Friday 18 April 2014

Penyebaran hadis palsu-Ustaz Don



Salam olls. Macam2 cerita lately kan, yang tu tuduh tuduh yang ni, yang ni tuduh yang tu. hurrrmmm.
Dunia akhir zaman.
Baru-baru ni, penyebaran sebuah video kompilasi
berjudul Hadis Palsu dan Pendustaan Ustaz Don Daniyal yang disebarkan di laman sosial Facebook semakin mendapat perhatian selepas pengacara dan pelakon
Wardina Safiyyah pon turut memberi reaksi terhadap video berkenaan.

Wardina Safiyyah menjadi perhatian oleh pengguna Facebook, apabila dia berkongsi tulisan
bersifat teguran terhadap Ustaz Don berhubung kandungan ceramah Ustaz Don yang terdapat dalam rakaman video itu di Facebooknya.

Tindakannya mengundang pelbagai reaksi ramai terutama pengikutnya di laman sosial Facebook. Malah ada yang menyelar tindakan Wardina apabila dia menyeru para ulama, ustaz dan mufti di negara ini supaya menyemak semula kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

Namun menurut Wardina, beliau tiada niat untuk mengaibkan Ustaz Don Daniyal dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut. So, hati-hati lah saper2 yang nak sebarkan dakwah dan guna hadis-hadis, guna hadis yang sahih je ya. tata titi.


mysumber : isu hadis palsu wardina tegur ustaz don daniyal http://www.mysumber.com/isu-hadis-palsu-wardina-tegur-ustaz-don-daniyal.html#ixzz2zgCion6P



No comments: