Tuesday, 26 March 2013

Bermuda triangle..


Segitiga bermuda atau bermuda triangle adalah satu tempat atau kawasan yang paling misteri di dunia.

Pelbagai kejadian aneh terjadi disini malah semua kisah itu belum dapat dirungkai oleh akal yang waras, belbagai pendapat tentang segitiga bermuda antaranya ada yang mengatakan ia merupakan titik magnet bumi yang mempunyai lubang besar yang mampu menyedut apa saja yang melintas disitu dan ada juga yang mengatakan ianya merupakan tempat dimana Jin dan Syaitan berkumpul.

Tetapi apa versi yang didengari ianya tetap menjadi tanda tanya dan belum dapat dirungkai sampai ke hari ini.

Bagaimana dari sudut pandangan Islam berkenaan segitiga bermuda, mengikut Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Harairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda " Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagiannya lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu" larangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.

Hadis diatas menerangkan bahawa kawasan yang paling digemari oleh syaitan adalah tempat dimana udara panas dan sejuk bertembung, maka yang demikian ia dapat dikaitkan dengan keadaan giografi segitiga bermuda.

Segitiga bermuda terletak di lautan atlantik dan dipertengahan antara benua Amarika dibahagian Utara dan Afrika dan kawasan ini menjadi tempat pertembungan dua arus udara dimana arus sejuk dari Amarika Utara dan arus panas dari Afrika, maka dengan hadis ini terjawablah misteri segitiga bermuda.

Ada sebuah buku yang bertajuk " Dajjal akan muncul dari kerajaan Jin di segitiga bermuda " karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, dalam karyanya ada menyebut, bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan munculnya Dajjal dan jika benar tidak aneh lagi apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW bahkan membuktikan bahawa islam memiliki semua jawapan tentang persoalan.

Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencuba masuk ke kawasan itu. Sekembalinya mereka mengatakan bahawa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.

Menurut Sheikh imam M.Ma'rifatullah Al-Arsy, segitiga bermuda merupakan titik terujung didunia dan ditengah-tengahnya terdapat sebuah telaga yang airnya dijaga oleh Nabi Khiddir a.s dan akan munculnya penyelamat akhir zaman iaitu Imam Mahdi dari kawasan itu dengan memakai jubah suci bewarna kebiruan.Waallahualam..

Segala persoalan ini hanya Allah SWT yang mengetahuinya..

No comments: