Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas
memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera
datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu.
Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya
meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit
tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi. Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come
on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang
Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali
teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik
Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.
Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali
keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya.
"Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga."
Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a
twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya
mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu,
kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana
keadaan kelahiran anak anaknya itu. Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan
diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani
merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali
bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu
sebak dan sedih sekali.
Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa
jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya
bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan
dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja. Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan
Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani
berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang
comel itu. Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung
dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena.
Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan
yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan
geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan
kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.
Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan
mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia
membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu.
Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu.
Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal
sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2
bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka
berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui
oleh pasangan lain juga. Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan
sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung
tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu,
perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku
curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani
sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa
apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......
Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang
berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak
asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada
Zamri . "Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak
Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri
lagi. "Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa
Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani
nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula.
"Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua
kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi
Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani
dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak
mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu
menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan
dari Zamri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri,
suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi
tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis
dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak
Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap
isterinya.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan
perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga
ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama. Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur
dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil
lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang
kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga
kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan
merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada. Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke
tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri
pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai
seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya
mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri
sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin
membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak
dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata
mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.
Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi
bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah
Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani
sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput
kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata
kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah,
lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah,
menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya. Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan
menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak
Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah
seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin
petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah
menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok
rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta
Rohani.
Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan
dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang
Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak
pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani
menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih
penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut
Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk
menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas
kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.
"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah
aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa
Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut
dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata
Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya
sambil tersedu sedu. Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya
berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke
hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.
Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan
Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk
kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada
tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia
inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri. Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan
menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu
Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat
pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun
Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani
hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...
Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang
aku dah buat ni. Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana
Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada
kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk
membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya
ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana
Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.? Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini.
I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi
lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang
masih baru kepada Zamri. Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap
lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku
padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak
sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera
didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah
perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani... "Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri
penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke
muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah
kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...
Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI
INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....
Assalamualaikum.
Abang...Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama
kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang... Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah
berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa
menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu
kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang.. Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG?
seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri
Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa
panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang.
Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa?
Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung
perasaan Abang ke?
Abang...
Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa
mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan
hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan
Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana. Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih
sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk
diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang.... Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling
berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa
mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka... Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani
belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang
sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.
Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani
cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil
hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin. Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu
mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih
dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap
bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat
Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani
ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak
berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan
mereka dengan air susu Ani.
Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging
abang sendiri... Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup
bersama. Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana
dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga
kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana
Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga
kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti
bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut
raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut
iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka. Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang.
Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada
lagi disisi Abang dan kembar kita. Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua. Doakanlah Kesejahteraan Ani. Ikhlas dari isterimu yang malang, Rohani
Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia
menyesal.......menyesal....... "Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu. Ya Allah.. Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas,
tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh
dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN
KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU
HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?
Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi
satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala
otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah
sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?.
Abang menyesal??
Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri
sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih
sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan
begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan
nenek mereka.
Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang,
bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun
dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan
berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar
disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh
Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri. Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri
mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu
tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka
yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata
apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas
perbuatannya.
Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara
meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang
masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata
Zamri dengan berjuta juta penyesalan ... Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa... Ya Allah..Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku
pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah.... Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani.
Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan,
mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.
Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang
putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga
mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......
No comments:
Post a Comment