Wednesday, 1 January 2014

Selamat datang 2014..


Allahurabbi cepat nya masa berlalu meninggalkan kita, sedar tak sedar dan tak sedar sedar tahun baru "owang putih" dah tiba. Pejam celik pejam celik, umur pon dah cecah 27 tahun (if ikut tahun laaa), kalau ikut bulan tak masuk pon laie, bln 10 nanti baru masuk 27...teeheheee. Masuk jer tahun baru mesti tiap-tiap orang berazam itu lah ini lah, aku??? tiap2 tahun pon berazam tapi nak capai semua yang aku azamkan memang tak ler...uhuuu..pape pon aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Tak ada harta yang bertimbun pon xper, aku still ada keluarga dan kawan2 yang baik, itu juga harta yang tak ternilai dengan wang ringgit.

Azam tahun ni nak jadi lebih berdisiplin, kerja2 tak mao da tangguh2.. nak jadi lebih baik dari tahun sebelum2 ni. Maybe sambung blajar lagi nnti (amik master insyaa Allah, biiznillah)... kuatkanlah semangat aku ya Allah... tiada tempat lain lagi aku dapat memohon hanya padaMu ya Allah tuhan sekalian alam. Azam aku juga nak berbakti dekat ma ngan abah, nak belajar bersungguh2 nak capai impian ma ngan abah nak tengok aku grad dengan master. Insyaa Allah. 

Kita telah mencintai Allah, namun kita tidak
pernah merasakan adanya tanda-tanda tersebut.

Kasih sayang dan kecintaan Allah yang melimpah
kepada hamba-Nya telah wujud sejak sekian lama
dahulu sebelum kita lahir ke dunia. Hubungan yang
istimewa antara Allah SWT dan manusia sentiasa
wujud sekalipun, kita sebagai hamba-Nya sahaja
yang sering terlalai dari menyedari dan merasai
cinta yang melebihi cinta makhluk-Nya.

Pada hakikatnya, Allah SWT amat mencintai dan
menyayangi hamba-hamba-Nya, menginginkan kebaikan
bagi mereka sehingga natijah cinta Allah pada
hamba-Nya adalah mengakhiri hidup mereka dengan
khusnul khatimah atau kehidupan akhir yang bahagia
yakni syurga.

Namun benarkah kita telah mencintai Allah sehingga
ia mengalir ke setiap urat nadi kita? Apakah bukti
cinta kita kepada Allah? Bagaimanakah cara untuk
kita membenihkan cinta paling tinggi kepada Allah?

sungguh segala yang ada di dunia tidak lain melainkan hanya tipu daya.. Yang kami sayang, yang sayang kami..semuanya bakal kami tinggalkan untuk-Mu, ya Allah..

"Besarkan Allah, kecilkan segala selain Dia. Jangan berat hati melepaskan dunia, kerana segalanya fana kecuali Dia."


No comments: