GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang
mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak
kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait
yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.
UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi
yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita
akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung
untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses
tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan
anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat
mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info
dari kajian saintifik.
DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan
tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan
kebarangkalian mendapat anak kembar.
mood : shuker tengok budak2 kembar =)
No comments:
Post a Comment