Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik
mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti
melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu
dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh
dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa
yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan
menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling
berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya
dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka
bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya
menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras
paling bawah.
Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian
mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu
mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di
atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah ,
lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg
terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah
merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya
batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba
mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling
) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita
sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya.
Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus
menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan
syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg
berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya
setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak ,
menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
No comments:
Post a Comment