Wednesday 27 March 2013

Kesan minum ais selepas makan...


Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas.. Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.



Tuesday 26 March 2013

Bermuda triangle..


Segitiga bermuda atau bermuda triangle adalah satu tempat atau kawasan yang paling misteri di dunia.

Pelbagai kejadian aneh terjadi disini malah semua kisah itu belum dapat dirungkai oleh akal yang waras, belbagai pendapat tentang segitiga bermuda antaranya ada yang mengatakan ia merupakan titik magnet bumi yang mempunyai lubang besar yang mampu menyedut apa saja yang melintas disitu dan ada juga yang mengatakan ianya merupakan tempat dimana Jin dan Syaitan berkumpul.

Tetapi apa versi yang didengari ianya tetap menjadi tanda tanya dan belum dapat dirungkai sampai ke hari ini.

Bagaimana dari sudut pandangan Islam berkenaan segitiga bermuda, mengikut Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Harairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda " Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagiannya lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu" larangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.

Hadis diatas menerangkan bahawa kawasan yang paling digemari oleh syaitan adalah tempat dimana udara panas dan sejuk bertembung, maka yang demikian ia dapat dikaitkan dengan keadaan giografi segitiga bermuda.

Segitiga bermuda terletak di lautan atlantik dan dipertengahan antara benua Amarika dibahagian Utara dan Afrika dan kawasan ini menjadi tempat pertembungan dua arus udara dimana arus sejuk dari Amarika Utara dan arus panas dari Afrika, maka dengan hadis ini terjawablah misteri segitiga bermuda.

Ada sebuah buku yang bertajuk " Dajjal akan muncul dari kerajaan Jin di segitiga bermuda " karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, dalam karyanya ada menyebut, bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan munculnya Dajjal dan jika benar tidak aneh lagi apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW bahkan membuktikan bahawa islam memiliki semua jawapan tentang persoalan.

Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencuba masuk ke kawasan itu. Sekembalinya mereka mengatakan bahawa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.

Menurut Sheikh imam M.Ma'rifatullah Al-Arsy, segitiga bermuda merupakan titik terujung didunia dan ditengah-tengahnya terdapat sebuah telaga yang airnya dijaga oleh Nabi Khiddir a.s dan akan munculnya penyelamat akhir zaman iaitu Imam Mahdi dari kawasan itu dengan memakai jubah suci bewarna kebiruan.Waallahualam..

Segala persoalan ini hanya Allah SWT yang mengetahuinya..

Sunday 24 March 2013

Lauhul Mahfuz

 
Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu,tetapi mensolehahkan diriku.. Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfuzku,imamku & ayah dari anak-anakku,engkau yang membersamai perjalananku nanti.. Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu,memantaskan dirimu untuk jadi imam bagi tulang rusukmu,dan buah hatimu kelak..

Friday 22 March 2013

Kehebatan doa

 
Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).


Tuesday 19 March 2013

Tips jika 'diganggu' suami orang

 
1. Jika dia mengadu kesunyian dan mahu berbual-bual, minta nama penuh dan nombor IC-nya. Daftarkan namanya di pusat asuhan kanak-kanak sebagai pengasuh sambilan. Kesunyiannya pasti terubat dengan riuh rendah kanak-kanak.

2. Jika dia mengadu dipukul atau dianiaya isteri. Ketawa sehabis hati dan berkata, "Seorang isteri tidak mampu tangani, bagaimana jika beristeri dua? Mungkin awak sudah patah riuk."

3. Jika dia ajak keluar. Ajak dia ke pasaraya membeli-belah. Beli pakaian yang cantik-cantik dan minta dia bayar. Akhir pertemuan, serahkan beg berisi pakaian kepadanya, "Ini semua untuk isteri awak, terimalah pemberian ikhlas ini."

4. Jika dia mengadu isteri kuat berleter, minta dia bawa isteri untuk buat pembedahan buang anak tekak.

5. Jika kerap mendapat panggilan larut malam, buka loud-speaker. Dengar semua perkara yang diluahkan dari hati (Konon!). Kemudian minta rakan-rakan rumah sewa jerit beramai-ramai perkataan 'Pondan' berulang kali. Jerit secara berkala dan penuh semangat.