Tuesday, 14 August 2012

Si perokok tegar....

 
  Nicotine..korang knal ke haper?? dalam bahasa melayunya, Nikotin...ejaan jer lain tukar c ngan k je..
nikotin ni ingredient lam rokok....dugaan terbesar untuk perokok tegar di bulan Ramadhan...huuu beritahu diri sendiri, keimanan anda lebih kuat dari hasutan nikotin untuk meneruskan ibadah berpuasa sehingga selesai...basuh lah tangan atau mandi untuk neutral kan diri anda.... pape pun, inilah masa yang paling sesuai untuk anda berhenti terus dari menjadi seorang pembunuh dalam diam. Ketahui hukum merokok untuk lebih membantu tekad anda untuk bebas dari mulut yang busuk. Mulut busuk sebab berpuasa takpe la kan, sebab nyer akhirat nanti bau kasturi...sape xnak..

Rasulullah saw. dalam meriwayatkan Hadis Qudsi menyatakan bahawa Allah swt. berfirman:

“Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, kecuali berpuasa. Sesungguhnya puasa itu untuk KU, dan kerana itu AKU lah yang akan membalasnya. Puasa itu ibarat perisai. Pada hari seseorang itu berpuasa, janganlah ia mengucapkan perkataan-perkataan kotor, tidak sopan dan tidak enak didengar dan jangan bertengkar. Jika ada seseorang yang memaki atau berkelahi dengannya, hendaklah ia mengatakan kepadanya: “Saya sedang berpuasa”. Selanjutnya Nabi saw. bersabda: “Demi Allah yang diriku didalam kekuasaan-NYA, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.” Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya.”

No comments: