Tanggal 12
Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat
dalam
sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan
satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam
semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik,
tidak mengenal pencipta mereka. Pada
masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu
penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa,
merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus
seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua
kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban
tahun menuntut kita sama-sama menghayati
dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam
menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam
merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali
sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam
kesusahan, membantu anak yatim dan ibu
tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.
Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab
Quraisy amat senang dengan keperibadian
yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat
Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat
banjir. Baginda dikenali di kalangan
masyarakat Arab sebagai seorang yang baik
budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.
Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang
paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga
mereka ingin membunuhnya? Mereka
benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai
perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan
perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan
tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka.
Firman Allah dalam surat
al-Anfal ayat 30:
"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir
musyrik ( Mekah ) menjalankan
perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau
mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan
jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".
Ketokohan Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh,
akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan
rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang
seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota
Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah bangun membina kekuatan rohani
seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh
baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat
Islam adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.
Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang
pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun
oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran
lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan
satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak
baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W)
dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan
contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat,
ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang
teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.
Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir.
Manusia pada ketika itu telah berperangai
kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat
ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan
juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan.
Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam
perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.
Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan.
Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan.
Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang
awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk
menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk
memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda
diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah
menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).
Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah
Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan
peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.
Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati
semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan
kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
Tanggal 12
Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat
dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan
satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam
semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik,
tidak mengenal pencipta mereka. Pada
masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu
penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa,
merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus
seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua
kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban
tahun menuntut kita sama-sama menghayati
dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam
menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam
merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali
sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam
kesusahan, membantu anak yatim dan ibu
tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.
Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab
Quraisy amat senang dengan keperibadian
yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat
Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat
banjir. Baginda dikenali di kalangan
masyarakat Arab sebagai seorang yang baik
budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.
Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang
paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga
mereka ingin membunuhnya? Mereka
benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai
perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan
perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan
tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat
al-Anfal ayat 30:
"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir
musyrik ( Mekah ) menjalankan
perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau
mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan
jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".
Ketokohan
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh,
akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan
rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang
seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota
Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah bangun membina kekuatan rohani
seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh
baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat
Islam adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.
Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang
pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun
oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran
lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan
satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak
baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W)
dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan
contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat,
ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang
teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.
Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir.
Manusia pada ketika itu telah berperangai
kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat
ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan
juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan.
Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam
perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.
Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan.
Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan.
Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang
awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk
menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk
memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda
diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah
menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).
Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah
Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan
peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.
Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati
semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan
kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
No comments:
Post a Comment