Sunday 30 September 2012

Akibat Disumpah Ibu



“Kalau betul engkau anak kandung aku,
minum susu dari badan aku…aku sumpah
akan keluar balik susu dari mulut engkau!”
Itulah kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah saya jatuh sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti.

Tubuh saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat hidup. Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu.
Tetapi sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya terlantar. Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin teruk.
Ibu serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu saya. Ibu juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak menyangka begitu kuat sumpahan seorang ibu.
Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. Sebulan saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan nasi.
Saya langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya lapar begini daripada merana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari mulut saya tanpa mengira masa…
Saya masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan saya datang ke rumah. Sambil berborak, ibu bertanya kepada mereka. “Kamu ni kerja apa?” Tanya ibu kepada rakan-rakan saya.
“Kami semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan saya. Ibu terdiam lalu pergi keruang tamu dan duduk di kerusi. Saya buat tidak kisah dengan fiil ibu dan terus ke dapur membuat air untuk di hidang. Waktu itu saya masih ingat saya buat air Milo panas.
Sebaik siap , saya bawa air di dalam teko itu keruang tamu. Tapi, belum sempat meletakkannya di atas meja, ibu terus mengherdik saya.
“Kalau hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah perbelanjaan kita! Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik ibu kepada saya.
Saya merasa malu. Kawan saya semua terdiam kerana merasa terkejut dengan sikap ibu. Saya beritahu ibu supaya jangan berbuat begitu di depan kawan-kawan. Malu!
Sepatutnya ibu harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya di beri rezeki melimpah-ruah dan kami sekeluarga tidak lagi perlu kais pagi makan pagi.
Saya tidak setuju dengan perangai ibu menghina orang miskin. Sebaliknya rakan-rakan yang setaraf atau lebih kaya dari kami dilayannya seperti raja. Mereka diajak datang kerumah dan dihidangkan dengan pelbagai makanan sedap-sedap. Saya betul-betul malu dan terkilan dengan sikap buruk ibu.
Saya ingatkan ibu, dulunya kami sekeluarga pun susah seperti mereka juga. Setelah hidup senang, kita herdik-herdik mereka. Apa perasaan mereka apabila ibu buat begitu?
“Ah! Kau apa tau? Bukan kau yang cari duit ! Aku ni yang susah payah cari duit siang malam, kau senang-senang saja nak menghabiskan!” tambah ibu lagi.
Ketika itu saya seperti orang hilang akal. Saya tidak dapat terima cara ibu memarahi saya di depan kawan-kawan. Tidak semena-mena tangan saya yang sedang memegang teko air Milo panas dihayun lalu tersimbah ke muka ibu.
Ibu melolong-lolong menjerit kesakitan terkena simbahan air Milo panas. Saya mula menyinga. Kawan-kawan terkejut dengan tindakan saya dan cuba menenangkan saya. Tetapi ketika itu saya bagai dirasuk syaitan. Tanpa sedar, saya terus berlari ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong sayur.
Sekali lagi kawan dan ayah saya menahan perbuatan saya. Mereka memegang saya dengan sekuat hati. Ibu berlari dan keluar ke pintu depan rumah takut ditetak pisau di tangan saya. Ibu berdiri tercegat di situ. Saya pula terjerit-jerit seperti terkena hysteria.
Disinilah bermulanya episod duka dalam sejarah hidup saya apabila ayat ini terpancul dari mulut ibu.
“Kalau engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”
Selepas keadaan reda sedikit, rakan-rakan balik rumah. Tiga hari selepas kejadian itu, saya terus jatuh sakit. Saya di serang demam teruk. Ayah bersusah payah menjaga saya. Ibu hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Mungkin ibu masih lagi geram dan marah dengan tindakan saya. Ketika itulah berlaku satu kejadian pelik yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.
Tiba-tiba air susu berwarna putih dan berbau busuk mula meleleh dari mulut saya tanpa henti. Air susu masam itu jatuh membasahi dagu saya setiap detik tanpa henti.
Ayah juga merasa hairan melihat susu aneh tiba-tiba meleleh dari mulut saya. Setiap kali dikesat, air susu itu meleleh lagi tanpa henti. Ibu pula masih tidak endahkan saya.
Keesokan harinya saya masih lagi demam dan susu masih lagi mengalir. Kali ini lebih teruk. Ayah membawa saya ke sebuah klinik.
Anehnya selepas diperiksa, doktor juga mengatakan hairan, mengapa susu masam itu meleleh dari mulut saya. Doktor pun tidak dapat menjelaskan punca dan sebab saya mengalami penyakit aneh ini. Doktor juga mengatakan tiada ubat untuk merawat penyakit yang saya alami ini.
Ayah bawa pula saya ke hospital besar di Bandar. Keputusannya tetap sama juga apabila doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit saya. Jadi saya dibawa pulang semula dan terbaring siang malam. Selama sebulan saya terlantar ibu mulai risau dengan keadaan saya yang semakin kurus ini. Ibu beberapa kali meminta maaf kepada saya kerana tidak menyangka kata-kata yang dilafazkannya betul-betul menjadi kenyataan.
Akhirnya ibu sendiri pergi berjumpa dengan seorang ustaz di kampong saya. Ustaz ini memang dikenali ramai kerana kealiman dan kehebatan ilmunya. Ibu membawa ustaz ini berjumpa saya di rumah. Apabila ustaz melihat keadaan saya, beliau terus menggeleng-gelengkan kepala.
“Ada tak apa-apa yang ibu kamu buat sebelum terkena penyakit ini?” Tanya ustaz itu. Ayah lalu menceritakan tentang perbuatan saya menyimbah air panas ke muka ibu. Selepas itu, ibu terus mengeluarkan kata-kata sumpahan tentang air susu yang pernah di minum ketika saya masih bayi.
Sekali lagi ustaz itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Ustaz itu dalam nada perlahan memberitahu saya terkena sumpahan ibu. Ustaz itu lalu mengajak ibu dan ayah saya ke dapur.
Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Ustaz itu menyuruh ibu membasah kedua-dua tangannya di dalam baldi diikuti kedua-dua belah kakinya seperti orang mengambil wuduk.
Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya
kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu.
Setelah selesai, ustaz itu menyuruh ibu meludah di dalam baldi itu sebanyak tiga kali. Kemudiannya air ludah di dalam baldi itu disimpan di dalam sebuah bekas khas. Utaz itu berpesan kepada ibu supaya memberi air ludah itu untuk diminum oleh saya dan selebihnya disapu di ubun-ubun kepala saya sehingga habis.
Selepas ibu memberi minum dan menyapu air ludah itu di kepala, pada masa itu juga saya terus merasa lapar dan meminta nasi untuk dimakan. Selera saya yang tersekat selama sebulan lebih datang kembali. Mujarab sungguh cara rawatan ustaz ini. Serta merta air susu masam yang meleleh sejak sebulan lalu berhenti mengalir.
Saya mencium kaki ibu. Saya menangis. Saya menyesal berdosa kepada ibu. Ibu memberitahu sejak kejadian, ibu telah memafkan perbuatan saya. Ibu memeluk saya dan kami bertangis-tangisan di depan ustaz. Ustaz itu membacakan doa dan menasihati ibu supaya tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan terhadap anak. Ustaz itu mengingatkan bahawa sumpahan seorang ibu amat ampuh dan berkesan terhadap seorang anak. Akibatnya sangat buruk dan tiada penawarnya kecuali anak itu diberi ampun selain meminum air kaki dan tangan ibunya dengan ikhlas dan redha.
Sejak hari itu, saya tidak lagi meninggikan suara kepada ibu. Ibu juga sedar kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Yang paling penting, ibu tidak lagi sesombong dahulu! Ibu juga tidak kedekut dan suka menghina orang susah.
Saya ingin berpesan kepada pembaca, jangan sesekali bertindak biadab terhadap ibu biar sejahat mana sekalipun ibu kita. Saya sudah merasai betapa sengsara, merana dan terasa ajal hendak tercabut akibat disumpah ibu. Ingat, sumpahan seorang ibu itu adalah benar kerana ianya telah benar-benar menimpa keatas diri saya sendiri.
‘Saya’ dalam artikel ini adalah Roseyatimah bt Ahmad, berasal dari Sabah. Kejadian berlaku ketika beliau berusia di awal remaja. Kini beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berjauhan, Rose tetap sayang dan menghormati ibunya.

Friday 28 September 2012

2013 - BUDGET


Thursday 27 September 2012

Sedih nya hati kami......





Barang letrik haper lak kat atas ni...jual barang letrik lak kew?? tak aihh...ni lah dia alatan2 letrik yang kami kongsi di rumah sewa...(hapizah ngan nawal jer sebenarnya)....hasil duit gaji yang kami dapat leh lah beli bendalah ni....yang heater ngan periuk nasik memang hak milik mutlak kitorang berdua....yang tang mesin basuh sampai sekarang ni x tahu status cane...sebab nya ada 2 orang penghuni lam rumah ni kata nak kongsi bayar sebab diorang pon nak guna gak soOn...mesin basuh yang lama dah rosak...so kitorang persilakan jer la saper2 yang nak guna silalah kongsi bayar yoo....sama2 ringankan beban...uhuuuu....

Di sebalik heater ngan periuk nasik ada citer yang amat SERAM menyedihkan jiwa kami berdua.....amat2 lah sedih...sob3!!!sampai satu tahap kitorang dah macam speechless terus ngan tindakan sOmeone...(hamba Allah ini)...don won to state her name here.sori to say..can uolls imagine perasaan iolls lau nak masak nasik tetiba ada nasik lam periuk, aikkk!! bila masa aku masak nasik??????gitew......means that someone guna periuk kitorang tuk masak nasik dia, tak cakap pon nak pinjam ke haper main ambik jer..budget kitorang beli buat hiasan je xnak masak ea..kadang2 tu kitorang salin je nasik tu lam bekas lain then masak lah nasik kitorang..kekadang tu jadi malas nak salin menyalin bekas bagai ni(eheee campur ngan malas la sikit2) trus kuar pergi cari makan kat kedai...tak pon masak meggi..pikir2 cam mengalah lak..eh periuk tu sape yang punya eculli???huhhhhh...eh x baik mengeluh orang2 tua cakap...skali dua xpe lagi tp lau dah banyak kali macam ni memang agak melampau la kan...lepas guna periuk lak rendam ngan air lama2..agak2 nak suruh orang gaji mana basuh...berpada2 lah lau guna barang orang kan..jgn lah buat cam retta sdr....yang xleh tahan nya guna pandai tang basuh liat...rendam air kasi kerak nasi lembik brapa hari?? agak2 la kan...
Ok!!sabar lagi..

Cter d teruskan lagi ngan heater....kitorang ni memang jenis suka heat air then biarkan till sejuk baru masukkan lam tumbler...rutin harian memang begituuu...kita perlukan banyak air lam badan sepertimana yang kita tahu..70% daripada tubuh kita adalah air dan air sangat lah penting untuk kita..betul tak..?eheh...motivasi apa lak ni...sajer jerk...sOmetimes i feels weird asal rebus air..tinggal jer...tup2 time nak isi lam botol ehhhhh  "kosong..kosong..kOsong!!!.(nyanyi gaya najwa latif jadi nyaa)...ishkkk..pelik tapi benar..xkan nawal amik kot...botol dia pon kosong gak...upenyer2 sOmebody yang sama as mentioned above hambik kitorang nye air..senang lenang isi lam botol dia...hamboiii baik dia punya hati...kekadang tu dia ganti lah balik..heat air lain..ok xpelaa at least ganti balik kan....tapi yang jadi sakit hati time dia tak ganti...tinggal je heater yang kosng tanpa air....owh okay...nOted!!!bukan toyol ke haper yang hambik air kitorang...terang lagi bersuluh2 dia yang hambik...

Part yang paling3 sakit hati lau dia buat kerja...dia punya action ya Allah macam memberontak tak dapat apa yang dia nak..lau dia masak hampir satu taman dengar dia masak (ibarat nyaaa)..
KUNG!!KANG!!KUNG!!KANG!!!!!!!!....aduhai dia ingat orang lain tak der perasaan ke???tOlonglah...tolong...rasa cam nak merayu jer tolong wat keje slow2 sikit....bilik dia tingkat atas..lau dia naik tangga atas...ya ALLAH....dia dah tahu tangga tu kayu..naik tangga tu hormat lah orang yang ada dekat ruang tamu...boleh bayang tak lau orang jalan hentak kaki...dia naik tangga gitu lah..bukan hentak cam tarian hindustan yang lembut2 tuuu...ni hentak macam gangster hantuk kaki kat kpala orang...hOhhh......amik kau dahsyat punya ibarat...ahaaaa ahaaaa...AAK(Ada Aku Kesah)????emmmmm kadang2 terpikir gak dia ni ada masalah mental ke haper??ya ALLAH lembutkanlah hati dia ya Allah...mudah2an dia sedar apa yang diabuat n berubah ke arah kebaikan nanti...amin...

Cikgu man Muara Hati...keh2 lucu LOL....



Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

Tuesday 25 September 2012

i loike cokolat...








coklat??kek coklat??ais krim coklat?? gurrlpppp!!!! sedap nyaaaa...tambah2 kek coklat yang moist tuu..kek  secret recipe lak tok sah citer lah ia punya kenikmatan...fuhhh...telan air liur la dulu...
nanti kita beli ek (pujuk sang hati)... i loike it so much...
tapi ada my frend yang tak suka langsung makan pape je lah yang ada kaitan ngan coklat...boleh je dia makan yang flavor coklat but she prefer others compared to cocoa...
ada ugak upenyer orang yang memang x suka makn coklat bagai ni...pelik gak nape dia x suka ea...hilang lah nikmat untuk dia menikmati coklat2 ini....penah dengar tak pantun 2 kerat ni "banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam" hoh betul da jumpa da la niii....kalau benda yang kita suka x smestinya orang lain suka...same goes to me...lau yang orang lain suka x smestinya i suka..teeheeheee....iya gak kan...
Okai noted!!!!!!rasa nak makan coklat jer....JOm3!!!!! =) 

Monday 24 September 2012

Bicara An-Nisaa diakhir zaman



ya ALLAH....
jadikan aku setabah Ummu Khadijah...
sehingga dirinya dgelar afifah solehah..
dialah wanita pertama yg tiada ragu mngucap 2 kalimah syahadah ~
peng0rbanan brsama Rasulullah, susah senang brsama..
walau hilang harta krna berdakwah...
walau dipulau 3 thn 3 bln...
imannya sdikit pon x berubah...
mampukah aku setabah itu ?
andai diuji sdikit sudah rebah....
baru dihina sudah mengalah....
ya ALLAH tabahkan aku sepertinya....

ya ALLAH...
jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah...
betapa tinggi kasihnya pd ayahandanya..
x pernah putus asa pd prjuanagan dakwah baginda..
ank yg semulia peribadi baginda...
tangannyalah membersih luka....
tangannya jua membersihkan cela...
pada jasad Rasulullah tercinta....
tabah dan kental dirinya pd dugaan...
mampukah aku sekuat Fatimah ?
saat diri terluka dendam tertanam..
saat disakiti, maki pengganti...
ya Rabbi teguhkan hatiku sepertinya....

ya ALLAH...
jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah....
tukang sisir yg beriman...
dan keluarga Yasir yg bertakwa...
sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia..
iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan..
mampukah aku sesabar mereka ?
saat tergoda oleh nafsu dunia ?
saat alpa dgn kekayaan, kemewahan n kesenangan ?
entah ke mana hilangnya iman di dada.....

ya Rahman...
kuatkan imanku seperti Masyitah....
terjun penuh keyakinan bersama bayi kekuali yg mendidih krna yakin AllAH pasti disisi...
sabarkan aku sesabar sumaiyyah..
biar tombak menusuk kejasad....
iman sedikit pon x tergugat...

ya ALLAH....
jadikan aku semulia Ummu Sulaim.....
perkahwinannya dgn Abu Talhah atas mahar iman...
islamlah Abu Talhah sehingga mnjadi sahabat Rasulullah...
betapa hebatnya tarbiyyah isteri terhadap suami...
hinggakan segala panahan terhadap Rasulullah pd hari uhud disambut dgn belakang jasad Abu Talhah...

ya ALLAh....
tarbiyyahkan aku pd cinta sepertinya...
ketinggian cinta pd harga keimanan....
mampukah aku menatap cinta itu ?
sedangkan rupa yg menjadi keutamaan ?
ketulusan iman dibutakan....
ya ALLAH...ilhamkan aku pd cinta sepertinya....

ya ALLAH.....
jadikan aku sehebat Aisya Humaira..
isteri termuda Rasulullah...
biar dilempar fitnah dan tohmahan...
dia tetap teguh pd ketetapanNYA.......
isteri sejati yg memangku Nabi...
pd saat akhir baginda...
hadis dan sunnah Rasulullah dipertahankan...
betapa hatimu seorang mujahidah....
ya AllAh...mampukah aku mencontohinya ?
pada fitnah yg melanda ?
diri mula hilang arah dan brputus asa....
teguhkan imanku seteguh imannya...Ya Rahim...

Ya ALLAH...
teringat diri pd khansa...
4 org anaknya mati dijalan ALLAH....
dia meratap tangis...
ank sulungnya kedua dan ketiga syahid...
namun tangisan itu bukan atas pemergiaan ank trcinta..
tangisan itu kerana tiada lg anak yg dhantar utk berjihad kejln ALLAH....
mampukah aku mnjdi ibu sepertinya...
sedang anak tidak menutup aurat msih x terjawab...
sedang anak tidak solat pun x bt kisah...
berikan aku kekuatan sepertinya ya Rahman....
agar diriku bersedia pada akhirat kelak....

wahai kaum Adam yg bergelar khalifah...
diriku tidak setabah Ummu Khadijah...
bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah..
apatah lg sesabar Masyitah dan Summaiyyah..
mahupun sehebat Ummu Sulaim...
tidak jua seteguh Aisya Humaira....
kerna diri ini cuma An-Nisaa dakhir zaman...
dimana aurat semakin terdedah...
dimana syahadah hanya pd nama...
dimana dunia terus diagungkan...
dimana nafsu fana mnjadi santapan utama...
dimana batas sentiasa dileraikan...
dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan...

wahai kaum hawa...
kita cuma An-Nisaa....
para pendosa yg trbanyak di neraka.....
lantas, walau x setabah para Mujahidah...
namun...tabahlah pd ketetapan AllAH..
berpeganglah pd agamaNya....
cari lah redhaNya....
bekalkan diri dgn ilmu didada...
.kerna sesungguhnya padaNya ada SYURGA !
walau x semulia para wanita sirah....
tapi muliakn diri dgn agama yg memelihara...
kerna pdnya ada PAHALA !
walau x sesabar para wanita solehah...
namun sabarkan jiwa pd nafsu dunia yg menyeksa...
kerna disitu ada BAHAGIA !

sesungguhnya HAWA tercipta dr tulang rusuk ADAM...
bukan untk ditindas krna lemah...
tapi utk dilindungi krna indah....
dan indah pabila tertutup n terpelihara..
kerna disitulah terjaganya SYAHADAH...

memang mudah untuk kita berkata...
dan sukar untuk melakukan....
memang mudah untuk jatuh trsungkur....
kerna...
pahit n sukar untuk bangun kembali..
memang mudah utk berbuat amal..
tapi susah pada istiqamah....
iAllah, semuanya trletak pd kekuatan hati,yang dipandu dengan akal yg bertunjangkn iman dan ilmu...
dgn kesabaran dan sejuta keinsafan dan keampunan yg dipinta pdNYa...
iAllah dipermudahkan segalanya ~


Hati2 baca AL- Fatihah


BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA 'NAMA SYAITAN' DALAM AL-FATIHAH

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah , sekiranya kita tidak berhati-hati .
NAMA² SYAITAN :

1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4) KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K
5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6) SIROTHOLLAZ sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7) AMIN ...... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA ……dua harakat , MIN …. 3 harakat

Sunday 23 September 2012

Baju bedah kaler hijau....


Nape yaa slalu lau dalam bilik bedah kita tengok doktor pakai baju kaler hijau. Agak2 nape??
At 1st doktor dikatakan memakai baju warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor...That's oll... =)

Friday 21 September 2012

Pengorbanan abil4fauziah...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioVTLNI7ILjOUF2MCy22q03Cln1trmTUm0iD1MyHAYjhCKxNzCcqR6o7ETADQk5Yt0cPBKGbxde_TDJgy9H75aM4psDcCIysS9c26MX88cCjWsimGXwnJ9Y0leiQviAld53PKgK4w0A9A/s1600/abil1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9leXe_0uCgh46lAlzEVvRzoG2nC7WcY93QvKf58cSVXdwx-eXBT17uDj2xT7hT7mnrZ9gfY_IcXdXw48noLIzGkXgSUxpHPkDIDRtmCAMPOmQgQEyqvsfpaCbHFNqVuqrJpcC73m_Afw/s1600/3.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5KHtIxiTKOJ398j7bP88XWXWYxBjwRGjAsEIUeVtmOVsMTIeLNIZ_28JBeae5N3xPGp5EIVOw_fM1wkqbpO_G_ucxERJc7nqzm9btdTFysgMYvTrdYV_oGJ_UlQ9uKw8p2XFF5g9sjDY/s1600/2.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCvbVtsu1pLZw_R8dT-C8rizXEk1AYLvbDUA1KtT1q69F8Cm1HZBeIrGTeljj1OliKZptyzeD8jFAw35IoAnEFMGqmFD4K58xpNpBIlrKnze-UfaTKM6lxh48BfwoR1Y3ZcgkIYom4gaw/s1600/1.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZyvKIWfLTjnTWQMkgLVJevc5Pp5yGOATSWE6qpMaITHZiPQ7ENL-LjpmrBUQeDgsmxmISUsQf5KwK9MuW_SGDOh5pIWTnXORpeKAxTENKvcAF2Pt_WFZy_HiSqD_zDGAHxzXKarTaXGA/s1600/3.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHL-pZ51fbQnenkcP-SeBizuIHwnMq-p8CGVfq-dBAK4SA2f9TkWutS8Yc3C4cXMdWP3gnzeA2WpG615mZaugJYUzJ3uRzuoMM98IhJlnX15Bs-whQ3wfyQJmAlUzntjzkmYjdxGDIGII/s1600/1.jpg

Seremban – “Saya bukan cari publisiti.” Demikian kata Abil Fikri Ahmad, 43, yang kesal dengan tanggapan sesetengah pihak yang menuduhnya cuba mengambil kesempatan atas penderitaan isterinya, Fauziah Muhamad. Perkara ini timbul apabila dia mula melakarkan perjalanan hidupnya menjaga Fauziah, 38, yang menderita akibat kerosakan saraf pada otak, menerusi blog sejak April lalu.

Abil menjadikan laman blog yang didaftarkan atas nama ‘abil4fauziah’ sebagai diari.
Abil berkata, satu kiriman pesanan ringkas diterimanya sebelum ini cukup meruntun hatinya apabila ada pihak menuduhnya mencari publisiti atas kesengsaraan dialami isterinya.

“Saya kecewa. Saya tak sangka ada pihak sanggup menuduh saya sedemikian rupa,” katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan atas keadaan isterinya.

Dia berkata, SMS yang diterima lebih kurang berbunyi, “Encik Abil saja reka cerita nak cari publisiti ke? Buat blog untuk ‘promote’ diri? Nak tunggu dapat anugerah suami mithali? Supaya dapat gelaran Datuk?”

“Saya terkilan apabila ada pihak yang menuduh saya sebegitu,” katanya dengan nada penuh kesal sambil beristighfar panjang.

Ceritanya, SMS itu diterima Jun lalu daripada insan yang tidak dikenali dan dia cuba menerangkan dengan cara baik, namun gagal.

“Saya buat blog ini atas nasihat kawan, selain saya mahu apabila dia sihat nanti, blog ini dapat menjadi tukang cerita kerana memorinya hilang sepanjang dia sakit,” katanya.

“Melalui blog yang saya kemas kini tiga hari seminggu ini juga saya dapat mengumpulkan dana untuk isteri saya. Apabila mereka membaca, sebahagian besar mereka menyumbang.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan hati mereka. Dana yang saya kumpulkan untuk isteri saya tidak pernah saya salah gunakan. Semua untuk dia,” jelasnya.

Abil menambah, baju raya mahu pun kasut raya tidak dibeli sejak tahun lalu.

Katanya, Baju Melayu yang digunakan pada hari pernikahan mereka sekitar tiga tahun lalu menjadi baju Aidilfitri tahun ini.

“Saya langsung tidak membeli apa-apa keperluan untuk diri saya kecuali makan dan minum,” ujarnya.

Menurutnya, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas semua bantuan dan pertolongan yang diberikan bagi meringankan bebannya menjaga isteri tercinta. "Alhamdulillah, Tuhan bukakan pintu hati orang ramai kerana sudi membantu saya sehingga ke hari ini.

“Saya yakin, setiap kesusahan ada jalan keluar. Jika Tuhan memberi saya dugaan sebesar ini, Dia pasti akan membantu saya juga," katanya.

Kata Abil, dia tidak pernah berhenti berdoa agar Tuhan sentiasa memberi kekuatan kepadanya agar dapat terus menjaga isteri dengan mudah tanpa sebarang kesulitan.

Bercakap soal raya, Abil begitu teruja menceritakan kemeriahan Aidilfitri tahun ini.

“Meskipun keadaan isteri saya begini, namun saya sangat gembira.

“Ahli keluarga semuanya pulang ke Seremban dan memasak makanan hari raya bersama-sama. Sangat berbeza dengan tahun lalu,” katanya.

Menurut Abil, tahun lalu merupakan sejarah di mana bulan Syawal ‘diiringi’ kemurungan dan kesedihan. Namun dia percaya ALLAH akan menggantikan kesedihan dengan kebahagiaan tahun ini.

Beralih kepada topik kahwin, Abil ketawa kecil apabila soalan berkaitan diajukan.

“Kahwin lain? Kalau saya suka kahwin-kahwin, dah lama saya kahwin. Tidak perlu tunggu berumur 40 tahun baru nak kahwin,” katanya.

Cinta pandang pertama. Menurut Abil, ramai rakan-rakan terdekat yang mencadangkan agar dia berkahwin lain, namun dia menolak.

“Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.

“Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain,” katanya.

Tambah Abil, sebelum ini Fauziah pernah bertanya, “kalau saya sakit tak boleh bangun, awak kahwin lain tak?”

Ketika itu Abil tidak mampu menjawab kerana dia tidak boleh memberi jawapan.

“Kini, saya boleh jawab. Selagi dia isteri saya, walaupun rupa dia berubah, saya tetap sayangkan dia. Kalau saya tak sayang dia, boleh saja saya hantar dia ke kampung dan setiap bulan saya kirim duit.

"Apapun, susah senang biarlah bersama. Jika ini bahagian yang perlu saya tempuh bersama isteri, saya redha. Semuanya sudah tertulis, segala perjalanan hidup saya telah pun disusun oleh ALLAH SWT. Kini, saya hanya
mengikut rentak yang telah ditentukan coraknya oleh Tuhan untuk saya dan isteri,” katanya.

Penat itu normal

Sementara itu, Abil menolak apabila rutin hariannya itu dikaitkan dengan rasa bosan, penat dan tertekan.

“Tak ada kerja di dunia ini yang tak penat. Tak kerja pun penat. Penat itu normal.
“Saya dah tahu saya akan rasa penat, muak, bosan dan tertekan, jadi saya sudah ubah perasaan itu jadi penghibur hati sejak awal. Saya kawal hati saya,” jelasnya. Menerima pelbagai bentuk sokongan daripada orang ramai membuatkan dirinya lebih bersemangat menjalankan rutin hariannya.

“Saya semakin bersemangat setiap hari. Ada yang SMS ada yang telefon ada yang tinggal pesanan di laman sosial. Terima kasih untuk keprihatinan anda semua,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkan bantuan kepada Fauziah melalui akaun Maybank 1551-7109-4087 atas nama Abil, atau menghubungi Abil ditalian 016–2634258. -SH


Wednesday 19 September 2012

Tahniah Adeq Yi.....



TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
QI05 SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN
USIM - UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Tahniah untuk adik Yi.....semangat ma ngan abah nak p nogori sombilan nak antar anak masuk U....nanti blaja rajin2 ya.....i'm proud for u bro....bangga kan kedua orang tua...syurga menanti mu kelak...

Tuesday 18 September 2012

Romantik gaya rasulullah..



Saper yang dah tawin lehla baca tips2 romantik gaya rasulullah ni....but not for me yet...eheeee....apa salah nya tuk pengetahuan kan....Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.


Jom solat brjemaah...


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, 'Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran'. (H.R. Bukhari & Muslim)

Dalam hadis yang lain diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya, Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya ketika menunaikan sembahyang ialah orang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke masjid. Seseorang yang menunggu untuk menunaikan sembahyang sehinggalah dia menunaikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang menunaikan sembahyang (dahulu) kemudian dia terus tidur.' (H.R. Bukhari & Muslim)

Sembahyang secara berjemaah adalah sangat dituntut oleh agama sama ada dengan mengerjakannya di rumah mahupun di masjid. Tetapi melakukan solat secara berjemaah di masjid adalah lebih mulia dan lebih besar fadilatnya dan ini amat digalakkan oleh Rasulullah sendiri seperti dalam hadis yang telah disebutkan di atas.

Dengan menunaikan sembahyang secara berjemaah sebenarnya kita telah memperteguhkan dan menyatukan diri kita dalam satu barisan, melatih diri untuk taat kepada keperluan umum dengan mengikut imam untuk menuju kepada matlamat yang satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah. Sembahyang secara berjemaah juga dapat membantu kita untuk saling kenal mengenali di antara satu sama lain disamping mengeratkan hubungan tali silaturahim, membiasakan melibatkan diri dalam anggota masyarakat dan tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Masjid dan surau adalah pusat bagi peyatuan dan kekuatan ummah, di sini kita saling nasihat menasihat dengan perkataan yang baik dan lemah lembut, memberikan kritikan yang membina, memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan diri serta anggota masyarakat, membenteras penyelewengan dan kemungkaran, memberikan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melakukan gerak kerja seharian.

Friday 14 September 2012

Lelaki tampan hati



Lelaki tampan buat para muslimah adalah :

dia bangun pada waktu SUBUH untuk menghadap TUHAN nya
dia melapangkan waktu kerjanya untuk menyembah TUHAN nya pada waktu ZUHUR
dia tahan kepenatannya semata-mata untuk berjumpa TUHAN nya tatkala ASAR menjelang
dia tinggalkan dunianya buat seketika di kala MAGHRIB tiba
dia menepati waktu solatnya pabila azan ISYA' sudah berkumandang

Lelaki yang tampan hatinya seperti ini menjadi idaman para wanita muslimah kerana :

mereka adalah bakal imam wanita
mereka adalah bakal pemimpin keluarga
mereka adalah insan yang bakal dihormati dan ditaati para isteri
mereka adalah individu yang bakal menunjukkan jalan ke syurga pada keluarganya

:: Lelaki tampan hati adalah lelaki soleh, dambaan wanita solehah ::

Thursday 13 September 2012

Kisah syahdu... =(


Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula. Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah. Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.


Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi. Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu. Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.


Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja. Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu. Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.


Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga. Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri . "Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi. "Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.


"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama. Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada. Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.


Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya. Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.


Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.


"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu. Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.


Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri. Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni. Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.? Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri. Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani... "Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....
Assalamualaikum.
Abang...Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang... Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang.. Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?


Abang...
Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana. Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang.... Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka... Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.


Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin. Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.


Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri... Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama. Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka. Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita. Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua. Doakanlah Kesejahteraan Ani. Ikhlas dari isterimu yang malang, Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal....... "Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu. Ya Allah.. Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.


Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal?? 
Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.


Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri. Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ... Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa... Ya Allah..Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah.... Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.....

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......