Wednesday, 7 December 2016

Gempa bumi di Acheh 7 Disember 2016


Subhanallah kuasaMu

PIDIE JAYA: Perintah kecemasan diisytiharkan di Aceh, yang terletak di bahagian utara Pulau Sumatera. Ketua Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Sutopo Nugroho berkata, perintah kecemasan itu diisytihar bagi memfokuskan pencarian mangsa akibat gempa magnitud 6.5 melanda wilayah itu awal pagi ini. "Kami kini memfokuskan usaha mencari mangsa dan mangsa yang mungkin terselamat," katanya. 

Agensinya meletakkan angka kematian kepada 94 orang. Hampir 100 maut dan beratus lagi cedera di Indonesia semalam apabila gempa kuat menggegarkan wilayah Aceh, dengan penyelamat menggunakan jentolak dan menggali tanah menggunakan tangan mencari mangsa terselamat dalam sejumlah besar bangunan runtuh. Sukarelawan perubatan bergegas sebelum hari gelap untuk membawa mangsa ke hospital, yang kini berdepan kekangan merawat kebanjiran mangsa yang cedera. Kerajaan wilayah Aceh berkata dalam satu kenyataan, 93 orang maut dan lebih 500 cedera, ramai di antaranya parah. Aceh musnah dilanda gempa bumi besar-besaran dan tsunami berpusat di pantai barat berhampiran ibu kota wilayahnya, Banda Aceh pada 26 Disember 2004. Tsunami mengorbankan 226,000 orang di sepanjang garisan pantai Lautan Hindi. 

Pihak berkuasa menggesa penduduk tidur di luar ketika malam berlabuh, bimbang gempa susulan menyebabkan lebih banyak kerosakan kepada bangunan ranap. Presiden Joko "Jokowi" Widodo dijangka melawat kawasan itu esok, kata timbalannya kepada media. Seorang saksi berkata, ramai mangsa mengalami patah tulang dan luka teruk serta terpaksa dirawat di kaki lima hospital dan khemah kecemasan didirikan untuk merawat pesakit. Rakaman televisyen menunjukkan masjid yang ranap, tiang elektrik tumbang serta kereta yang remuk. Seorang sukarelawan Bulan Sabit Merah berkata, kakitangan perubatan bergelut merawat pesakit. "Kami tidak cukup kakitangan perubatan," kata anggotanya, Muklis, kepada saluran TVOne. Sutopo berkata, lebih 1,000 kakitangan termasuk pegawai tentera dan sukarelawan, dikerah untuk membantu mangsa bencana.





No comments: