Hendaklah membaca Al-Quran setiap hari kerana:
Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya
Di
dalam hadith Qudsi bhawa Allah SWT berfirman: Orang yang sibuk membaca
Al-Quran dengan mengaji, menghafal dan berfikirkan tentangnya dengan
tafsir dan terjemahannya dll, bahawa ia menghalangnya dari berzikir dan
berdoa kepadaKU (iaitu ia tidak mempunyai masa untuk berzikir dan
berdoa) maka Daku memberinya lebih daripada yang Daku beri kepada orang
yang berdoa kepadaKU bagi memenuhi keperluannya (iaitu Daku sempurnakan
segala keperluan dan hajatnya). Rasulullah SAW bersabda bahawa ‘kalam
Allah’ mempunyai kelebihan di atas segala makhluknya.
Di
dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa kamu
hendaklah mempelajari Al-Quran (dapatkan pengetahuannya), bacalah ia dan
ajarkannya kerana contoh Al-Quran, bagi pihak orang yang
mempelajarinya, mendapatkan pengetahuannya, membacanya (tertutama dalam
solat Tahajud), mengajarkannya dan juga mengamalkannya adalah seperti
sebuah beg kulit yang terbuka yang penuh dengan kasturi yang baunya yang
sangat wangi sampai ke semua tempat. Bagi seseorang ang mempelajari
Al-Quran (mendapatkan pengetahuannya) tetapi (meluangkan masa) pada
malam hari (dalam kecuaian), iaitu tidak membaca Quran di dalam tahajud
atau ia mengamalkannya, manakala Al-Quran wujud dan dilindungi di dalam
hatinya, adalah seperti sebuah beg kulit yang diisi dengan kasturi
dengan mulutnya tertutup rapat.
Di
dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang
membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) baginya satu hasanah
dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Daku tidak etakan bahawa
Alif, Laam dan Miim sebagai satu huruf, tetapi Alif ialah satu huruf,
Laam satu huruf, Miim satu huruf (jadi dalam membaca Alif, Laam Miim
terdapat tiga hasanah dan ganjaran minimum menyamai tiga puluh
kebajikan)
Di
dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dua orang sahaja yang
boleh dicemburui, pertama seorang yang Allah SWT berikan Al-Quran yang
ia amalkan pada siang hari dan malamnya dan keduanya, seorang yang Allah
SWT berikan harta dan ia belanjakan harta siang dan malam menurut
perintahNYA.
Di
dalam hadith yang lain bahawa pada hari kiamat ia akan dikatakan kepada
pembaca Al-Quran teruskan membaca Al-Quran dan naiklah darjat kamu
dalam syurga. Bacalah dengan tartil dan mudah di dalam dunia kerana
darjat dan kedudukan kamu akan berada pada ayat terakhir yang kamu akan
baca.
Di
dalam hadith yang lain bahawa barangsiapa yang membaca Quran dan ia
seorang yang mahir (iaitu ia membaca dengan lancar, maka pada hari
kiamat ia akan bersama dengan mereka yang dimuliakan dan malaikat yang
suci yang menulis amalan yang baik. Dan barangsiapa yang membacanya
dengan tersekat-sekat tanpa lancar kerana tidak menghafalnya dan dengan
cara ini, mengalami kesulitan dalam membaca mendapat dua kali ganda
pahala (satu kerana membaca Al-Quran dan satu lagi kerana mengalami
kesulitan dalam membaca)
No comments:
Post a Comment