Yang
dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua
gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih
Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan
menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah,
doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8
adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau
menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di
negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah.
Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd
adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn
ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan
Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca
sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau
di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut
sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan,
beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah
lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13
kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali
sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan
qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum
Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat,
berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer
di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau
sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab
sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk
solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk
berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak
keras dari belakang.
Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau
merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan
bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan
beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi
kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd
Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau
ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau
nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk
dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam
waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai
telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang
sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di
sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang
bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau.
Wajahnya Subhanallah...
Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat
tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung
selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan,
Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..
Subhanallah... baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah
putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn
jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas
bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu
sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’
ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa
bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik
kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl
arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di
dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya
Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat
merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w.
kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati.. ummati. ..” dan beliau nampak jelas
Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan air mata Baginda yg suci mengalir utk
ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi
Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg
mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja
baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau
masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya
“Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat
tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda.
Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn
kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya.
Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat
kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd
kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian
yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada
kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat
Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.
Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan
menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak
pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan
menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk
tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg
Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat
tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau
katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat
orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan;
“Assalamu’alaikum Ya Syamimi.. Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami
utusan Rasululah.. Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar
Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah.. Saidina Abu Bakr
memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri,
Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah
tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil
orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk
membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah
yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan
pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan
pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak
mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami
hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari
dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami)
dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya
kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang
siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan
di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya
dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada
makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg
sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan
yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang
sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan
terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah.. dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik.
“Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira
dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh
yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri
tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur
atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat
Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi
rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan
mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan
tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.
Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni
walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi
itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya
Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita
bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah
kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui
baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari
yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu
majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para
sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu
merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw,
“bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah
sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka
beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat
untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
"Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku
dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim."
No comments:
Post a Comment