Sesungguhnya bulan ramadhan ialah sebuah ibadah yang
agung dan mulia di sisi Allah swt.
Juga pada bulan ini ganjaran pahala dan
kebaikan menanti hamba yang beriman yang melalui bulan dan waktu ini dengan
ibadah dan keimanan yang sahih kepada Allah swt.
Mereka yang berpuasa merupakan tetamu Allah swt yang akan
dilayani dengan ganjaran dan kebaikan seperti yang disebut oleh rasulullah
dalam hadith qudsi bahawa Allah berfirman :
“Setiap amalan anak adam itu ialah
ialah untuk dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa itu ialah untuk Aku
(Allah) dan Akulah (Allah) yang akan memberinya ganjaran, dan puasa itu ialah
pendinding..”
(Hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151).
Sesungguhnya para tetamu Allah di bulan ramadhan ini akan
diberikan kelebihan di sisi
Allah bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat
bahkan baginda dalam sebuah hadith menyebut:
“Sesungguhnya demi Yang jiwa
Muhamamd itu di tangan-Nya bahawa bauan mulut mereka yang berpuasa itu di hari
akhirat lebih harum di sisi Allah dari wangian misik dan bagi mereka yang
berpuasa itu dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan
ketika menemui tuhannya..”
(hadith sahih Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151).
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu
untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu
mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa”
(Al-Baqarah : 183).
Alhamdulillah, wassyukurillah masih dapat
bernafas dan dipinjamkan nyawa sehingga ke saat ini. Ramadhan tahun ni
rezeki dapat bersama suami dan anak tercinta.
Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini.