Thursday, 17 May 2018

Ramadhan 2018



Sesungguhnya bulan ramadhan ialah sebuah ibadah yang agung dan mulia di sisi Allah swt. 
Juga pada bulan ini ganjaran pahala dan kebaikan menanti hamba yang beriman yang melalui bulan dan waktu ini dengan ibadah dan keimanan yang sahih kepada Allah swt.

Mereka yang berpuasa merupakan tetamu Allah swt yang akan dilayani dengan ganjaran dan kebaikan seperti yang disebut oleh rasulullah dalam hadith qudsi bahawa Allah berfirman : 
“Setiap amalan anak adam itu ialah ialah untuk dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa itu ialah untuk Aku (Allah) dan Akulah (Allah) yang akan memberinya ganjaran, dan puasa itu ialah pendinding..” 
(Hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151).

Sesungguhnya para tetamu Allah di bulan ramadhan ini akan diberikan kelebihan di sisi 
Allah bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat bahkan baginda dalam sebuah hadith menyebut:
  “Sesungguhnya demi Yang jiwa Muhamamd itu di tangan-Nya bahawa bauan mulut mereka yang berpuasa itu di hari akhirat lebih harum di sisi Allah dari wangian misik dan bagi mereka yang berpuasa itu dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui tuhannya..” 
(hadith sahih Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151).

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa” 
(Al-Baqarah : 183).


Alhamdulillah, wassyukurillah masih dapat bernafas dan dipinjamkan nyawa sehingga ke saat ini. Ramadhan tahun ni rezeki dapat bersama suami dan anak tercinta. 
Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini. 


  


No comments: