Monday 10 March 2014

Kembalilah MH370, kami menantimu...




Berair mata bila membacanya. Semua perkara yang dilakukan rasa tidak kena selagi tiada khabar berita. Berharap keajaiban akan berlaku. #‎PrayForMH370


 "MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.

Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.

Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.

Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia.

Terbaru:
KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menolak sebarang kemungkinan yang berlaku ke atas pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu, termasuk kemungkinan ianya dirampas.

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya juga memerlukan bukti yang kukuh untuk menyokong segala kemungkinan-kemungkinan tersebut.

"Pada tahap ini kami tidak menumpukan pada mana-mana kemungkinan... kita melihat pada semua sudut tentang apa yang mungkin berlaku pada pesawat tersebut," katanya pada satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada Isnin.

Kata beliau, selain kemungkinan pesawat berpatah balik, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara.

Namun katanya untuk memastikan apa yang betul-betul berlaku pada pesawat Boeing 777-200 itu, pihaknya memerlukan sekurang-kurang serpihan daripada pesawat untuk kajian forensik.

"Malangnya sekali lagi kita tidak dapat menemui mana-mana bahagian pesawat ataupun untuk mengesan di mana ia berada," jelas Azharuddin.

Katanya, pihak DCA juga telah menggiatkan pencarian di Selat Melaka untuk mengesan kemungkinan pesawat berpatah balik.

Kata beliau, meskipun ia merupakan satu teori tetapi mereka tidak boleh menolak kemungkinan tersebut.

Penerbangan MH370 itu disahkan DCA sebagai hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sebelum itu, MAS dilapor berkata pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berkenaan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Ahad.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat itu telah masuk hari ketiga, namun ia masih gagal dikesan.




Saturday 8 March 2014

Wedding Farah Najiha - Unisel

Selamat pengantin baru farah syg...moga dirimu mnjadi isteri cerdik yang solehah penyejuk di mata penawar di hati suamimu. moga bahagia hingga ke syurga ALLAH..ameen