Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana
ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan
berpasangan, namun tak hanya dibatasi dunia fana ini saja. Seseorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, Insya Allah
akan dipertemukan di akhirat sana. Selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar
atas ujianNya.
Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan
kepada Sang Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara
sendiri. Taqarrublah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kembalikan segala urusan
hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih?
Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya
curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan
orang lain, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala pasti memberikan yang terbaik
untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam
kerana memikirkan siapa kiranya pasangan
hidup. Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dan
keheningan pekat malam.
Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada
Sang Pemilik Jiwa. Bersiaplah menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak
langkah serta helaan nafas adalah ibadah kepada Allah. Tausyiahkan hati dengan
tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian.
Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari
kemana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa jodoh mu telah
dituliskan-Nya.
Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan
sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar
bintang. Kicauan burung malam selalu
riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona sebutir embun
pagi yang selalu setia menyapa.
WALAU DIGENGGAM KUAT, andai ia bukan milik kita, ia akan
terlepas jua...
Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia mendatang
jua....
Itulah yang dinamakan, JODOH....
No comments:
Post a Comment