Thursday 30 August 2012

Merdeka!!!!!!!!!!!!!!


Esok merdeka!!!!!!!!!!yeay!!!!! meanings that esok cuti......
malam ni countdown kat umah jerlah....memang xkan kuar lah...i don't like surrounding yang crowd with peoplesss...nanti panas n pening kepala den....x maO lah...baik dok kat umah jer ngadap tv....countdown lah sama2 dpn tb....

Besok xde plan nak p mana2....ceo my opis nak wat open house raya kat umah dia esok...i dont think that i'll join them....i have many works to do besok...nak basuh baju yang betimbun lam bakul ...dah ler takde washing machine...nak beli that machine malas ah aser..membazir jer....i'm here shortly i think....coz many problems occured lately hanya ALLAH sahaja yang mengetahui....hopefully i get the better offer after this...InsyaALLAH...

The mOst important things esok nak TITO....walaweh...sebut sal tido ana lah makhluk yang paling bahagia d atas muka bumi Allah ini....bukan haper....nak tido banyk2 hari lain memang tak r....biasa lah kalau dah jadi orang bekerjaya tiada masa nak terlebih tido...tak cukup tido ada laaa....time2 cuti gini lah nak tido puas2....ni belum kawin...tak banyak komitmen lagi orang cakap ...kalau dah kawin kena bagi komitmen dekat family lak...insyaALLAH........manusia boleh berubah...perangai boleh di ubah bak 
kata my mum....i trust u ma!!! i trust u!!!! 
ok daaaaaa....nak wat keje lak....teehee... =)

Wednesday 29 August 2012

Kisah Neil Armstrong dan azan....



hensem.....cam David Beckham pon ada.... =)



Neil Armstrong meninggal dunia pada 27/8/12...emmm korang knal ke beliau ni saper?? beliau merupakan orang yang pertama mendarat di bulan. Neil pergi ke bulan menggunakan pesawat angkasa USA bernama Apollo, bersama rakannya Buzz Aldrin. Pergi ke bulan merupakan perkara yang amat menakjubkan bagi Neil. Panorama dan pengalaman tersebut tidak akan pernah luput di dalam pemikiran Niel.

30 Tahun telah berlalu, ketika itu Neil mengambil keputusan untuk bercuti. Dia banyak menghabiskan masa cutinya di Mesir dan ini merupakan kali pertama beliau mengunjungi Kairo. Ini merupakan pengalaman baru Neil mengunjungi dunia Islam dalam rangka lawatannya mencari hiburan dan menenangkan fikiran setelah penat menghabiskan masanya untuk bekerja.

Apa yang berlaku di Mesir, Niel bersama rakan-rakannya yang lain sampai ke sebuah hotel yang terletak di tengah Kota Kairo. Setelah mengurus pendaftaran untuk menginap di hotel tersebut, dengan perlahan dia menuju ke bilik hotelnya untuk berehat setelah penat menempuh perjalanan yang jauh dari Amerika menuju ke Kairo. Ketika Niel berbaring di tempat tidurnya, tiba-tiba terdengar seruan Azan.

Allahuakbar... Allahhhuakbar..

ketika Niel mendengar seruan tersebut, dia teringat sesuatu bahawa dia pernah mendengar seruan ini. Niel cuba meneliti kembali di manakah dia mendengar seruan ini. Niel cuba mengingat kembali apa yang dilaluinya sebelum ini tetapi dia tetap tidak mampu untuk mendapat jawapannya.

Ketika Niel sedang menjamu selera sambil berborak dengan rakan-rakan sejawatannya dia sekali lagi terdengar kumandang azan dari salah satu menara masjid yang berdekatan dengan hotel tersebut. Dia terdiam sejenak dan cuba mengingati kembali dimanakah dia pernah mendengar seruan ini. Dia cuba menghayati kalimat azan.

Dia kemudian memanggil pelayan restoran dan bertanya dengannya "Adakah kamu boleh berbahasa English?"

Si pelayan menjawab : "Ya boleh sedikit-sedikit"

Niel tersenyum & berkata : "Seruan apa yang kedengaran sebentar tadi?"

Pelayan itu kemudian menjawab : "Maaf saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh tuan"

Neil kemudian menyebut : "Allahu akbar.. Allahu Akhbar"

Pelayan itu kemudian berkata : "Itu panggilan untuk bersolat, panggilan kepada seluruh kaum muslimin untuk pergi ke masjid untuk melaksanakan solat dan ianya berlaku 5 kali sehari"

Niel pun mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut atas penjelasannya dan kemudia dia menyambung makan malamnya sambil duduk diam tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba dia bangkit dan meninggalkan rakan-rakannya lalu naik menuju ke kamarnya sambil duduk berfikir. "Aku pasti mendengar salah satu filem yang pernah aku tonton" sejenak dia berfikir "ataupun mungkin di tempat lain?"

"Ah tidak, bukan filem!!..  aku mendengar dengan telinga ku sendiri yang bergema di udara, tetapi di mana?" dia mengelamun memikirkan seruan tersebut sehingga ketiduran. Ketika fajar menjelma, Neil terbangun dan sekali lagi dia mendengar seruan azan.

Allahu akhbar... Allahhuakbar...

Dia pun segera bangkit, duduk di tepi beranda dan cuba mengamati seruan azan tersebut. Neil teringat kembali apa yang berlaku 30 tahun lalu yang merupakan tempoh gemilang dalam hidupnya. Ketika itu dia merupakan salah satu astronot kapal angkasa USA yang juga merupakan kapal angkasa USA yang mampu mendarat ke bulan. Tiba-tiba dia sedar... "Ya.. di sanalah aku mendengar seruan ini untuk pertama kalinya dalam hidupku".

Kemudia dia berseru dalam bahasa English tanpa sedar, "Wahai tuhan yang maha suci, ya tuhan, benar aku ingat bahawa di sanalah iaitu di permukaan bulan buat kali pertama aku mendengar seruan tersebut dan kini aku mendengarnya di Kairo.

Dalam hatinya berharap untuk mendengar seruan itu lagi. Dia mengelamun sehingga pagi dengan harapan dia dapat mendengar seruan itu lagi. Tetapi seruan yang ditunggu tidak kunjung tiba.

Akhirnya dia bangkit dari tempat tidurnya dan bersiap untuk sarapan pagi. Dia kemudian terus keluar bersama rakan-rakanya manakala seluruh panca inderanya begitu sensitif untuk mendengar seruan itu lagi. Dia ingin meyakinkan dirinya dan memberitahu rakan-rakannya yang lain mengenai apa yang dialaminya.

Rombongan kemudian melawat di sebuah muzium Fir'aun dan pada ketika itu dia mendengar lagi laungan azan yang mengalun merdu dengan irama yang indah dari sebuah pembesar suara yang boleh di dengar seluruh pelawat di mezium. Neil kemudian meninggalkan rombongannya dan berjalan menuju ke arah seruan itu sambil mengamatinya. Dia kemudian memanggil rakannya "apakah awak dengar apa yang saya dengar"

"Ya" jawab mereka.

"Tahukah anda semua di mana aku pernah mendengar seruan ini sebelum ini? Aku mendengarnya di permukaan bulan pada tahun 1969."

Rakannya kemudian memanggil Neil "Mr. Armstrong, mari kita ke sana untuk berbicara sebentar". Kemudian mereka berdua pergi ke salah satu sudut dan mulai berbincang mengenai perasaan anehnya.

Tidak lama kemudian.. Neil meninggalkan rombongan dan mengambil teksi dan terus pulang ke hotel, diwajahnya kelihatan kemarahan dan emosi yang berkecamuk. "Bagaimana mungkin dia berkata bahawa aku mengada-ngada dan mereka-reka cerita serta aku telah gila." fikirnya.

Neil berdiri di biliknya selama dua jam sambil dan kemudian baring sambil menunggu seruan itu berkumandang semula... Pada ketika itu seruan azan bergema..

Allahu Akhbar.. Alllahhhuakhbar...

 Neil bangkit dan berdiri di jendela untuk mengamati azan itu semula. Kemudian dia berkata, "Tidak, aku belum gila, aku tidak gila, aku bersumpah demi tuhan bahawa inilah yang aku dengar di permukaan bulan."

Neil turun lambat untuk menikmati hidangan kerana tidak mahu bersua muka dengan rakannya.

Perkara ini berlangsung sehingga hari terakhir tempoh lawatan tersebut. Kesemua rombongan balik semula ke Amerika.

Di Amerika, Neil berusaha mendalami ilmu agama Islam, pada ketika itu dia mulai tertarik dengan Islam. Akhirnya, beberapa bulan kemudian, dia mengumumkan dia masuk Islam secara rasmi dan pada masa yang sama dalam wawancara dia menyatakan dia masuk islam kerana dia telah mendengar azan dengan telinganya sendiri di permukaan bulan.

Asyahadua an laaa ilaaha illallahhhhh
Wa Asyhadu anna muhammadar Rasullallahhhh..

Tidak lama kemudia, dia menerima sepucuk surat dari NASA, surat itu merupakan surat pemecatannya dari NASA. Sebab dan musabab dia dipecat tidak dapat diterangkan disini.

Neil Armstrong berseru dalam sebuah majalah. "Memang aku kehilangan pekerjaanku, tetapi aku menemukan Allah"

Allahualam..

sumber asal :
http://www.beloya2u.com/2011/12/kisah-muslimin-neil-armstrong-astronot.html


Makkatul Mukarramah....



Assalamualaikum...........apa khabar olls??hiii ada owang ker??suka jer wat entry even xde orang yg follow this blog pon... but i'm the owner n i'm d follower one...kih2...saja lah wat entry...lau borink2 nanti leh baca balik this post..as i told before my blog is my diary too....

Emmm tadi terrrrtengok gambar kaabah..teringat dekat Nik Afifah, my old frend...dua hari before raya hari tu sy ada msg dekat Nik...tanya dia dah balik kampong ke belum...she replied - at that moment she was at KLIA, waiting for departure...dia nak p umrah...wah...besnyeeeeee muda2 agi dah dapat jejak kaki ke sana.......emmmmmmmmm i pon nak p ugak Nik!!!!!!!!!...............mungkin ada rezeki kemudian hari....belum sampai seru untuk sy ke sana ya dok?? dia p ngan agent....tak dapat lah nak bermsg panjang2..just wish supaya dia slamat sampai sana n slamat balik sini...


Pernah dengar Jabal Rahmah tak??? Jabal Rahmah ni bukit tempat bermohon mendapat jodoh yang dianggap afdhal di kawasan Arafah Mekkah.... para wanita pencari jodoh selalu meletakkan tanda tangan pada urutan paling atas dari tanda tangan yang sudah ada di tiang itu, sampaikan ada yang terpaksa memanjat bahu orang tua mereka agar dapat tanda tangan bahagian teratas...
Antara mereka ada gak yang tanam foto lam tanah di kawasan Jabal Rahmah, dengan harapan segera mendapat jodoh yang mereka inginkan....dari gaya bercerita macam la pernah pergi...heeee tak pernah pergi pon tapi berdasarkan dari bahan bacaan...maklumlah suka membaca kan...wewuuu....nape ea wanita n lelaki seluruh dunia minta jodoh di tempat paling jauh?....menurut sejarah, kawasan tersebut dinamakan Arafah yang bermaksud tahu atau kenal.... sebab nya lokasi ni adalah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa, yang mana sebelumnya mereka terpisah terrsangat jauh, iaitu saat turun dari Syurga...Nabi Adam turun di India, sementara Hawa dikhabarkan turun di Jeddah....mereka saling mencari dan akhirnya bertemu di sini, iaitu di Jabal Rahmah.... setelah bertemu kembali, mereka menetap di Makkah, kemudian mengembangkan keturunan disana....
Eheee ada satu cerita yang saya baca...agak lah lucu tapi kisahnya benar....huhuuuu ada sepasang suami n isteri dua tahun lalu yang melaksanakan ibadah haji ke tanah suci....dalam perjalanan menuju ke Jabal Rahmah si suami memesan kepada isterinya, apa yang dia doakan di atas bukit tu nanti diaminkan oleh  isterinya...si isteri hanya menganggok shj....nak tahu apa yang si suami doa??? emmmm punya lah kejam si suami ni....dia mendoakan agar sampai kembali ke tanah air nanti dia dapat jodoh lagi satu.......alhamdulillah memang terkabul lah doa dia...sape yang tertipu???tipah jugak tertipu kn....wawawaaaa.....

Akhirnya si isteri marah-marah kepada si suami....then si suami memberitahu si isteri, awak nak tahu 1 benda   tak?? saat saya berdoa di Jabal Rahmah tempoh hari, awak mengaminkan doa saya untuk memperoleh seorang isteri lagi...ujar suaminya...heeee..cerita pon da abis..

******TAMAT******

p/s : sebagai pengajaran kepada para isteri di luar sana jangan mengaminkan saja doa si suami..mana la tahu kan tipah terpedaya....


Nik Afifah......yang paling kiri bercermin mata......
I will follow u one day...amin...



Tuesday 28 August 2012

Pemuda beribu bapakan babi..


                        Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

                        Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

                        Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

                        "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

                        "Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

                        Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

                        Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

                        Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.

Kenangan silam...

Tetiba jer tringat kenangan dulu2...sOmetimes masa mencemburui kita kan kan??....kejap jer masa berlalu...tup2 da nak tua dah sumer..ehee...da setengah abad ker???cam x sedar lak (tampor kit kasi sedar diri) wuwuuu...ramai yang dah keje x kurang juga ada yang masih blaja...yang dah kawin tu tok sah kira lah...pantang cuti skol jer mesti ramai yang mendirikan rumah tangga....uhuuuu aku bila???eheh...ada jodoh di dunia tawin lah nanti....tak usah wisau...kadang2 wisau gak..hiiii...biasa lah owang pompuan tak macam owang laki2...umur lau dah terlebih limit di kata anak dara tua lah apa lah...do i care?!!! mulut orang ni macam &&%#$*&^%$#$ bukan leh tutup pon..bukan cam mulut tempayan senang leh d tutup2...

Sedang menggodek2 koleksi gambar dolu2 terjumpa lah beberapa kepingan gambar...so simpan lam blog lah senang..borink2 leh ugak wat tatapan...gambar dulu banyak yang lucu2 sebab time hingusan agi kan..innocent n conservative gituw...tu belum gambar time skolah rendah agi..memang boloks ah...

Para pengawas yang di segani n di takoti....ea???
sebenarnya kami d benci oleh pelajar2 yang melanggar undang2 skolah n asrama....
asyik spot check jer keje kan...

berposing2 lam dorm pengawas...miss that moment...mkn biskut 
n kek time supper dekat ruang tamu 

dewan budiman..para pengawas sekolah n cikgu cikgi...


dapat lawatan free p cameron highland 2004...lau benda free msti jadi besh..kikiii..
manja nye poo ngn i...miss poo n farah so much...


lawatan free p johor 2005....ida, mc'long, thah, nick, k.zee, mirah, farah...miss u olls..


lawatan ke-2 cameron 2005 with oll pengawas, my batch only...

maisa, k.lah n atiah...

tak kira tempat haper n view haper skalipon asal leh bgambar memang on lah..peace..


pantai terengganu...



habis gaya ker???no peace anymore!!!say hye lak...eheeee..
at petrosains klcc..


Monday 27 August 2012

Our Dignity....emmm...











Allah maha mengetahui...



Pesanan for muda mudi ;-)



Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."



Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.



Wednesday 15 August 2012

Kewajipan solat...

 

Soalan : Bagaimana hendak KHUSYUK dalam SOLAT?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Jangan terlalu asyik dengan dunia, sebab salah satu punca solat tidak khusyuk adalah PERHATIAN kita kepada dunia MELEBIHI perhatian kita kepada AKHIRAT..

Soalan : Ustaz, bagaimana caranya MENDAKWAHKAN teman-teman serumah yang TIDAK SOLAT?
 
Jawapan Ustaz Azhar Idrus : TAMPAL poster-poster mengenai AZAB jika meninggalkan solat..biar mereka BACA dan FIKIRKAN, mudah-mudahan mereka mendapat KESEDARAN dan mula MENDIRIKAN SOLAT..


iMpiAn mEnJAdi SoLeHah...InsyaALLAH..

 

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :
  1. Bertakwa.
  2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik ataupun yang buruk.
  3. Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
  4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
  5. Ikhlas beribadah semata-mata kerana Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
  6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.
  7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
  8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
  9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
  10. Berinfak, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
  11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
  12.  Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
  13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
  14. Berbakti kepada kedua orang tua.
  15. Menyambung silaturrahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Allah Ta’ala berfirman :  

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)

Tuesday 14 August 2012

Penderitaan rakyat somalia..sob3!! :-(

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj86ck8HipL2bGcSob6mMMplwyg_BMood87nX_jPZDE-Va-1ygwUwo2CrnhpZRCQ1Tcd5Qmhm4UZpzinIKC7Oy5K9OU_hbnQqtVmwOiVjjBQIWkCflc33JNGqQ7csJmKqYF-6RvRBhtdko/s1600/MUFTI.JPG 

Mufti Saudi menangis teresak-esak semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:

"Saya berpuasa. Tetapi tiada apa yang boleh saya makan. Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?"

Mufti berkenaan menangis kerana jiwanya tersentap dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Somalia sehinggakan tidak ada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.

Hati "mukmin" mana yang tidak tersentuh dengan soalan sedemikian.

Sedangkan kita bermewah-mewah dan berlazat-lazat dengan pelbagai juadah, di sana... nun di sana ada saudara kita umat islam yang menderita... tiada makan untuk bersahur, tiada makanan untuk berbuka puasa...

Ya Allah ... ampunkan dosa kami dan
kami memohon serta merayu kepadaMu berikanlah pertolongan Engkau kepada saudara-saudara kami di sana...

PENDERITAAN RAKYAT SOMALIA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxMl9eylo5ZkY_JNUJJS5gkNNshs8hV2marxCBTDgJaS4xWS8CsYyNw1m3ujkuIS1FhDIVVjhAKoLRaGNxP28mjcIeUc-KTAXOaOcashfANEYpJ3B5ZA7curN8ZyZ1Lif2mCv91fuRANA/s1600/6.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAF-MK8OMo59MrGX5e-a_NPklZRABLWNfSu7oK86B7eTIxjT4Dg4GR5Nmwd2jM_suEju25wHi3SEZpc6PqUy1L9ZHRnMA5g7HaOkF36xr-sivFp5abmi3CEmovipxci6JRysWJAMFN3oc/s1600/2.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZXttfVf0hEhhJH8cuxsk9uDa9lunQz7vmXrsm0Am55AlyC9kjydAXr5oDsVW0xOgPoE90zSJbi0vSnrGjY_7UJr-ioPSGBE6KbdBLPOa-jrCrw9D-ofuD7bBDIdtkvO1yKBuBeBcDjUo/s1600/1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFux4-871fLtAserbxyj6PG5EhoQbMzAYT1dotos-BzROpp5itv7F-_PhrrkjXhFEiJcBD9rndJErKcTxEdIHQUfMGRKbdr9eTIyepI8Cr9ML40j_de0vsx3rS1i2sM3zT8yFGNCVbyDM/s1600/1+%25285%2529.jpg
Ya Allah....sedih nyaaaaaaaaaaaaaaa...........



Si perokok tegar....

 
  Nicotine..korang knal ke haper?? dalam bahasa melayunya, Nikotin...ejaan jer lain tukar c ngan k je..
nikotin ni ingredient lam rokok....dugaan terbesar untuk perokok tegar di bulan Ramadhan...huuu beritahu diri sendiri, keimanan anda lebih kuat dari hasutan nikotin untuk meneruskan ibadah berpuasa sehingga selesai...basuh lah tangan atau mandi untuk neutral kan diri anda.... pape pun, inilah masa yang paling sesuai untuk anda berhenti terus dari menjadi seorang pembunuh dalam diam. Ketahui hukum merokok untuk lebih membantu tekad anda untuk bebas dari mulut yang busuk. Mulut busuk sebab berpuasa takpe la kan, sebab nyer akhirat nanti bau kasturi...sape xnak..

Rasulullah saw. dalam meriwayatkan Hadis Qudsi menyatakan bahawa Allah swt. berfirman:

“Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, kecuali berpuasa. Sesungguhnya puasa itu untuk KU, dan kerana itu AKU lah yang akan membalasnya. Puasa itu ibarat perisai. Pada hari seseorang itu berpuasa, janganlah ia mengucapkan perkataan-perkataan kotor, tidak sopan dan tidak enak didengar dan jangan bertengkar. Jika ada seseorang yang memaki atau berkelahi dengannya, hendaklah ia mengatakan kepadanya: “Saya sedang berpuasa”. Selanjutnya Nabi saw. bersabda: “Demi Allah yang diriku didalam kekuasaan-NYA, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.” Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya.”

Bersyukurlah seadanya....

 

Sabda Rasullullah s.a.w:
" Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur dan sesiapa yang meninggalkan bererti kufur dan sesiapa yang tidak bersyukur yang banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak beryukur kepada Allah.." (Bukhari Muslim)..
 
Lihat diri kita..kemudian lihatlah dirinya,adakah kita masih tidak sempurna??..adakah kita lebih susah darinya??..berterima kasihlah pada Allah,jika disuruh kita menghitung setiap nikmat Allah..pastinya tidak terhitung.....SYUKRAN YA ALLAH.. 

Gembirakan orang lain...

 

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.

Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya,
memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka.

Qiam with me....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgw1qjxF768ScoDJgQrW5mUDzSpWRPWpei4ALdwk4TAz0HhsFpb5YBIrznCHiMQDyBPixwVIP9CaG4YJAT03ddafxf7M0UsUIF9sqV-mPf3knAOh27uB7qb5o0yl0ZPlz9MwQO30XCqNeI/s1600/1.jpg 

Sejarah negeri Kelantan sekali lagi tercipta 
'Qiam with me' bersama Sultan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan Serambi Mekah.... 
Istana bukan tempat kemegahan...sebaliknya menjadi tempat pengabdian diri kepada Allah... Tahniah Sultan Kelantan... rakyat Kelantan mencari Lailatul Qadr bersama Sultan di Istana Kelantan.... 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTBpHTyNpaPSufX-scwPnyCVpsHOd7I7Y-MrPWUMkR-6WRvrXMlSf-HZuvR2prlbHr0A7ffylDZvua-8BnDckttC4TBRD5kKLyqucTCY_JSRe2DpMg0iJEWjI6jCM1hWHKzBKCyMj5ObU/s1600/5.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIt7j6YTMleWiwQydKCD9fQ7384ZR-hmW_bpR5GYH1CavJW43igB2Cu_61rNBSJe1OJpoB8n9RiXZsNz_rMntk0QCUYkWMlQqUI72CI6CV22eKpJzQrt7gP_m42HQWwBRJAHHTYsXljmg/s1600/8.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsbxSdvfinE7JDYifvtPh-npDraPU0hvc_huVKmsw5bEfvBv9LD-3dGBaEQN0ChTYIqTzJqlC6TLINvwxzaKbxAmsNRiRiQgn8R6o6wT6G-KtVMCDuSRFfUQfobSwa0fqMHIcDezKu4Cg/s1600/3b.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4nFLs0JEqT8mtZpbkAEGmfAmj3Tfjrfno-CFc5LJlPQhS1QC2YgA-EV5WJgK7hyCfaEcxtdmT2o5xq3MQYwvdY-9WS9IV_uCe7bAaIei2OlXjvy-2cCz9lkvbg7f9oJpvayqpBVpgc68/s1600/6.jpg