Sunday, 29 June 2014

Ahlan wasahlan ya ramadhan kareem


Salam alaik..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...
Aku memanjatkan syukur padaMu ya Allah tuhan sekalian alam kerana memberi peluang kepadaku, panjangkan usiaku untuk aku terus menambahkan ibadahku di bulan yang penuh mulia dan barakah ramadhan kareem. 

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali 
hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. 
Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang 
kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Subhanallah...
moga aku tergolong di kalangan ahli syurgaMu ya Allah. 
Allahummaameen.


Sunday, 15 June 2014

Buah tamar aka kurma di Kota Bharu,Kelantan.





KOTA BHARU - “Satu keajaiban." Itu kata-kata pertama seorang pengunjung, Wan Mohd Zamanhuri Wan Mansor, 40, sebaik diajukan kewujudan beberapa pokok kurma yang kini lebat berbuah di Bulatan Jam Besar, di sini.

Menurutnya, dia mengetahui pokok kurma itu dalam laman sosial Facebook, membawa isteri dan anak-anak melihat sendiri tanaman padang pasir yang hidup subur di Kelantan kini.

“Agak mengejutkan kerana umum mengetahui tanaman ini hanya terdapat di negara Arab, namun kini ia subur di Kelantan, malah mengeluarkan buah yang begitu lebat, ajaib,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sekitar kawasan berkenaan di sini, semalam.

Seorang lagi pengunjung, Siti Nor Amirah Zulkifle, 22, turut mengakui terkejut apabila mengetahui pokok kurma yang berbuat lebat itu berada kurang 500 meter dari tempat pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Kota Bharu.

“Ini kali pertama saya lihat buah kurma segar terus dari pokok, walaupun agak terkejut dengan maklumat yang tersebar di laman sosial Facebook, namun saya percaya tidak ada yang mustahil ketika ini, seperti mana musim bunga yang berlaku di Kedah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, kewujudan 37 pokok kurma yang ditanam Unit Landskap MPKB-BRI itu bertujuan mengindahkan bandar ini selari dengan gelaran bandar raya Islam.

Menurutnya, pokok kurma di Bulatan Jam Besar itu mula berbuah tahun lalu, namun baru kali ini buahnya agak lebat dan menarik perhatian ramai.


“Setakat ini, 10 daripadanya sudah berbuah dan dijangka masak serta boleh dipetik penghujung Ramadan ini,” katanya.

Rosnazli berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk melihat pokok dan buah kurma berkenaan, malah tidak menghalang mereka menikmati buah yang gugur, sebaliknya melarang daripada memetik.


“Kita mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan pokok ini kekal terjaga,” katanya.



Tuesday, 10 June 2014

Pengorbanan ayah dan ibu



Ibu,.
Pengorbananmu tak terbalas rasanya,
Sejak aku di dalam kandunganmu,
Kau menahan segala azabnya,
Kau rela membawaku ke dunia ini,
Walau berat kau menanggung seksa,
Namun,tak pernah kau mengungkit bebannya,

Ayah,..
Sejak aku kecil kau mengalas beban,
Membanting tulang mencari rezeki,
Memberikan kami keselesaan,
Memberi kami kasih dan sayang,
Tanpa mengharapkan sebarang balasan,

Ayah,..Ibu,..
Jasa kalian begitu besar rasanya,
Tak terpikul beratnya,
Melahirkan dan membesarkan,
Membawa kami melihat dunia,
Memberi kami rasa bahagia,
Mendidik kami tanpa kenal putus asa,

Ayah,..Ibu,..
Kami berjanji!!!
Akan membalas segala jasa,
Belajar dengan tekun dan akan berjaya,
Membanggakan kalian berdua,

Ayah,..Ibu,..
Restuilah kami dengan doa kalian,
Iringilah kami dengan kalimah sucimu,
Berkatilah kami dengan ayat-ayat azimatmu,
Agar kami takkan leka dengan dunia yang sementara,
Agar kami takkan terlupa tanggungjawab kami sebagai anak bangsa,

Ayah,..Ibu,..
Kami,..anak-anakmu ini berjanji,
Akan mengharumkan namamu,
Menjadi anak yang berguna,
Menjadi pelajar yang mendengar kata,
Mengenggam segulung impian,
Hingga menuju puncak jaya,

Restuilah kami dengan doa kalian berdua.



Monday, 9 June 2014

Indulgence cake recipe



Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air

Cara
1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.
6.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
7.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
8.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream

Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg same hingga siap.
4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit.

**** okeh nak try nanti raya lah. balik kampong nanti. kat cni takder oven..kikii..harap2 jadi lah nanti.. kalah secret recipe nanti uolls~~~!!!



Sunday, 1 June 2014

Penumpang MH370 akan dibebaskan sebelum ramadhan?Allahumma ameen..


Salam alaik.. 
Terkejut dengan berita yang tersebar dekat internet harini. 
Ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita tentang pesawat MH370.
 Baru tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dlm beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia.

Setakat laporan ini ditulis terdapat media-media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup.

Malah terdapat satu laporan jelas yg sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dgn wakil negara ???? bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian ” sulit ” dipersetujui.
Penuh Misteri, hanya dia saja yg tahu……….. Oleh kerana penumpang yg teramai adalah dari negara China, negara China mungkin akan akur dan tunduk dengan kehendak Amerika malahan telah dilaporkan sekarang ini kedudukan ekonomi China adalah terkuat dan berada diranking number satu di dunia.

Terdapat laporan yg banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris-waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 masih hidup yg mana mereka mendesak agar kerajaan mereka (CHINA) tunduk dan akur dgr syarat yg dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya tentang telah berlaku ” Hijacked ” ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat.
Maklmuat tambahan yg tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dgn alat kawalan jauh ke Maldivies utk mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah !!!!

Okey ini ada maklumat terbaru yg diperolehi dari penyiasat iaitu sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan tel. menggunakan hp peribadinya kepada seseorang yg tidak dinamakan siapa dia. Dia dlm kandungan perbualan tersebut beliau ada mengatakan ada menerima maklumat yg pesawat MH370 akan ” dihijacked ” dan menyuruh org itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yg dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yg diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked….

Utk makluman landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada di dlm kategori landasan simulator yg berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi syg 1000 kali sayang kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah mendelete beberapa log di simulator tersebut bagi memadakan rekod sebelumnya padahal agen CIA telah menghapuskan log tersebut. Itu yg dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum… !!!!


Ni berita baru diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan. Sekali lagi mereka gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat … sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera dibebaskan… 

Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg benar… Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ??? satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media…. wait and see….. teruskan berdoa………. Allahuakbar !!!!!