Nape yaa slalu lau dalam bilik bedah kita tengok doktor pakai
baju kaler hijau. Agak2 nape??
At 1st doktor dikatakan memakai baju warna putih kerana ia
warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang
berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya
warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai
bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana
hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat
benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah
ketika pembedahan.
Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal
warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah
akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu
penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini
akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor...That's oll... =)
No comments:
Post a Comment