Monday, 31 December 2012

slamat tinggal 2012...




Assalamualaikum w.b.t

Hye olls!!! harini merupakan hari last for d year of 2012.....macam2 telah berlaku dalam hidup kita sepanjang tahun ni kan....terlalu banyak cerita suka dan duka, pahit dan juga manis yang kita lalui....sesungguhnya masa mematangkan kita, menjadikan kita seorang yang lebih menghargai diri dan juga menjadi seorang yang matang dalam hidup... smoga hidup kita akan terus diberkati oleh sang pencipta...ALLAH SUBHANAHUWATAALA....

Tahun baru bakal bermula, tinggal beberapa jam je lagi for 2013!...banyak azam baru yang aku ingin capai dalam tahun 2013 nanti...eheeeee~ mudah2an Allah permudahkan segala urusanku, panjangkan umurku, dan murahkan rezekiku nanti...ameen2 ya rab...emmm hari ni aku puasa bersama2 dengan housemate2 baru ku - kak nia, ummu dan juga ummi...uhuuu....mengenali diorang sebagai housemate adalah perkara yang paling berharga dalam hidup aku....banyak perkara yang aku dapat belajar dari diorang....ummu n ummi walaupon diorang masih muda tapi sifat n sikap diorang seperti orang yang matang.....aku diajak solat berjemaah dengan diorang, terasa macam berada di kampung halaman solat berjemaah bersama family terchinta......sifat kepimpinan yang dimiliki oleh diorang akanku ikut walaupon x dapat follow secara mendadak tapi akan aku ikut slow2 kikikiiii...Insyaa Allah....sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmah...walaupon dulu aku dapat housemate yang sungguh perit dan pedih hati ini menghadapi diorang tetapi kuasa Allah menggantikan aku housemate yang jauh lebih baik dari yang dulu...sungguh kita tidak dapat melawan setiap takdirNya..ALLAHURABBI...hari ni diorang ajak berbuka puasa d kampung baru n plan nak ke masjid klcc...mgkin ada ceramah sempena tahun baru..Insyaa Allah jika tiada aral kami akan sampai ke sana...


Friday, 28 December 2012

PENYAKIT ORANG BERILMU

1.SOMBONG.
2.TAK MAU MENGALAH.
3.TAK NAK DENGAR PENDAPAT ORANG LAIN.
4.INGIN MENGALAHKAN PARA ULAMA'
5.INGIN DIDENGARKAN.
6.UJUB.
7.MEREMEHKAN ORANG LAIN DAN ORANG AWAM.

Doa untuk berlindung dari perkara di atas.. ;
اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙ‰ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ Ù…ُÙ†ْÙƒَرَاتِ الأَØ®ْلاَÙ‚ِ ÙˆَالأَعْÙ…َالِ ÙˆَالأَÙ‡ْÙˆَاءِ

Ya Allah, aku berlindung denganMu dari kemungkaran-kemungkaran akhlak, amal dan hawa nafsu . ( Imam Tirmidzi )

Windu kenangan law presentation 2009..







Tuesday, 18 December 2012

Berwas n padalah....

 

Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”