Monday, 25 June 2012

Amalan bulan sya’ban





1-     Tegakkan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam pada malam 1 sya’ban. Dibaca pada tiap-tiap rakaat 
      sesudah fatihah surah al-ikhlas 5 kali. Semoga diampunkan dosa-dosa kita.

2-     Berpuasa 3 hari awal,3 hari pertengahan dan 3 hari akhir pada bulan sya’ban. Allah mencatitkan 
      pahala 70 nabi. Diwaktu hampir berbuaka puasa hendaklah memperbanyakan selawat dan zikir.

3-     Tunaikan solat-solat sunat,berpuasa,membaca al-quran,berzikir,bertasbih,berselawat,beristigfar dan  
      memohon keampunan dua ibubapa tiap-tiap hari.

4-     Pada malam nisfu sya’ban (malam 15 sya’ban) hendaklah beribadat pada malamnya dan berpuasa
      pada siangnya. Laksanakan pada malam nisfu syaa’ban iaitu. : sesudah solat fardhu maghrib dan 
      sunat ba’diahnya, bacalah surah yasin 3 kali.Pada bacaan y ang pertama niatkan untuk memohon    
      panjang umur daalam kesihatan yang baik dan kuat beribadat dalam mentaati Allah. Pada bacaan 
      ke-2 niatkan untuk memohon dimurahkan rezeki yang halal dan diberkati. Pada bacaan ke-3 
      pohon tetapkan iman dan pohon matikan dalam iman (husnulkhatimah) serta mohon jauhkan 
      dari bala.

No comments: