Kekadang cnta yang pergi usah kta kesali..mgkin cnta yg akan datang nanti, biar yang terakhir, hanyalah untuk pemilik tulang rusuk kiri yang sudah tertulis gerangannya sejak azali..
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian hidupku..
Seorang yang mencintai-MU lebih dari segalanya..
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri..
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku..
Dan aku juga berdoa...
Jadikanlah aku seorang wanita..
Yang dapat membuat lelaki itu bangga dan bahagia..
Berikanlah aku sebuah hati yang sungguh mencintai-MU..
Sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU..
Bukan mencintainya sekadar cintaku..
Dan bila mana akhirnya kami bertemu..
Aku berharap kami berdua dapat mengatakan..
"Betapa besarnya kekuasaan-MU itu ya Allah..
Kerana Engkau telah memberikan kepadaku..
Seorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna"
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat..
Dan Engkau akan membuat segala sesuatu indah pada waktu yang telah Engkau tentukan..
No comments:
Post a Comment