Tuesday, 4 September 2012

Niat puasa enam...



Kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa, ramai yang masih berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai tapiiiii dalam keseronokan menyambut hari raya jangan lupa pula amalan sunat puasa enam yaaa... teehee... melaksanakan puasa enam akan memberi nilai tambahan kepada amalan puasa Ramadhan kita....

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah S.A.W. bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam (6) hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun” – (Hadis Riwayat Muslim)

 Puasa enam boleh dilaksanakan bermula pada 2 syawal secara berterusan atau juga berselang seli sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.

Kita boleh lihat betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang mampu dan berupaya melakukan dan melaksanakan puasa 6 hari di bulan Syawal ini seperti mana yang telah dinyatakan didalam hadis kat atas.... betapa besar nya pahala yang akan diterima oleh mereka yang melakukan 6 hari sahaja puasa dengan menerima ganjaran sama dengan setahun berpuasa. So....saper2 yang nak puasa enam lehlah niat puasa as stated above yaaa....slamat beramal sumeeeee...
chill out~!!!

No comments: