Tuesday, 20 November 2012

The real situation of Gaza ....... :(


Supplicate for the innocent people of Gaza....Astaghfirullahaladzim
May Allah protect them. Serangan bersenjata Yahudi terhadap saudara kita di Gaza merupakan satu bentuk pencabulan terhadap kemanusiaan. Negara haram itu tidak langsung menghormati semua perjanjian antarabangsa dan resolusi-resolusi Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan larangan pembunuhan orang awam yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei 1948 di bumi Palestin 64 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.

Sabda Nabi saw:
 “Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayangnya, belas kasihannya dan kemesraannya, adalah ibarat sebatang tubuh, apabila salah satu anggotanya mengadu sakit, maka seluruh anggota yang lain sama-sama akan merasa demamnya dan berjaga malam.”  (Hadis Riwayat Muslim)






No comments: