Friday, 30 May 2014
Monday, 26 May 2014
Salam Israk mikraj
Bulan Rejab adalah diantara bulan yang mulia dalam islam.
Umat islam tentu akan kedatangan bulan ini setiap tahun . Pada malam 27 Rejab
tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad saw telah terjadi suatu peristiwa luar
biasa yang mengemparkan serta menakjubkan fikiran , iaitu peristiwa israk dan
mikraj.
Israk bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi
Muhammad saw pada malam hari dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di
Palesin.
Sementara Mikraj pula perjalanan Nabi Muhammad saw dari bumi
(dari masjidil Aqsa) naik ke langit.
Dengan itu israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi
Muhammad saw pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa ,
kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha, dengan menembusi
planet-planet dunia serta menjelajahi 7 lapis langit kemudian kembali semula ke
Mekah pada malam itu juga.
Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi saw
dengan jasad dan tubuhnya adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat
dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Ia dikatakan luar biasa kerana kejadian
tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam waktu yang singkat , cuma memakan
masa 1/3 malam . Walhal jika difikirkan jarak antara Masjidil Haram dengan
Masjidil Aqsa bukanlah satu jarak yang dekat , lebih-lebih lagi naik ke langit
hingga naik ke langit yang ke-7 tanpa menggunakan peralatan yang canggih
sepertimana hari ini. Kemudian banyak peristiwa yang dialamai dan banyak
permandangan yang dapat dilihat oleh baginda Rasullulah saw terutamanya
kenikmatan syurga dan juga berbagai bentuk penyeksaan di dalam neraka.
Setelah nabi Muhammad saw selesai mengalami Israk dan Mikraj
, baginda membuat pengumuman di hadapan orang ramai memberitahu yang baginda
telah diisrak mikraj kan oleh Allah swt disamping menceritakan semua perkara
yang baginda alami ketika itu dengan harapan golongan kafir Quraisy yang
mendengar penjelasan baginda saw itu akan beriman kepada Allah swt dan mengikut
ajaran-Nya. Namun mereka tidak juga mempercayai kata-kata Rasullulah saw malah
memperolok-olokkannya dengan dalih bahawa semua cerita Nabi Muhammad saw itu
tidak masuk akal. Hanya sedikit yang beriman, itu pun dalam keadaan yang
was-was.
Bagi kita sebagai muslim dan mukmin , kejadian Israk dan
Mikraj ini tidak sulit untuk difikirkan ini kerana kita sendiri mengetahui dan
mengakui bahawa kekuasaan Allah swt boleh berlaku dengan kehendak-Nya.
Nabi Muhammad saw berangkat dari Masjidil Haram bersama
malaikat Jibrail adalah dengan menaiki buraj yang sekali melangkah jauhnya
adalah sejauh mata memandang.
Sesunguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami oleh
Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub dalam al-Quran dan kita wajib percaya
dan beriman dengannya.
Allah swt berfirman: surah al-israk ayat 1
Apabila kita meneliti catatan sejarah, didapati pada bulan
Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad saw,beliau benar-benar berada
dipuncak kesedihan. Baginda saw telah menghadapi 2 musibah berturut-turut ,
iaitu pemergian 2 insan yang amat berjasa dan sangat dikasihi. Pemergian itu
adalah pemergian buat selama-lamanya menghadap ke hadrat illahi. Musibah yang
dimaksudkan itu ialah wafatnya Siti Khadijah isteri yang dicintai. Tidak lama
kemudian menyusul pula kewafatan bapa saudaranya Abu Talib. Tahun tersebut
adalah tahun dukacita bagi Rasullulah saw. Bagi Rasullulah saw kewafatan Siti
Khadijah bukan sekadar kehilangan isteri yang menumpahkan taat setia, kasih
sayang dan ketabahan yang luar biasa,tetapi Siti Khadijah juga berfungsi
sebagai sumber inspirasi dalam perjuangan Rasullulah saw.
Sebagai insan berharta , Siti Khadijah telah mengorbankan
sebahagian besar harta miliknya dengan penuh ikhlas dan rela demi kepentingan
dan kemajuan dakwah Rasullulah saw dalam menegakkan islam. Adanya Siti Khadijah
disisinya dengan perangsang yang diberikan , Nabi Muhammad saw merasa segala
beban yang dipikulnya menjadi ringan dan segala kepahitan terubat yang mana ia
menjadi sumber kekuatan dan semangat untuk mengembangkan islam.
Demikian juga halnya kewafatan Abu Talib, bapa saudaranya
yang bermati-matian membela dan melindunginya daripada ancaman orang kafir
quraisy . Lantaran Abu Talib tergolong di dalam orang yang disegani dikalangan
bangsa Arab, menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani menggangu Nabi Saw
secara terang-terangan. Namun, setelah Abu Talib dan Siti Khadijah wafat mereka
begitu berani sekali menggangu dan mengancam Nabi saw.
Setelah Nabi saw merasakan ruang pergerakan dakwah di Mekah
semakin sempit dan keselamatan umat islam sudah tidak terjamin , Rasullulah saw
memutuskan untuk pergi ke Taif dengan harapan penduduk Taif akan menerima
seruan dan membantu perjuangannya. Namun, di luar dugaan mereka bukan sahaja
tidak memberikan perlindungan kepada Nabi saw bahkan melemparkan pelbagai
cacian,hinaan dan penganiawaan.
Kerana cabaran itu Rasullulah saw kembali semula ke Mekah.
Betapa beratnya pendetitaan yang diterima oleh Baginda Rasullulah saw tentunya
tidak dapat kita bayangkan . Dalam keadaan seperti itu, bagi memantapkan dan
menghiburkan Rasullulah saw, maka Allah swt memerintahkan kepada malaikat
Jibril agar mengisrak mikrajkan Rasullulah saw.
Daripada peristiwa Israk Mikraj ini terdapat beberapa hikmah
yang terkandung di dalamnya beberapa pengajaran yang amat berguna sekali untuk
umat islam; Diantaranya ialah :
1- Agar manusia sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah ,
baik dikala ditimpa kesusahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang mampu
memberikan pertolongan dan menghilangkan segala kesedihan serta kesusahan pada
diri manusia, sebagaimana Nabi Muhamad saw telah ditimpa beberapa musibah
sebelum terjadinya Israk Mikraj. Ia memberi pengajaran kepada kita agar
sentiasa mendekatkan diri kepada Allah sewaktu mendapat musibah dan
permasalahan dalam kehidupan.
Caranya tentu sahaja dengan melaksanakan yang diperintahkan
dan menjauhi semua larangan-Nya. Disamping terus meningkatkan ketakwaan dan
amal ibadah . Ternyata apabila Jibril mengajak Nabi Saw berangkat dan keberangkatan itu adalah untuk
menemui Allah. Alangkah gembira hati Rasullulah saw , sehingga ia lupa segala
masalah yang berlaku , tidak dihiraukan lagi kegelapan malam dan jauhnya
perjalanan yang bakal ditempuhi itu.
2- Dalam perjalanan Israk dan Miraj tepatnya sewaktu Nabi
Muhamad saw diajak meninjau keadaan neraka. Baginda ditunjukkan berbagai
penyeksaan yang amat dahsyat sedang dialami oleh berbagai kaum akibat dari
bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Misalnya baginda bertemu
dengan satu kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu besar. Setelah pecah
ia kembali lagi seperti sediakala. Malaikat Jibril menyatakan mereka ini orang
yang berat kepalanya mengerjakan solat . Nabi Muhamad saw juga melihat
lain-lain bentuk penyeksaan bagi pemakan riba,penzina,orang yang suka memfitnah
dan lain-lain. Ini semuanya memberi teladan dan iktibar agar kita yang hidup di
dunia ini tidak melakukan perbuatan tersebut dan lain-lain perbuatan yang jelas
dilarang oleh Allah swt.
3- Mendapat perintah solatsebagai satu bentuk ibadah.
Sesungguhnya kewajipan solat berbeza dengan kewajipan-kewajipan yang lain
seperti puasa,zakat dan haji. Lantaran itu kewajipan solat disampaikan oleh
Allah swt secara langsung kepada nabi Muhamad saw , tanpa melalui perantaraan
malaikat Jibril. Solat merupakan amalan yang paling awal dihisab di akhirat
kelak. Ini menunjukkan bahawa solat memiliki kelebihan berbanding ibadah-ibadah
yang lain. Kita harus bersyukur kerana melalui ibadah solat, seseorang muslim
berpeluang untuk berdialog terus dengan Allah.
4- Memperlihatkan kebesaran Allah swt sebagai pencipta, agar
keyakinan terhadap kekuasanan-Nya benar-benar tubuh di dalam jiwa manusia .
Sesungguhnya Allah swt yang menciptakan alam yang serba luas dan indah ini,
Dalam Israk Miraj Allah swt memperlihatkan kepada Nabi Muhamad saw akan keagungan
dan pelbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam lain, seperti Sidratul
Muntaha,Arasy,Syurga dan lain-lain lagi.
Adalah diharapkan umat islam yang memperingati peristiwa
israk dan mikraj saban tahun tidak sekadar terikut-ikut atau cuma memperingati
tanggal berlakunya peristiwa tersebut, tetapi kosong tanpa penghayatan. Apa
yang penting , berbagai hikmah yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung
dengan teliti. Agar nanti dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan, baik
dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah maupun
untuk peningkatan ilmu pengetahuan dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar
ini .
Sunday, 25 May 2014
Piala Thomas...kalah kami bermaruah ;)
Kapten skuad negara, Liew Daren memohon maaf kepada seluruh
rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mata kemenangan kepada pasukan untuk
menamatkan kemarau selama 22 tahun menjulang trofi Piala Thomas selepas tewas
kepada Jepun 2-3, malam tadi.
Daren yang diturunkan sebagai perseorangan ketiga diletakkan
harapan menggunung untuk menghadiahkan mata kemenangan selepas Malaysia terikat
2-2 dengan Jepun tetapi tewas kepada Takuma Ueda 12-21, 21-18, 17-21.
Semangat juang tinggi
Begitupun, semangat juang tinggi ditunjukkan Daren wajar
diberikan pujian kerana dia tidak mudah menyerah kalah biarpun tewas pada set
pertama.
"Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya
sudah berikan aksi terbaik tetapi jika ada juga pihak yang mahu salahkan saya,
saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya selepas perlawanan malam tadi.
Buktikan kemampuan
Daren berkata, dia memang terlalu mahu memberikan kemenangan
kepada skuad negara selain membuktikan kemampuan sebenarnya selepas aksi
hambarnya dalam dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.
"Apa yang saya boleh katakan, perlawanan ini sedikit
sebanyak memberikan motivasi dan pengajaran berguna kepada saya untuk
menghadapi kejohanan seterusnya nanti.
Saya tidak akan berputus asa sebaliknya akan terus
memperbaiki kelemahan diri," katanya yang berterima kasih kepada barisan
jurulatih kerana memberikan kepercayaan kepadanya apabila menurunkannya pada
perlawanan itu.
Saturday, 24 May 2014
Schizophrenia
Salam alaik..
Harini tetiba nak uat entry pasal Schizophrenia. Tetiba rasa nak cari info pasal penyakit ni. iolss google n google terjumpalah sedikit info yang boleh dikongsi bersama uollss.
Begini citernya, Schizophrenia ni sejenis penyakit mental yang berpunca daripada
tekanan juga kemurungan yang berterusan serta keyakinan yang salah. uihhh seram mak nak oii. Kebiasaanya pesakit yang mengidap penyakit Schizophrenia ni dapat dengar suara
yang sering berbisik di telinga mereka dan ada gak pesakit schizophrenia ni yang dapat
melihat makhluk halus seperti jin. takot!!!
Begini citernya, Schizophrenia ni sejenis penyakit mental yang berpunca daripada
tekanan juga kemurungan yang berterusan serta keyakinan yang salah. uihhh seram mak nak oii. Kebiasaanya pesakit yang mengidap penyakit Schizophrenia ni dapat dengar suara
yang sering berbisik di telinga mereka dan ada gak pesakit schizophrenia ni yang dapat
melihat makhluk halus seperti jin. takot!!!
So, diorang akan jadi tertekan dan kadang-kala
mereka bertindak diluar jangkaan
hingga sanggup membunuh diri, ahli keluarga atau orang awam. Kita selalu lihat dalam akhar
sebelum ni benda2 macamni berlaku kan. mintak dijauhkan.
Bisikan dan mahkluk ghaib ni kebiasaanya akan menyuruh pesakit melakukan
perkara-perkara yang memudaratkan diri dan orang ramai.
hingga sanggup membunuh diri, ahli keluarga atau orang awam. Kita selalu lihat dalam akhar
sebelum ni benda2 macamni berlaku kan. mintak dijauhkan.
Bisikan dan mahkluk ghaib ni kebiasaanya akan menyuruh pesakit melakukan
perkara-perkara yang memudaratkan diri dan orang ramai.
Di perakui oleh pakar sakit jiwa bahawa, penyakit
Schizophrenia ini TIDAK DAPAT
disembuhkan dengan kaedah perubatan masa kini yang mengunakan dadah.
Tetapi atas penyelidikan yang dilakukan oleh Prof Nasoha,
beliau telah menemui cara perubatan berlandaskan terapi kalimah Laa illa Haa ill Allah dan
juga pengambilan supliment yang terbukti dapat menyembuhkan pesakit Schizophrenia d
engan sepenuhnya dengan izin Allah. Perubatan berlandaskan supliment dan terapi
yang diberikan akan mengubati badan,jiwa dan kepercayaan yang menjadi punca
utama kepada penyakit Schizophrenia ini.
disembuhkan dengan kaedah perubatan masa kini yang mengunakan dadah.
Tetapi atas penyelidikan yang dilakukan oleh Prof Nasoha,
beliau telah menemui cara perubatan berlandaskan terapi kalimah Laa illa Haa ill Allah dan
juga pengambilan supliment yang terbukti dapat menyembuhkan pesakit Schizophrenia d
engan sepenuhnya dengan izin Allah. Perubatan berlandaskan supliment dan terapi
yang diberikan akan mengubati badan,jiwa dan kepercayaan yang menjadi punca
utama kepada penyakit Schizophrenia ini.
Jika ada diantara ahli keluarga, sanak saudara,rakan-rakan,
atau kenalan kita yang mengalami kemurungan yang berterusan, mengadu mendengar
bisikan, atau dapat melihat benda-benda ghaib, sila dapatkan rawatan dengan
segera sebelum terlambat.
****Nauzubillahiminzalik..mintak dijauhkan dari diriku, keluarga,
sedara mara, sahabat dan rakan taulan.Allahumma amin ya latif.
sedara mara, sahabat dan rakan taulan.Allahumma amin ya latif.
Monday, 19 May 2014
Hantaran perkahwinan ala-ala budget
Sunquick dengan susu tak tahannya. xpela bleh buat air..kwang3. |
Topi kledar cap ijau pas sangat...teehee |
slipar jepun. xper bleh buat amik wudhu' n jimat ongkosnya. |
Nape x letak sekali sudip nyer..kikikkk |
yg ni paling kreatif. buah2 dan sayur2 tempatan. fresh dari ladang. if buat camni riuh n femes 1 kampong daku. huwahuwaaa.. |
The care you need, the care you want
My dear girl, the day you see I'm getting old, I ask you to
please be patient, but most of all, try to understand what I'm going through.
If when we talk, I repeat the same thing a thousand times, don't interrupt to
say: "You said the same thing a minute ago"... Just listen, please.
Try to remember the times when you were little and I would read the same story
night after night until you would fall asleep.
When I don't want to take a bath, don't be mad and don't
embarrass me. Remember when I had to run after you making excuses and trying to
get you to take a shower when you were just a girl?
When you see how ignorant I am when it comes to new
technology, give me the time to learn and don't look at me that way ...
remember, honey, I patiently taught you how to do many things like eating
appropriately, getting dressed, combing your hair and dealing with life's
issues every day... the day you see I'm getting old, I ask you to please be
patient, but most of all, try to understand what I'm going through.
If I occasionally lose track of what we're talking about,
give me the time to remember, and if I can't, don't be nervous, impatient or
arrogant. Just know in your heart that the most important thing for me is to be
with you.
And when my old, tired legs don't let me move as quickly as
before, give me your hand the same way that I offered mine to you when you
first walked. When those days come, don't feel sad... just be with me, and
understand me while I get to the end of my life with love. I'll cherish and
thank you for the gift of time and joy we shared. With a big smile and the huge
love I've always had for you, I just want to say, I love you ... my darling
daughter.
Tuesday, 13 May 2014
Thursday, 1 May 2014
Perkahwinan Samsul Yusuf & Puteri Sarah
Salam uolls, iolls sangat lah jeles dengan Puteri Sarah, tuah ayam kita boleh nampak di kaki, tuah manusia kita tak tahu. Walain syakartum laadzidannakum. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.
Semoga dalam hidup ini...
Allah bahagiakan kita dengan syukur.
Sebab syukur itulah yang akan mampukan kita untuk memahami
bahwa yang banyak atau pun yang sedikit itu adalah pemberian Allah.
Sungguh tak akan tertukar rezeki antara kita.
Walau kita kejar rezeki itu, akan tetap berlalu bila memang
bukan hak kita.
Walau seakan rezeki itu akan sirna, tetap datang kerna
memang itu sudah Allah tetapkan menjadi milik kita.
Namun, kadang kita tenggelam dalam hawa nafsu yang tak
bertepi.
Diberi sedikit, merasa tak cukup.
Diberi banyak, masih terasa kurang.
Maka kita pun jadi sulit untuk bersyukur...
Semoga dalam hidup ini...
Allah tenangkan kita dengan sabar.
Sebab sabar itu yang akan menepis sejuta luka.
Sebab sabar itu yang akan menghapus segenap luka.
Sebab sabar itu yang akan mengukuhkan jiwa.
Jiwa yang sabar akan tetap tegar walau kekecewaan seakan
tiada henti menyapa.
Jiwa yang sabar akan tetap teguh walau kegagalan seakan
gemar datang dan enggan untuk pergi.
Jiwa yang sabar itu akhirnya akan membawa kita dalam taqwa.
Dan taqwa itu yang akan menyelamatkan setiap jiwa.
Ya Allah...
Bahagiakan aku dalam syukur.
Tenangkan aku dalam sabar.
Selamatkan aku dalam taqwa.
Allahumma aamiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)