Monday, 10 September 2012

Jaga kata2 dan jgn sOmbong..




Semoga Allah Yang Maha Agung menolong kita supaya setiap perkataan yang kita ucapkan adalah baik. Sesungguhnya berbicara itu mudah, tetapi adalah berat bagi melaksanakannya. Mulut bagaikan muncung teko yang hanya tahu mengeluarkan isinya sahaja. Walau apapun yang kita katakan, ia menunjukkan siapakah diri kita sebenarnya. Contohnya, penghinaan kita terhadap seseorang sebenarnya menunjukkan kehinaan diri kita sendiri apabila dibandingkan dengan kehinaan orang yang kita hina.

Perkataan yang baik membuktikan keislaman seseorang. Sesungguhnya, setiap orang hendaklah memastikan kata-kata yang diucapkannya adalah benar-benar baik. Apabila kita tidak yakin dapat mengeluarkan kata-kata yang baik, berdiam diri adalah lebih baik. Tetapi, menghindari akibat daripada perkataan yang kurang baik lebih bermanfaat daripada memaksa diri berbicara yang mengakibatkan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Jangan sekali kita berlagak sombong dan memandang rendah kepada manusia lain.
Allah SWT mengingatkan melalui firma yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Surah Luqman, ayat 18)

http://azrihermawan.files.wordpress.com/2011/03/sombong11.jpg

No comments: