Salam alaik..
Semoga kita sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt.
MasyaAllah. Dunia akhir zaman. Semua benda pelik2 berlaku. Manusia sudah hilang kewarasan mungkin dengan masyarakat yang rencam agama dan budaya,
Semoga kita sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt.
MasyaAllah. Dunia akhir zaman. Semua benda pelik2 berlaku. Manusia sudah hilang kewarasan mungkin dengan masyarakat yang rencam agama dan budaya,
Pelbagai
perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut
pandang akan muncul. Sememang inilah realiti masyarakat ‘era baru’ kini yang
mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh
generasi yang hidup dalam era yang lepas.
Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat
Islam, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing
binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam. Ada
yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata
apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang
ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama,
namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan
yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran
demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar
berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami.
Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti
oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki
nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia
bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka
bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan
lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah
bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah
kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun
amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka
yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar
dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan
itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Islam Benci Anjing?
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing
dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang
mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang
menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka.
Firman Allah: (maksudnya)
Firman Allah: (maksudnya)
“dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan
Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri;
sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika
engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari
mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.”
(Surah al-Kahfi, ayat 18).
(Surah al-Kahfi, ayat 18).
Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan
para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi
menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor
anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir
kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat
kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia
diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya
oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing.
Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu
perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika
ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.
Bolehkah muslim memiliki anjing?
Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya)
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah
(makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu
(memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang
pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih
binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu)
sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa
yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama
Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” (Surah al-Maidah, ayat
4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing.
Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing
sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud
tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi
(meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh
memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah
seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.
Bolehkah Muslim Memegang Anjing?
Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis.
Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis
dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika
membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan
bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan
lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang
cetek.
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita
hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang
kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam
kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat
mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis
anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis :
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah
sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Memelihara Anjing Dalam Rumah
Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah
tidak digalakkan oleh Islam.
Nabi s.a.w bersabda:
Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan
ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari
sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara
anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang
mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala
sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin
atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang
suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah
orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki
kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat
bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak
mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik
antara jiran,
saudara-mara dan sahabat handai.
saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai
kemerbahayaannya.
Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w:
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah
sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir
lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik
maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan
yang diizinkan.
sources:Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)