BAHAN-BAHAN :-
1/2 kg telur sotong
2 sudu besar pes cili/cili kisar
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
6 ulas bawang merah - hiris halus
1 ulas bawang putih - hiris halus
1 cm halia - hiris halus
2 batang serai - diketuk
3 cawan santan
1 keping asam gelugor
1 sudu besar kerisik
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi,
masukkan bawang merah.
2. Apabila telah layu, masukkan halia.
3. Kemudian masukkan pes cili dan tumis hingga pecah minyak
dengan api sederhana.
4. Masukkan gula dan kacau lagi.
5. Kemudian masukkan santan, asam keping, serai dan serbuk
ketumbar.
6. Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala agar santan
tidak berketul-ketul.
7. Apabila mendidih dan kuah agak pekat, masukkan garam dan telur
sotong. Masak sebentar.(Pastikan Telur Sotong APC tao hikssss. Boleh place order kt page ni https://www.facebook.com/pages/Telur-Sotong-APC/841873092555629?ref=hl).
8. Akhir sekali masukkan kerisik, perlahankan api dan masak
hingga kuah pekat dan naik minyak lagi. Tutup api.
9. Siap dan sedia untuk dihidangkan utk keluarga terchinta.
SELAMAT
MENCUBA!!!!!
No comments:
Post a Comment