AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya
kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan ADAM
MUKHRIZ terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu,
seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz
dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas
kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang
ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus
melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya.
Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam
dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang
didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka
sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain
berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya
sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi
keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan
hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun
lagi...
No comments:
Post a Comment