Wednesday, 27 June 2012

gaji oh gaji.... ;-)


arini dpt gaji....hoooray!!!!!!!!!!!!!!...
pape pon kna bsyukur...alhamdulillah ats rezkimu ya Allah....
mudah2an aku d permudahkan dlm sgala hal...
dmurahkan rezki..slmt d dunia dan jga d akhirat...amin...

My housemate...aduhai...


Assalamualaikum w.b.t

allop...ANYBODY HOME???
eheeee saja jer nk wat entry...bkn ad org nk bacer pon ecully...but jus make ths entry 2 release my tension3...(tnsion la sgt)..kih2..

ni nk story la kit ya...
emmm d story about a girl, her name is N.....wawawaaaa...pnya la kurg sdikt asam garam dak ni..x pndai nk hormat org yg lbih brumur dr dia...(brumr ckt jer bkn jauh beza sgt pon..) tp pnya la rude dia nyer prangai tuhn jer yg th....

citer nyer brmula bgini..
ad lah 1 mlm tu sdang asyik ktorg mlayan cter grimis mngundang lakonan kamal adli n olivia yg br jer d tayang kat pawagam tu...tiba2 dtg seorg bdk yg bnama N ni...dia dtg tnpa di undang, al maklumlah blk ktorg ni tgkat atas, tgga yg slalu d daki tuk ke tgkat atas made by wood..bkn nyer simen, so trasa ad sdikt gegaran msa dia naik...(jhtnye i)...tnpa bg salam trus msk lam blk, then dia ckp cam bg arahan gitew..dia habaq dkt  ktorg surh buang smpah kat dapur sbb nyer langau dah pnuh smpai nk msk lam blk dia dh..uhuuu pnya la pandai wat cter..smpah 2 bkn nye lama sgt pon br nk msk 2 ari jer..eheh...x la smpai lalat n berulat pon sampah tu...pndai2 la ktorg buang nnti...

Dia brani nk sound2 ktorg sbb nye dia stay kat umah sewa ni lama dr ktorg..bkn lma sgt pon, lama ckit jer beza hnya bberapa bln jerk...peti ais kat umah ni dia yg pnya, ktorg tumpang la jgk peti ais dia nk simpan brg2 basah kan, xkan la nk bli pti ais sorg 1 kan, mlambung la jwb nyer bil letrik tiap2 bln...oleh krana pti ais dia yg pnya, so hampir tiap2 ari lah dia tampal dia nyer sticky note dkt peti...psan tu lah psan ni lah..x bleh 2 lah x bleh ni lah....aduyai..mcm dok hostel pon ad gak..rasa mcm dia warden ktorg lak....ktorg dh bsar lah adik N ooiii...at least hormat la ktorg kit kn..jgn nk gna senioriti sgt okeh...

Tgkat bwh umah ktorg ad 1 jer blk air dkt ngn blk dia..so konon2 nye blk air 2 milik dia lah kn...tp time2 trdesak ktorg yg dok ats ni ad la ugk tumpg blk air 2, tumpng pon bkn nk buang air kecik pon..buang air besar lg la tak!!...juz tumpg amik wuduk or basuh kaki..itu shj...dia notice yg ktorg msk blk air dia..so ad lah sticky note tmpal dpn blk air 2, bkn stakat dpn pintu..dlm blk air 2 pon ad gak note tampal dkt dinding...mcm2 lah yg d tulis..ini dah mlampau ni...

Jarang2 ktorg masak la jgk...time mood rajin kn..lepas mask jer msti ad bnda yg x kna, ad lah note yg d tampal d mn2 nnti...dkt tingkap dapur pon ad..dkt pintu dapur pon ad...yg plg byk dkt fridge milik nye laa...lau iktkan dia nk surh kta mop ari2 lantai dapur...time dia mop lantai basah lencun dapur..cam nk surh licin org jer gayanye...lau basah cam2 lg la brdaki lantai...ishhkk...tnsion tul..perfectionist la konon2 nyer...bilik dia brg2 btimbun, lau trsusn rapi n bersih xpe gak..diri sdr bkn nye organise pon..org lain yg d sibukkan nyer...

Nak d jadikkan criter mlm tuu...ktorang decide nk mmbals blk a.k.a nk reply tiap2 note yg d tampal oleh si N..sbb nye dh d luar ksabarn rasanyer prangai bdk ni...sajer je bls bkn niat nk cr gaduh pon..nk bg pngajaran ajer..pnya lah smgt si Ema sponsor krtas A4 dia..n si Nawal penulis trhebat abad ini..x cukp shelai tmbah 1 helai lg krtas...cukp2 2 helai..x pnjg pon kn..biasa2 jer..bg ayat2 puitis kit biar dia th ktorg bkn alat utk di tindas..chewah..ktorg tampal d pintu utama rumah..then naik kat atas..arap2 dia baca mlm 2 jgk..uhuu ap yg diharpkan mnjd..mmg dia baca n dia p mngadu dkt kak Odah (bkn nma sbenar)ahaaa..kak Odah ni mmg jnis batu api sbenrnya..."ibarat baling batu n smbunyi tgn" bak kata Nawal...first time msk umah ni lg cam dia aim jer saper2 yg dia x ska..elok sgt lah baik dgn si N tuu..

Esok nye ktorg trsrempak ngn dia time kumpul dkt ruang tamu nk mkn...dia br blk then msk umah trus muncung pnjg2...leh ikat simpul2 mulut dia..hik2..nk trgelak ktorang tgk...i donno how long we can stand at this house...cam nk cr umah lain jer..harap brsabar lah kengkawan ya..chill...

Pengorbanan seorang IBU...


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

p/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.

Monday, 25 June 2012

Amalan bulan sya’ban





1-     Tegakkan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam pada malam 1 sya’ban. Dibaca pada tiap-tiap rakaat 
      sesudah fatihah surah al-ikhlas 5 kali. Semoga diampunkan dosa-dosa kita.

2-     Berpuasa 3 hari awal,3 hari pertengahan dan 3 hari akhir pada bulan sya’ban. Allah mencatitkan 
      pahala 70 nabi. Diwaktu hampir berbuaka puasa hendaklah memperbanyakan selawat dan zikir.

3-     Tunaikan solat-solat sunat,berpuasa,membaca al-quran,berzikir,bertasbih,berselawat,beristigfar dan  
      memohon keampunan dua ibubapa tiap-tiap hari.

4-     Pada malam nisfu sya’ban (malam 15 sya’ban) hendaklah beribadat pada malamnya dan berpuasa
      pada siangnya. Laksanakan pada malam nisfu syaa’ban iaitu. : sesudah solat fardhu maghrib dan 
      sunat ba’diahnya, bacalah surah yasin 3 kali.Pada bacaan y ang pertama niatkan untuk memohon    
      panjang umur daalam kesihatan yang baik dan kuat beribadat dalam mentaati Allah. Pada bacaan 
      ke-2 niatkan untuk memohon dimurahkan rezeki yang halal dan diberkati. Pada bacaan ke-3 
      pohon tetapkan iman dan pohon matikan dalam iman (husnulkhatimah) serta mohon jauhkan 
      dari bala.

Sunday, 24 June 2012

Ingt molep blako...


Jalan ke syurga....




Jaga hubungan dengan Allah
Banyak cara boleh kita praktikkan bagi menjaga hubungan kita dengan kekasih kita yakni Allah SWT. Antaranya ialah senantiasa bertaubat ( tidak kira bertaubat sebagai hambaNya mahupun taubat kerana dosa yang dilakukan ). Selain itu , senantiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanNya. Kita haruslah sedar bahawa nikmat Allah tidak pernah putus sedikit pun. Maka perlulah kita bersyukur dengan nikmatNya sebagai tanda terima kasih. Kalau kita dapat hadiah daripada ayah ibu , kita ucap " Terima kasih " kan ? Apa salahnya kita ucap " Alhamdulillah ! " kepada Allah SWT yang telah menghadiahkan nikmat kepada kita.


" Dan andai kamu menghitung nikmat Allah , nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya ."

( Surah Ibrahim 14 : 34 )

Jaga hubungan dengan Manusia
Secara amnya , makna manusia disini cukup luas. Manusia termasuklah ibu bapa , adik beradik , saudara mara , guru guru , rakan rakan , dan seluruh makhluk di muka bumi ini yang bergelar manusia. Sekejap , Rasulullah SAW adalah manusia teragung & terhebat , para sahabat baginda , para ulama , dan ramai lagi. Berbuatlah baik dengan mereka. Yang masih hidup terutamanya , hormatilah mereka , jagalah tutur kata , dan yang paling penting tanamkanlah rasa kasih , sayang & cinta sesama Muslim agar kita tidak bermusuhan & bertemu berpisah kerana Allah SWT.  Allah sayang & suka manusia yang berbaik baik sesama saudaranya. Cuba kita bayangkan , andai kita ikhlas akan saudara kita , membantunya tatkala susah , adakah saudara itu akan lupa mendoakan kesejahteraan kita ? Insya'Allah doa mereka amat bermakna :)

" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan , dan Kami telah ciptakan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain ). Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu , ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan dan amalan kamu ).

( Surah al Hujurat 49 : 13 )

Jagalah hati
Ya , hati. Hati adalah raja fizikal kita. Hati adalah raja kepada mulut. Andai hati berkata kata A , mulut juga begitu. Hati adalah raja kepada tingkah laku. Hati adalah raja diri kita. Jadi , jagalah hati anda. Jagalah hati kita ini sebaik baiknya. Tahukah kita yang kita boleh mengawal hati kita ? Maka janganlah hanya mengikut hati. Ikutkan hati , mati. Fikirlah sedalam dalamnya setiap bait bait hati. Kita manusia punya akal. Gunakan akal & manfaatkanlah hati.

" Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila daging itu baik , maka seluruh tubuh itu baik ; dan apabila seketul daging itu rosak , maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah yakni seketul daging itu adalah HATI "

( Hadis Riwayat al Bukhari dan Muslim )
Doa. Doa juga penting wahai saudaraku. Jangan lupa untuk senantiasa berdoa. Jangan angkuh. Jangan takbur. Jangan sombong. Berdoalah selagi ada waktu. Berdoalah selagi ada nafas. Berdoalah selagi waktumu berdetik. Berdoalah selagi bumi beredar pada paksinya dan berdoalah selagi matahari mula memancar dari arah timur. Kerna sekali kita tidak berdoa , Allah jauh daripada kita. Kerana apa ? Kerana tanpa doa , maknanya kita dapat hidup tanpaNya , tanpa pertolonganNya. Tapi semua , segala yang kita ada adalah daripaNya kan ? Sedar akan itu ? Maka berdoalah dan doa untuk masuk syurga. Amiiin.

tanggungjwb...

Saturday, 23 June 2012

ya Allah..guide n show us...




Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati..



Pernah tak demam masa msa kecik-kecik dulu? Mesti pernah kn? dan apa yg mak kita akan buat? Bawa kita pergi jumpa doktor atau mak kta sendiri je jadi doktor kn? mak kita ambil tuala kecil, then rendamkan dalam air asam jawa, pastu mak kita pun letak atas dahi kita. Ada tak?heee...


Jom kta kongsi sedikit tentang ilmu FIQH PERUBATAN. APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?

1- Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya demam adalah drpd percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yg demam itu dgn air,atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.
Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang drpd anda demam,hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pd waktu sahur-

3-Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian drpd api neraka,hendaklah memadamkannya dgn air sejuk.Hendaklah berendam dlm sungai yg mengalir,mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..

4- Daripada Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya.Baginda bersabda:
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan drpd Allah padanya. Sabda baginda s.a.w:
Jangan mencaci demam,kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.

siapa shbt plg baik?


slmt slps brhijab..alhamdulillah...

emm serba x kena...:-(


cinta bersatu...:-)


Thursday, 21 June 2012

Keutamaan Cinta kerana Allah



Abu Muslim mengatakan: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: 'Cintaku berhak utk org yg bercinta keranaKu, cintaKu berhak utk org yg saling tolong menolong keranaKu dan cintaKu berhak utk org yg saling berkunjung keranaKu.'

Orang yg bercinta krna Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya. " HR Ahmad

gementar hati..


 
“Sungguh, orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, bila dibacakan ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal.”(Al-anfal:2)

Pesanan Ustaz Azhar Idrus...


jaga kata-kata dan jaga tindakan..



Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni”. Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian. Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan. Jaga hati

wanita baik??lelaki baik?..



Dan wanita-wanita yg baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yg baik adalah untuk wanita-wanita yg baik.

Wednesday, 20 June 2012

Dont't try this...malu....

ahaaaaaa....................
mlampau tul....saper2 yg naik lrt ari2,then x dpt tmpat nk dudk leh la try this,
tp pastikan x pakai tudung la...eheh malu kokram kalu dok gak...

Tuesday, 19 June 2012

Kalau permpuan tanyer....




1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak
pompuan tu?


2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!


3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini,
yek. Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.


4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.


5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak
masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi : Kita
makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju
sekali, yek.


6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan
saja. Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak
paham-paham ke?


7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you.
You baik,memahami bla bla bla... Makna tersembunyi :
Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa
macam nak jadi awek you je.


8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan
awek you yang dulu? Makna tersembunyi : Kalau nak
gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan
aku.


9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi
kebahagiaan you. Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena
berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang
betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you
berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku
adil. Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil
ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu
sebelum nak menikah lagi satu.



Ini cuma contoh saja.heeeeeeeee :-)