Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan
Ini adalah kisah benar
yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini
diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan
peperiksaan tersebut.
Let begin the story.....
Terdapat
salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan
dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya
sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula
memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Tiba-tiba pelajar
tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini
mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut
menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa
ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah
menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak
menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan. Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam
sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang
sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka
sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan
dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya
berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu
berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama
selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku
di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan
amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran
berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah
sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana
berbakti kepada orang tua.
Sesungguhnya sesiapa yang
masih mempunyai ibu dan bapa, berbaktilah kepada mereka untuk
mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
No comments:
Post a Comment