Assalamualaykum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Ke hadapan Prof. Dr. Muhaya Mohamad,
Nama saya Amir Hamzah B. Akal Ali. Seorang lelaki yang
dilahirkan di Kedah Darul Aman, pada tahun 1988 dan sekarang menetap di Shah
Alam. Saya sudah bernikah, tapi kami dok asing – asing. Maka saya tidak tinggal
sebumbung dengan isteri saya. Kami belum ada anak lagi. Jadi kos isi rumah kami
tak tinggi. Di rumah yang saya tinggal sekarang, saya duduk dengan seorang
lelaki atheis. Kami sama – sama membayar sewa rumah, sekitar RM100 seorang.
Setiap hari, saya akan keluar menutup pagar rumah dan pergi
ke Masjid India, di Kuala Lumpur, untuk melihat rakyat – rakyat saya yang
miskin menjaja dihambat hujan dan syaitan bernama DBKL. Saya tidak mahu menjadi
seorang intelligentsia socialist maka saya memberanikan diri sendiri untuk
terlibat di akar umbi memerhati sendiri, mencakna diri, melihat segala potensi
apakah yang perlu dilakukan untuk memberdayakan rakyat – rakyat melarat di
bawah. Ini saya panggil sebagai PAR, Participatory Action Research, yakni
terlibat aktif dalam melakukan pengkajian. Inilah yang saya melakukan setiap
hari, di samping duduk bertapa seperti seorang pikun tua bernama Siddhartha
Gautama Buddha di hadapan rumah ibadat dan memerhati manusia – manusia yang ada
rahmat, adanya laknat.
Prof. Dr. Muhaya Mohamad,
Dr. Muhaya apakah khabar? Apakah baik? Saya terpaksa
menceritakan sedikit sebanyak latar saya terlebih dahulu untuk pengetahuan Dr.
supaya Dr. tahu bahawa, kebanyakan tafsiran yang kita melakukan terhadap
kehidupan di dunia ini, adalah berdasarkan pandangan yang kita melihat setiap
hari, dan kondisi social di mana kita tinggal dan mencerap alam sekeliling, dan
paling akhir, adalah tafsiran jenis mana yang kita mahu guna dalam kehidupan
seharian. Pertama, pandangan yang kita melihat setiap hari, kedua, latar yang
kita tinggal, dan akhirnya, tafsiran jenis mana yang kita mahu guna.
Jadi jika kita tinggal dalam persekitaran yang kotor, yang
bersesak padat, yang penuh dengan manusia – manusia proletar yang saban masa
bekerja mencari rezeki, maka kita akan menghasilkan ‘sebuah analisa ringkas’ terhadap
kehidupan yang kita mengalami setiap hari.
Sekiranya kita tinggal dalam alam ‘ana enta’, yang dipenuhi
mat – mat berkopiah dan minah – minah berpurdah yang setiap hari bercakap
dengan bahasa asing, dan perasan akan masuk syurga, maka segala jargon – jargon
kita akan menghasilkan bau – bau ‘wangi’ seolah – olah kita berada di dalam
syurga, dan orang lain yang tidak tinggal di dalam alam ‘ana enta’ adalah ‘the
others’.
Dan sebegitu juga dengan Dr. yang kehidupan dr. saya
berpandangan tinggal dalam alam ‘kelas menengah’ yang cuba berucap dengan
ucapan – ucapan kasih dan cinta melalui bahasa – bahasa motivasi, dan dr.
berpandangan bahawa semua kesusahan dan keluh kesah rakyat Malaysia adalah
kerana tidak berfikir seperti Dr, apakah saya betul?
Prof. Dr. Muhaya Mohamad,
Saya apabila kurang sejam yang lalu, mendapat tahu bahawa Dr
telah mengucapkan sesuatu yang agak pedih, dan menyakitkan orang – orang biasa
seperti kami, membuatkan saya menjengah Google untuk mencari sedikit sebanyak
maklumat tentang Dr.
Sebetulnya saya memang anti sama sekali kepada sosok – sosok
yang hidupnya tidak sedar bahawa, kehidupannya adalah saling bersentuh –
sentuhan dengan kehidupan – kehidupan yang lain, dan kemudian dia mengeluarkan
cakap – cakap, bicara – bicara yang sarat dan tepu dengan nada individualistic
dan dia menyangka, kehidupan yang dia memperoleh adalah hasil kudrat dia dan
pasangannnya kumpul. Saya sangat marah.
Apa – apa sahaja yang Dr makan setiap hari, apa – apa sahaja
yang Dr pakai setiap hari, apa – apa sahaja, diulang, segala – galanya adalah
kena mengena dengan orang lain. Adalah tidak masuk akal, bahawa dengan kekuatan
Dr, lah yang menyebabkan Dr boleh beroleh kehidupan yang senang dan lenang
sekarang ini. Ini adalah tipudaya dunia yang fana.
Jika tidak ada audien yang datang mendengar ceramah motivasi
dari dr., dr. sendiri pun tidak akan mampu menjanakan pendapatan sendiri. Sama
ada dr. terpaksa meminta Dr. Azmi Jamion untuk memberikan nafkhah kepada Dr.
atau Dr. Noor Aniah, iaitu Dr pengkhususan Oftalmologi atau Dr. Noor Atiyah
untuk memberikan saraan bulanan kepada Dr. selaku ibu mereka. Saya pun tidak
pasti adakah Dr. masih bekerja lagi sebagai Pakar Perunding Mata di Pusat
Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Saya tidak pasti.
Jika ya, ternyata benarlah telahan saya, segala – gala kata
– kata yang dikeluarkan oleh dr. adalah terlahir dari kehidupan seorang
bourgeois yang tinggal menetap dalam alam ‘middle class’ dan mahu bersurah
tentang ketenangan. Apa ini?
Saya terpaksa membawa segala kaum kerabat dr. di sini
kerana, inilah yang sepatutnya dipaparkan. Kehidupan Dr. yang sangat elite sama
sekali, Dr. mahu samakan dengan kehidupan rakyat marhaen yang jauh lebih
terseksa daripada dr.
Saya sendiri pun masih merasakan, saya mempunyai bau – bau
middle class, dan sedang berusaha membuang bau – bau ini dengan sedaya upaya
mengabdikan seluruh kehidupan saya kepada proletariat, kepada seluruh kaum
mustadhafin.
Bahkan orang – orang yang kebanyakan membaca tulisan saya
juga, menggunakan segala gajet – gajet canggih, pun belum tersisih dari bau
middle class.
Cumanya kami tidak berani untuk mengeluarkan pandangan –
pandangan yang sarat dengan kejelikan bahawa rakyat di bawah belum cukup bersyukur
dan bertenang lagi?
Solusi keluar dari bebanan hidup
Dr,
Solusi keluar dari bebanan hidup dr. sangat mengelirukan
sama sekali, sangat elite, sangat bourgeois, sangat middle class, dan sangat
tidak patut sama sekali keluar dari mulut dr.
Malangnya ia terkeluar juga, memperlihatkan sejauh mana
sejauh mana sensitivity seorang terpelajar terhadap penderitaan marhaen? Apakah
ilmu – ilmunya, yang ia peroleh hasil kerja keras kaum pekerja yang
membangunkan segala infrastruktur untuk daulah, akhirnya akan berpihak kepada
rakyat terbanyak, ataupun cuma kepada segelintir yang tamak? Ilmu – ilmu dr,
akhirnya akan berpihak kepada siapa?
Pada minit 0.30 dr. mengatakan dr. bersimpati terhadap
kenaikan kos hidup, kemudian dalam tidak sampai satu minit, dr. mengatakan,
tidak ada harga akan turun, bermaksud, segala kenaikan ini, mahu atau tidak,
setuju atau tidak setuju, kita kena merubah cara berfikir kita, untuk terpaksa
bersetuju, pasrah, atau redha kepada kenaikan yang membebankan ini.
Minit 0.51 dr. mengatakan pula, bahawa bukan apa yang
berlaku itu adalah penting, tetapi yang paling terpenting adalah respon, adalah
bagaimana cara kita menyikapi itu adalah yang paling penting.
Saya memang dah tak mampu untuk faham bagaimana ‘teori’ dr.
iaitu keadaaan yang negative akan berubah menjadi baik bila di + dengan
response yang positive. Ini teori siapa yang ajar ni? Apakah semua ahli
motivasi telah menerima tarbiyah yang sama? Tarbiyah ulat dalam batu pun boleh
hidup? Ini teori yang Karl Marx pun akan bunuh diri.
Saya fikir teori poyo dr. itu dihasilkan oleh dr. ketika dr.
sedang bercanda gurau di hadapan family tanpa merujuk buku – buku ekonomi dan
terlibat secara aktif dalam kancah pergelutan dan pergulatan massa di jalanan.
Saya tidak tahu bagaimana dr. beli bawang. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli
cili. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli lobak merah, timun, kacang panjang,
dsbnya. Seolah – olah dr. tak terkesan langsung dengan kenaikan harga barang.
Seolah – olah dr. di rumah menanam sayur hidroponik, ataupun tinggal di kampung
dan menggunakan air telaga, dan ketika malam, dr. menggunakan api lilin atau
pelita. Saya tidak tahu bagaimana dr. pergi bekerja setiap hari. Adakah menaiki
kuda? Ataupun menunggang unta? Saya tidak tahu. Jika begitu kehidupan dr. saya
ucapkan, salam saya sebagai seorang environmentalis
Saya tak fikir gerakan Islam PAS yang mengajar dr. berfikir
sebegini. Kerana saya membelek – belek Harakah, seminggu dua ini, mereka mula
mengajak rakyat, seperti biasa, untuk tindakan cliché mereka, iaitu turun
beramai – ramai ke jalan untuk membantah segala harga kenaikan yang tidak
munasabah ini.
Aksi ini meski cliché, lebih munasabah dari idea pasrah dan
ubah cara berfikir dr. itu. Cara dr. akan menyebabkan Rosmah akan semakin boros
dan boroi dengan harta Negara akan masuk ke dalam coli beliau. Adakah dr. tidak
berfikir apa – apa tentang perempuan puaka ini? Sampai bila dr. cuma mahu
menjual air liur dr. kepada kami?
Kenapa pemerintah tidak pernah terusik pun dengan motivasi –
motivasi orang seperti dr?
Begitu ramai orang masih terperangkap dalam akta tahanan
SOSMA, apakah idea motivasi dr?
Begitu ramai gelandangan tepi jalan masih belum keluar dari
keterpurukan social, apakah idea motivasi dr?
Begitu banyak masalah di dalam daulah ini, dan dr. menyangka
kami menonton tivi setiap hari dan tidak produktif?
Untuk pengetahuan dr. saya beritahu berterus terang, rumah
saya ada seketul peti tivi. Tetapi kami tidak berminat untuk menontonnya.
Kerana tivi banyak cerita bodoh dan bohong. Kami lebih membazirkan (jika ini
dikatakan pembaziran) masa kami di hadapan internet dan melakukan aktiviti
subversive terhadap regim (jika ini dikatakan pembaziran).
Dan dr. saya sebenarnya mahu menulis lebih panjang lagi
untuk mengkritik sifat elite dr. Cuma terakhir, dr. perlu ingat, rakyat di luar
bukan sahaja pandai membuat sambal tumis, bahkan lebih dari itu lagi, dan
hampir kebanyakan 20 an ke atas telah melakukan lebih dari satu pekerjaan,
untuk boleh suit dengan kehidupan yang membebankan ini.
Adakah dr. menyedari?
(dan saya tidak merokok. Tapi saya bercadang untuk menanam
ganja sebagai persediaan ekonomi yang kian celaka dan system pendidikan musibat
yang cuma menghasilkan elite – elite seperti dr)