perkara sama tidak akan berulang dan memberikan imej negatif terhadap keupayaan negara berhadapan dengan krisis.

Jika krisis cuaca dan air yang berpanjangan pun tidak berjaya ditangani dengan baik, apakah ada jaminan bahawa pihak berkuasa boleh menguruskan sesuatu krisis yang jauh lebih besar dan kompleks selepas ini?

Krisis cuaca yang ekstrem kali ini seharusnya membuka mata pihak berkuasa untuk memikirkan pelan jangka panjang terbaik untuk mengurangkan impaknya kepada rakyat. Jangan sesekali menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Barangkali, pada ketika itu, segalanya sudah pun terlambat. Krisis demi krisis yang berlaku sepatutnya sudah mendewasakan pihak berkuasa kita untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan tanpa ragu-ragu dan bukannya menuding jari atau berdolak-dalih.

* Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Malay Mail Online.


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/opinion/bartholomew-chan/article/cuaca-panas-melampau-buatlah-persediaan-dari-sekarang#sthash.nRRMIsCd.dpuf

Monday 25 April 2016

One step closer

09 Febuari 2016 - Majlis pertunangan aku dan encik tunang. Majlis kami berjalan dengan baik. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi. Terima kasih ahli keluarga yang banyak membantu. Majlis kami kecik-kecik je. Panggil family terdekat jer.

Bermula tarikh tu, maka jadilah cheq sebagai tunangan orang. Omaigadddd macam tak caya ja. Hiks. Xdak rasa pape pon eculi. Persiapan tunang pon biasa biasa jer. Terkadang terpikir jugak ohhh macam ni ke rasa bertunang. Lain orang lain dia punya rasa kotttt. Mungkin aku ni nebes nak tunggu tarikh kawin ja. Tak lama ja lagi aihh. Persiapan pun baru nak start buat. Tinggal dua bulan je lagi. Ya ampun. Encik tunang dah kalut dah, tapi aku rileks je lagi. Kursus kawin pon baru ambik bulan lepas. Encik tunang dah ambik bertahun tahun dah. Adoii wake up hapizah wake up!!! kejut harimau yang sedang tidurrrrr.

Aku biasa laa. Buzy dengan keje hakiki, kelas tusyen, niaga kain, serunding, kuih raya, telur sotong macam2 la aih. Kadang kadang orang pelik tengok aku. Bila masa hang nak rehat?? Bagi aku kalau dok saja buang masa. So, baik aku lakukan sesuatu. Alhamdulillah ada je rezeki aku dapat. Moga Allah merahmati setiap apa yang aku lakukan. Moga Allah panjangkan usia aku, bagi kesihatan yang baik, rezeki aku dan encik tunang makin bertambah, bahagia di dunia dan akhiratMu ya Allah. Moga syurga milik kita semua. Allahumma ameen.



Friday 22 April 2016