Sunday 13 July 2014

Kekejaman israel laknatullah terhadap bumi Palestin










Salam Alaik,  
Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji,
Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.

Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.

“…Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…”- (An-Najm: 42-44)

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. 
Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya. 

Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.

Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan. Maka, muhasabahlah.

Wahai calon penghuni syurga,
“Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”- (Al-Mulk: 1-2)

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.

Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.

Dan perancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna. Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Kau perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.

Allahuakbar,
 sedang umat Islam seluruh dunia kelaparan kerana menunaikan tanggungjawab berpuasa di bulan Ramadhan, saudara kita di Gaza sedang kelaparan kerana diserang tanpa henti oleh Israel. Sedang peminat Argentina seluruh dunia meratapi kekalahan kepada Germany, saudara kita di Gaza meratapi keluarga mereka yang mati syahid dibunuh oleh tentera zionist yang zalim. sedang peminat German kegembiraan berjaya menewaskan Argentina di pertandingan akhir Piala Dunia 2014, tentera Israel bergembira membunuh kejam saudara kita di Gaza.

Kata Israel mereka menangkis dan menyerang semula peluru-peluru yang dilancarkan dari Gaza. 
Siapa yang percaya tetapi mereka apa kisah kerana matlamat mereka merobek Gaza dan menghalau semua pemimpin Hamas keluar dari Gaza. Kezaliman Israel kepada warga Palestine sudah menjadi asam garam kehidupan mereka.

Bangsa Yahudi sangat memandang rendah bangsa lain yang dianggapnya sama taraf dengan haiwan. Bagi mereka jika seorang Yahudi mati dibunuh oleh Palestine balasannya mesti dua orang Palestine wajib di bunuh. Kesombongan mereka bukan sekarang tetapi sejak beribu tahun dahulu. 

“Ditimpa kepada mereka (Ahli Kitab) kehinaan di mana sahaja mereka ditemui kecuali sekiranya mereka berpegang dengan tali Allah (agama Islam) dan menjaga perhubungan baik dengan sesama manusia. Dan mereka itu kembali dengan mendapat kemurkaan dari Allah dan ditimpa ke atas mereka kesusahan hidup. Yang demikian itu kerana mereka kufur kepada ayat-ayat Allah dan membunuh Nabi-nabi tanpa kebenaran. Yang demikian itu kerana mereka durhaka kepada Allah dan melampau batas.” (Surah al-Imran: Ayat 112)
gambar Gaza hancur di serang Israel


Ini bukan Ramadhan pertama Israel menyerang Gaza tetapi
 entah Ramadhan yang keberapa tetapi Gaza tetap utuh dikelilingi Israel yang zalim. 
Mereka menyangka bumi Palestine adalah bumi nenek moyang mereka kerana itu mereka sedaya upaya menghalau umat Islam dari Gaza dan seluruh Palestine. Marilah kita bermunajat di bulan Ramadhan memohon ALLAH memberi pertolongan kepada saudara-saudara kita di Gaza dan Palestine keseluruhannya daripada kezaliman Israel yang menunggu masa akan dihalau dari bumi suci Palestine.
Kemana agaknya pergi semua perjuang-perjuang Islam yang sanggup syahid tetapi tidak di Gaza.