Monday, 3 September 2012

Kalau jadi orang atasan....




Di tempat kerja, orang bawahan (tambah-tambah freshie) akan disuruh buat itu dan ini oleh orang atasan.

Kadang-kadang kita dah buat semua kerja, dari kertas kerja sampailah selesai event/program/majlis. Tapi orang atasan tetap tak puas hati dengan hasil kerja kita. Nak perfect sebagaimana arahannya. Orang atasan tidak nampak susah payah kita, sampai tak sempat nak makan atau tidur tak cukup sema
ta-mata untuk menyiapkan task yang diberikan. Yang mereka tahu, kerja selesai dengan jayanya.


Orang atasan jarang hargai orang bawahan. Mereka marah bila salah sikit, mereka tegur tidak berhemah dengan sinis dan nada tinggi sampai malukan diri kita depan rakan-rakan sekerja kita. Tapi mereka tak nampak penat lelah kita.

Mesti kita rasa kecewa, marah dan kesal kan dalam hati. Nak dimarah balik, 'dia bos, aku siapa? aku gak yang naya kalau lawan.'

Solusinya, bila kita tak mampu tegur dia. Kita tegurlah diri sendiri sebagai peringatan:

"Suatu hari nanti bila aku yang jadi orang atasan, aku akan hargai penat lelah orang bawahan. Rasulullah SAW tak pernah perlekeh orang-orang yang bekerja untuknya apatah lagi berlaku sinis pada mereka, Baginda hargai sebaiknya.

Kita sama-sama hamba. Tiada beza aku dan dia.

Aku tak mahu jadi macam orang atasan aku sekarang. Aku mahu jadi lebih baik dan ada hati budi. Ada kira bicara."

No comments: