Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan
dilahirkan ke dunia nyata.
* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini
mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana
cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu.
Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini,
apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah
cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan
tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan
menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat
memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa
mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu
dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh
kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan
ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana
cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi
banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu,
walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih
kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu
tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga
kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga
suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya
terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat
yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu
sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan
menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia
sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia
mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang
sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga
itu dibawah telapak kakimu.
No comments:
Post a Comment