Monday, 5 August 2013

Ayat Tuhan manakah yang hendak kamu dustakan?


Selalu ibu-ibu yang akan melahirkan anak mengalami kesakitan yang tidak digambarkan dengan perkataan atau tulisan. Kesakitan tu sebenar memang telah dinyatakan dalam al-quran.

Kenapa wanita sakit ketika melahirkan anak?

Soalan ini telah dijawab di dalam Al-quran, Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang Ertinya,

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). "

Lihat, kesakitan seorang ibu ketika hamil dan mahu melahirkan anak itu ada diterangkan dalam al-quran bahawa melahirkan anak itu memang sakit. "telah melahirkan dengan menanggung susah payah"

Ayat Tuhan manakah yang hendak kamu dustakan?

Dan wajarkah seorang anak hendak membantah, melawan , menengking ibunya?

Mampukah seorang suami menidakkan seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriatnya?

Adakah seorang ibu dan isteri itu pernah mengharapkan bayaran ganti rugi kesakitan yang ditanggungnya?


Fikir-fikirkanlah wahai para suami dan anak-anak.


No comments: