Wednesday, 4 January 2012



Terdapat pepatah dalam bahasa Melayu yang berbunyi 'Masa Itu Emas'. Dalam masyarakat Arab pula, popular dengan pepatah 'Masa itu pedang'. Manakala dalam Al-Qur'an sendiri terdapat satu surah yang bernama Surah Al-Asr. Makna Al-Asr adalah masa atau pun waktu asar. 

Ada setengah orang berpendapat, cara yang paling asas untuk belajar menepati masa adalah dengan mengikuti waktu solat. Seseorang yang setiap masa akan solat berjamaah apabila tibanya waktu solat akan lebih mudah menepati masa, tidak akan suka membuang masa dan amat menghargai masa supaya tidak hilang sia-sia begitu sahaja. Syaratnya adalah mestilah melakukan solat secara berjamaah lima waktu sehari semalam termasuk waktu subuh. Dia mesti berusaha bangun pagi dan solat di surau berdekatan secara berjamaah. Maka dia akan menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa serta tidak akan rugi seperti yang terdapat dalam Surah Al-Asr.

***** mudah2an sua2 ari nnti become some1 like above..amin......

No comments: