Daripada Abdullah bin 'Amr RA, Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ilmu daripada manusia.
Tetapi ALLAH mencabut ilmu dengan mencabut roh para ulama.
Sehinggalah tiada lagi orang alim yang tinggal. Ketika itu,
manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan
sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan
menyesatkan orang lain."
(Hadis riwayat Al-Bukhari )
Hari Khamis Malam Jumaat, 23 Rabiul Akhir 1436 Hijrah / 12
Februari 2015 Masihi, tepat jam 9.45 malam. Seorang Tokoh pemimpin Islam yang aku kagumi kembali kepada sang pencipta. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Daripada Allah kita datang dan kepadaNYA kita akan kembali. Pergi yang tak akan kembali buat selama-lamanya tetapi namamu akan segar indah dalam hati kami rakyat Kelantan buat selamanya-lamanya. Selama-lamanya tok ;'(
Sedih, pedih, sayu, hiba, pilu semua ada saat mendengar kematianmu. Lautan manusia membanjiri Pulau Melaka saat itu, semua sedih dengan pemergianmu. Moga syurga tempatmu ya murobbi. Jika diberi rezki, berjumpa lah kita di sana kelak di syurga firdausi. Allahumma ameen. Hilangmu tiada ganti. Perjuanganmu akan kami teruskan walau dirimu tiada di sisi.
InsyaAllah.
Sebak ya Allah :'( kami sayang tok guru |
Wallahi aku sedih, aku rindu. Walau aku bukan anak cucu Almarhum tapi aku sangat terasa kehilangannya. Bersemadilah tok guru dengan aman disana jauh dari fitnah dunia. Moga kita dapat berjumpa kelak di syurga Allah yang abadi.
InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment