Thursday, 20 June 2013

Wang berjuta,harta bertimbun...




Islam tidak pernah menghalang kita mencari harta kekayaan, tetapi Islam mengajar kita bagaimana untuk menguruskan harta supaya digunakan untuk perkara kebaikan. Tidak salah memiliki kereta mewah, wang berjuta,harta bertimbun asalkan daripada aset itu kita gunakannya untuk mendekatkan diri kepadaNya, bukan ke arah maksiat kepadaNya.

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia..." [28:77]. Ayat ini datang saat al-Quran merakamkan kisah Qarun yang angkuh dengan banyaknya harta dimiliki. al-Imam Ibn Kathir ketika mentafsrikan ayat ini menyebut "Iaitu dengan menggunakan segala yang telah dikurniakan Allah daripada harta, dan nikmat yang banyak untuk mentaati Allah dan mendekatkan diri kepadaNya dengan pelbagai ibadat yang memberikan hasil pahala pada hari akhirat nanti."


No comments: