Tuesday, 1 January 2013

Aku n GAZA...save palestin...

































Nabi Muhammad s.a.w junjungan mulia bersabda yang bermaksud:

"Sekiranya ditangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.."

Baginda telah melafazkan hadith ini untuk membawa minda para sahabat r.a dan umat Islam bahawa tugas manusia di dunia ini ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan terus berusaha.

Ini kerana setiap tugas dan tanggungjawab yang ditunaikan akan dikira oleh Allah sebagai kebajikan sekalipun hasilnya tidak sempat dirasai oleh pelaku ataupun orang lain.

Dalam erti kata lain, walaupun seseorang itu sudah dekat kepada saat kematiannya, Allah swt masih mahu melihat usaha yang dilakukannya walaupun ia sangat kecil dan belum tahu hasilnya.

Tiada istilah terlambat dalam melakukan kebaikan. Apa alasan kita yg masih hidup senang lenang hari ini untuk tidak mahu berusaha?

Allah selamatkan umat Islam di Palestine, Syria & Malaysia


No comments: