KOPIAH YAHUDI
Kopiah yahudi kecil sahaja seolah-olah melambangkan ugama
yahudi yang jumlah penganutnya sedikit sahaja iaitu dikalangan orang yahudi
/israel sahaja.
Orang yahudi percaya tentang nabi sehingga Nabi Musa
sahaja.Nabi yang datang selepas Musa mereka tidak percaya.
KOPIAH KRISTIAN
Kopiah kristian besar sedikit daripada kopiah yahudi. Ini
seperti melambangkan agamanya lebih sedikit dari orang yahudi iaitu sampai
kepada nabi Isa.Sedangkan orang yahudi percaya sehingga nabi Musa sahaja dan
tidak percaya kepada Nabi Isa.
Orang kristian percaya tuhan ada tiga.Mereka percaya Isa
anak tuhan. Orang islam hanya percaya Isa adalah seorang nabi.Penganut kristian
memisahkan gereja dari sistem pemeritahan. Paderi kristian tidak berkahwin
menjadikan diri mereka terpisah dari dunia luar.
KOPIAH ISLAM
Kopiah islam lebih besar dari kopiah yahudi dan kopiah
kristian, seperti melambangkan kepercayaan orang islam sampai kepada Nabi
Muhammad saw .
Sedangkan orang yahudi dan kristian tidak percaya kepada
Nabi Muhammad saw .Kopiah orang islam kelihatannya lebih lengkap sedangkan
kopiah orang yahudi dan kristian mudah jatuh dan terpaksa dipasangkan dengan
pin supaya tidak jatuh.
Islam lebih selamat kerana percaya semua nabi dari Nabi Adam
sehingga Nabi Muhammad saw sebagai nabi terakhir. Ajaran yang dibawa oleh
nabi-nabi ini dari Adam hingga Muhammad saw hanya percaya satu tuhan iaitu
Allah subhanawataala.
No comments:
Post a Comment