Thursday 29 December 2011

ais krim goreng jom2...

cam ni la ye cara2 nk wat...first of oll sdia bhn2 nk bt dlu....weeee~!!!!!!!!

 Bahan-bahan tuk 5 orang jew ek......

  • 5 scoop aiskrim vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan conflakes
  • 1 cawan chopped walnuts
  • minyak untuk menggoreng
  • sirap coklat secukupnya

Cara-cara nyer....

  1. Scope
    Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah
  2. Aiskrimgoreng1
    Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
  3. Aiskrimgoreng2
    Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
  4. Aiskrimgoreng3
    Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
  5. Aiskrimgoreng4
    Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
  6. Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
  7. ** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.

Tuesday 27 December 2011

Penuntut rentung


Oleh : Norfarhiza Mohd Attar
Tarikh : December 26, 2011
penuntut rentung

KUALA LIPIS - Seorang penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) , rentung dengan 90 peratus tubuh badannya terbakar dalam satu kemalangan di sini kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta, kereta dipandu Hadino hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Mangsa dipercayai cuba mengawal kenderaan, tetapi gagal mengakibatkan kereta Saga BLM itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar belakang sebuah kereta jenis Honda yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu.

“Akibat pelanggaran itu, kereta Saga BLM mangsa terbakar dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.

“Dalam pada itu, pemandu kereta jenis Honda, Mohd Zin Kasim berusaha mengeluarkan isterinya, Hamidah Kasur, 51, beserta dua cucu, Mohd Fahmi Dannial, 4, dan Mohd Farhan Darwiz, 10 bulan dari kereta yang mereka naiki,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Abdul Razak berkata, sejurus mereka berjaya keluar dari kereta berkenaan, kenderaan berkenaan turut terbakar.

“Walaupun pemandu dan penumpang kereta Honda berkenaan berjaya menyelamatkan diri, tetapi Mohd Farhan Darwiz, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Abdul Razak berkata, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat pakar forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri bagi mengenal pasti mayat Hadino Zafan berikutan semua identiti mangsa telah terbakar dalam kemala­ngan berkenaan.

“Pihak forensik berjaya menimbulkan nombor enjin dan casis kereta yang terbakar. Mengikut semakan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta berkenaan didaftarkan di atas nama Jasman Bagiman yang juga Pegawai Tentera berpangkat Leftenan Kolonel dan bertugas di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

“Beliau sendiri telah sampai ke tempat kejadian bersama pegawai penyiasat bagi urusan mengecam mayat melalui jam tangan dan sedikit dokumen yang tidak terbakar serta telah menuntut jenazah,” katanya.

Sunday 25 December 2011

baca tips nak exam jap...:)


x lama lagi sy nk exam, sem last katakn....insyaAllah...i follow d track without defered..amin..Smoga brjaya.... selebihnya berserah dan bertawakal kepada yang Maha Bijaksana!


Tips Untuk Membantu Dalam Peperiksaan:
 
Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang dperlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

Tenang dan percayakan diri.

Ingatkan diri bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati.

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak. 

Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.


Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.
Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
  • tetapi mempunyai markah sedikit.
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan. 
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu. 
Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Analisa jawapan. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersipakan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

boringnye...jom2 bacer quote ni...


Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat. Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

waktu mustajab berdoa..



Saturday 24 December 2011

...kematian yg pasti...


Arini sayu je aser bgn pg2 dpt th brite kmalgn jln raya but not sure is't my frend or not coz kna bt DNA dlu mybe mayt x dpt d knal psti..hnya dpt brharap n doa mudh2an thts not my fren.....b4 2 dpt msg dr membr2 bhawasanya beliau x kunjg tiba d rumah kat key el even smlm ag btolak...ptg td dpt msg amat2 trkejut mmg sudh pasti :
  
"Salam..Hadinor zafan b jasman dah di sah kn mninggal dunia kul530 pg td krn tlibat dlam kmalangan..Sama2 kte sdkah kn al-fatihah utk arwah..Smoga roh beliau brada di klgn org2 yg solah..Harap maaf kn smua salah n silap arwah dgn kte n halal kn smua mkn mnum arwah..Tlg bgth yg lain- Al-Fatihah"

mlm ni dpt lak msg:

"Salam semua....Jenazah hadinor zafan b jasman telah selamat dimandikan n akan dikebumikan malam ni di taman kosas ampang...sama2 kite sedekah kan al-fatihah n yasin untuk arwah"

uhuuu cptnye kjadian blaku..kelmarin ktorg sama2 present far dr kul 8 pg smpai kul 2 ptg,d sbbkan ari jumaat lect suh puak2 lelaki kua kls kul 12tghr ag sbb nk bg kbenaran pegi solat jumaat, mybe tubuh pnat coz stay up kot then trus drive blk umah family KL alone...mlm smalam ktorg rmai2 gathering dkt pc,but he cn't join us sbb nk blk KL...emmmm....mudh2an rohnya dicucuri rahmat Allah..Ajal dn maut ditgnNye..kite xkn terduga ape yg akn terjadi..setiap yg hidup pasti akn kembali kpdNya..al-fatihah...


....arwah bju biru brcermin mata bwh skali...


Wednesday 21 December 2011

~!!struggle 4 quiz,test n final!!~






chaiyok!!!!!!!!!!
..final around d corner..


Jadual Final Januari 2012
6 JAN - FAR 600 (8.30-11.30)
9 JAN - AUD 610 ( 9.00-12.00)
12 JAN - PSA 521 (9.00-12.00)
13 JAN - MAF 680 ( 2.45-5.45)
16 JAN - MAF 635 (9.00- 12.00)
19 JAN - MAF 640 (2.15-5.45)

Tuesday 20 December 2011

krismas nyer pasl....huhhhhuuu...


da brapa ari da x bley tgk cter ni coz bg laluan siaran tuk krismas celbration...time2 xde keje besh gak layn cter ni...lau ad keje pon must spend half an hour 4 dis drama.........hiiiii...

bacer sinopsis kit ......
 Drama Bunga April ni lakonan Shah Jazsle dan Tasha Shila. Bunga April mengisahkan kisah cinta penuh dugaan dan konflik berkenaan April (lakonan Tasha Shila) seorang anak gadis kepada keluarga yang kaya. April seorang yang berdikari dan dia ada mengusahakan sebuah kedai kek. April bertemu dan bercinta dengan pemuda bernama Johar (lakonan Shah Jazsle).


Sinopsis Drama Bunga April

Namun cinta April dan Johar terhalang apabila ayah April mahu menyatukan April dengan abang tiri kepada Johar (Zach X factor). Di sini bermulalah konflik dalam keluarga dan perebutan cinta antara mereka bertiga.

ohoooo...x sbr 4 this coming week....even nk exam but cter ttp layn...pndai2 la ya....chill...